Selasa, 9 Oktober 2012
Rabu, 3 Oktober 2012
Kek Lapis Asam Manis Gebu
Assalamualaikum dan selamat malam.. Malam ni tak tau nak buat ape dah ni. My hubby ade pertandingan futsal lak kat K.L.. maklum la, sayang bini.. (macam pepatah cakap "sayang bini tinggal2kan.. huhu) Dok pikiaq nak wat pa, teringat lak yang saya ni dah lama tak kongsi resepi dalam blog ni.. Ape lagi, sepantas kilat capai laptop ni ha.. ha kau, puas hati aku.. hee..
Pendek cerita,Malam ni saya nak kongsi RESEPI BIASA tapi RASA YANG LUAR BIASA.. Nak tau ape dia? Ala, x gitau pun dh tau kan sebab dah tengok tajuk besar kat atas tu.. Tapi, ada aku kesah? hee.. Jom layan resepi Kek Lapis Asam Manis Gebu..
~Info~
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu penyediaan : 15 min
Waktu memasak : 40 minit
Jenis hidangan : Makanan melayu
Keistimewaan : warna yang ceria disamping rasa yang enak
Jenis masakan : Kek
Cara Memasak : Kukus
Bahan-Bahan
600 gm mentega
275 gm gula kastor
500 gm tepung gandum (diayak)
8 biji telur
1 sudu teh serbuk penaik
3 sudu teh makan susu pekat
Sedikit kepingan asam manis (haw flakes namanye, saya gantikan dengan coklat cip)
Sedikit pewarna merah jambu, hijau & kuning
Cara Memasak
1.Putar mentega dan gula dalam pengadun sehingga kembang dan gebu
2.Masukkan telur satu-persatu dan kacau sebati
3.Kemudian masukkan tepung bersama susu pekat. Kacau rata.
4.Bahagikan adunan kepada tiga bahagian, warna merah jambu, hijau & kuning
2.Masukkan telur satu-persatu dan kacau sebati
3.Kemudian masukkan tepung bersama susu pekat. Kacau rata.
4.Bahagikan adunan kepada tiga bahagian, warna merah jambu, hijau & kuning
saya masukkan dalam plastik untuk memudahkan
proses menyilang
4.Lapikkan kertas minyak didalam loyang pengukus dan sendukkan lapisan merah jambu. (Saya susun adunan secara melintang dan berselang-seli adunan berlainan warna). Kukus selama 7 minit.
5.Sendukkan lapisan kuning dan letakkan kepingan asam manis diatasnya.(saya tak letak pun). Kukus selama 7 minit lagi.
6.Lakukan proses yang sama berselang-seli dengan lapisan warna lain dan letakkan asam manis di setiap lapisan.
7.Kukus lapisan demi lapisan sehingga masak.
Macam ni la rupanya bila dah siap masak..
memang sedap..!!
Selamat Mencuba :P
Sumber : Majalah Rasa
Langgan:
Catatan (Atom)