Memaparkan catatan dengan label Resepi asas Hiasan Atas Kek (Topping). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi asas Hiasan Atas Kek (Topping). Papar semua catatan

Jumaat, 10 Jun 2022

'Unlock' Resepi baru - Coklat Ganache Beryl's




Bila sebut coklat, majoriti sukakan coklat. Tak kira perempuan atau lelaki. Kalau pergi ke kedai bahan menjual kek, biasanya kita akan nampak dark chocolate ,white chocolate dan juga milk chocolate. 


Semuanya coklat, tapi berbeza warna dan rasa. Dark chocolate ialah coklat gelap dimana rasanya manis pahit. White chocolate ialah coklat putih. Bagi saya coklat putih rasanya sangat manis. Milk chocolate pulak ialah coklat susu, warna coklat, cerah sikit dari coklat gelap. Coklat susu ini ramai penggemarnya. Sebab rasanya yang lemak manis. 

kek coklat moist untuk Jamuan Hari Raya disekolah Anak

Bagi saya, saya suka coklat yang ada rasa manis yang tak keterlaluan yang boleh dimakan dengan kek atau dijadikan pencicah roti. Baru ni bereksperimen dengan bahan yang saya sedia ada. 

Timbang punya timbang, tambah sana, tambah sini, campak sana sini, akhirnya saya dapat hasilkan 1 resepi coklat ganache yang saya rasa sesuai sangat untuk dijadikan topping kek coklat moist, dijadikan coklat celup, dan saya dah cuba juga makan dengan roti gardenia. 


Tekstur nya kental, berkilat, dan tak terlalu manis. 'Just nice' InsyaaAllah.. Jom tengok resepi saya yang sangat mudah. 

Kek coklat moist 2022 saya guna coklat ganache resepi sendiri



Chocolate Ganache Berryl's

Resepi oleh Khamsiyah Mansur

Bahan-bahan

100gram chocolate milk

150gram dark chocolate

50gram susu segar full cream

2 sudu besar madu

1 sudu besar minyak masak


Cara-cara 

Cairkan coklat dengan cara double boil. 

(Kaedah cairkan coklat menggunakaan mangkuk kaca/stainless steel yang didudukkan diatas mangkuk lain yang berisi air panas)

1)Air diisi kedalame, didihkan dan tutup api.


2)dudukkan mangkuk stainless steel/kaca, masukkan susu full cream + chocolate (milk & dark). Kacau sampai larut


3)dah larut, masukkan madu kacau sebati


4)masukkan minyak masak kacau sebati


*Biarkan coklat sampai suhu bilik baru lah dia akan jadi pekat, likat, berkilat, dan takkan mengeras. 


Selamat mencuba😉


                                


Isnin, 20 Mei 2013

Resepi Chocolate Ganache

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Pagi ni saya bukan nak ajar anda menganal bahan-bahan ye cik,puan & tuan.. Tapi saya nak ajar cara membuat Chocolate ganache. Suka tak? suka tak? heee.. Nak buat chocolate ganache ni mudah je.. jom cuba..


Bahan-Bahan

1) 500 gm coklat masakan





2) 300 gm krim putar UHT/susu UHT/susu segar







3) 30 gm mentega

Pic from www.omnomicon.com



Cara membuat :
  1. Panaskan krim atau susu dalam periuk kecil hingga hampir mendidih. Padamkan api.
  2. Tuangkan dalam mangkuk berisi coklat masakan yang telah dicincang halus. Kacau hingga coklat cair. Masukkan mentega dan kacau sebati.
  3. Sejukkan ganache ini selama 1 jam atau lebih hingga ia agak pekat dan boleh menyalut kek. Jika anda mahu coklat cepat pekat, masukkan periuk berisi coklat tadi ke dalam peti sejuk. Keluarkan apabila ia sudah agak pekat dan sesuai digunakan.


*Tip - Coklat ini cukup untuk menyalut kek berukuran 8 inci.

Resepi oleh : Noraini Zakaria (Variasi Hidangan Berkeju)




Ahad, 19 Mei 2013

Basic Butter cream Icing

Assalmualaikum dan salam sejahtera.. hari ni saya tak tahu nak buat apa, jadi mengupdate blog la jawapnye..hehe..  

Kalau saya perhatikan sekarang ni ramai betul orang yang buat bisnes home bakery ni. "Bak cendawan yang tumbuh di musim hujan" gitu.. Dari peringkat umur yang muda sampai yang ketua. Ada yang suri rumah, pelajar, dokter pun ada. Ish, ish, ish, betapa dahsyatnya fenomena mem'baking' ni kan..

Oleh kerana itu, saya pasti sekarang ni ramai yang tercari-cari resepi asas membaking untuk dicuba buat sendiri kan? resepi kek span asas saya dah bagi, so hari ni saya nak resepi mudah untuk buat Buttercream nye pulak.. Sebenarnya banyak resepi butter cream yg ada, tapi hari ni kita cuba yang paling mudah dulu ye.. jom la cuba.. 


Recipe by : http://allrecipes.com/recipe/buttercream-icing/

Bahan-Bahan

1/2 cup shortening (lemak sayuran - kat pasar raya pun ada)
1/2 cup butter, softened (saya pakai krimwell. krimwell ada dijual dikedai bakery)
1 teaspoon vanilla extract
4 cup confectioners sugar (saya pakai 2 1/2 - 3 cup sahaja)
2 tablespoons milk

Direction

  1. In a large bowl, cream together the butter, shortening and vanilla. Blend in the sugar one cup at a time, beating well after each edition.
  2. Beat in the milk and continue mixing until light and fluffy.
  3. Keep icing covered until ready to decorate



Decorating with butter cream is fun & exciting..