Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. Hari ni masih rasa tak bersemangat & masih lagi rasa sedih dengan berita kehilangan pesawat penerbangan MAS MH370.. Hari ni merupakan hari ke-2 operasi mencari & menyelamat pesawat tersebut.. Mudah-mudahan dapat dikesan dengan segera.. InshaAllah..
Hari ni, dengan rasa longlai jari-jemari saya nak menekan-nekan keyboard ni untuk berkongsi resepi yang dah super-duper meletop, kebabom ni, iaitu Kek Cheese Leleh yang ditaburi dengan parutan cheese.. Dimana-mana ade kek cheese leleh sampaikan yang menengoknya pun tak kalah meleleh air liur nye..
Selalunya saya la yang paling lambat nak update resepi-resepi macam ni kan? huhu..maafkan saya. Bukan apa, saya tak cukup tangan, lebih-lebih lagi sekarang ni kandungan saya dah masuk 4 bulan.. kata kakak misi, saya kurang darah, terpaksa la telan ubat zinc 2 biji sehari..Nasib baik takde kencing manis kau, tapi bila kandungan dah 7 bulan, kena minum air gula lagi.. nak pastikan betul-betul takde kencing manis.. haihh.. layan je la naakk..
Ok lah, dah lebih dari 180 patah perkataan dah tu. Kalau buat karangan sekolah, kompom dapat A++.. hahaha.. Tak agak-agak kau kalau nak melawak pun. Jom la layan resepi Kek Cheese leleh ni.
RESEPI KEK CHEESE LELEH
SUMBER RESEPI :
FB PAGE BUKU RESEPI
Bahan-bahan
Gula castor, telur,dan bahan ayak |
*100 gm tepung naik sendiri - saya pakai tepung gandum
*60 gm tepung jagung
*1 sdk baking powder - saya letak 2 sdk baking powder
1 sb ovalete
100 gm gula castor
4 biji telur - saya pakai gred B
2 biji kuning telur
50 ml air sejuk - saya pakai susu full cream
75 gm butter cair
*Ayakkan bersama bahan yang bertanda *
#bahan tambahan saya sendiri sebab saya bahagikan adunan kepada 2-
- 2 perwarna makanan - 2 tsp merah & 2 tsp coklat,
- 2 perisa makanan - 1-2 tsp perisa strawberry & 1-2 tsp perisa coklat
Cara-cara
telur yang dah dipukul kembang |
1.Pukul semua telur hingga kembang dan berbuih - ( masa salin resepi tak bagi tahu pukul telur dengan gula atau pukul telur terlebih dahulu. Jadi, saya buat cara saya, pukul telur & ovalete sampai kembang dan berbuih, selepas itu baru masukkan gula castor, dan pukul lagi hingga kembang dan pekat)
Telur dan ovalete dipukul sekali hingga kembang |
Gula castor & ovalete dimasukkan kedalam Telur yang dipukul kembang dan berbuih tadi |
2.Masukkan ovalete (kalau ikut cara saya, skip yang ini), masukkan bahan ayak dan selang-selikan bersama air sejuk tadi.
Butter cair yang sedang dikaup balik |
3.Akhir sekali, masukkan butter cair, dan kaup balik hingga sebati. Panaskan oven dengan suhu 150c dan bakar selama 45 min. (40min pun dah ok, bergantung pada kepanasan oven masing-masing)
4.Kalau nak buat dua warna, bahagikan adunan kepada dua bekas dan sama banyak. masukkan perwana dan perisa makanan yang anda suka. Tuangkan adunan kedalam loyang yang bersesuaian. saya pakai loyang segiempat. Masukkan dalam oven, bakar suhu yang sama, selama 20 min.
Bahan-bahan krim cheese
250 gm cream cheese
120 gm susu pekat manis
cheddar cheese yang diparut - jenama apa pun boleh
Pukul cream cheese dan susu hingga pekat dan sebati. Taburkan cheese parut diatas cream cheese.
Cream Cheese cara saya
270 gm cream cheese
20 gm gula castor
65 gm susu pekat manis
100 gm whipping cream
35 gm susu full cream
Cara-cara
1. Pukul cream cheese dan gula hingga lembut dan sebati. sekejap je pukulnye.
2. Masukkan susu pekat manis, pukul lagi sampai sebati.
3. Masukkan whipping cream dan pukul hingga sebati.
4. Akhir sekali, masukkan susu full cream pukul sebati dan sedia untuk digunakan.
Susunkan lapisan kek warna coklat dan letakkan krim cheese diatasnya |
Lapiskan kek warna pink diatas cream cheese tadi |
Sekali lagi letakkan cream cheese menutupi kek tadi |
Akhir sekali, taburkan dengan cheese yang telah diparut. Siap untuk di NGAP!! |
wah...sedapnya..dah lama nak buat tapi asyik tertangguh jer ..:-)
BalasPadamkak Norma, biase la tu.. nanti free kak Norma try la buat.. saya yang suri rumah sepenuh masa ni pun tak ckup masa nak buat semua ni.. nak kena buat keje rumah, mlayan kerenah anak2 lg..nak kena rancang masa betul2 baru menjadi nak buat.. huhu..
PadamSalam perkenalan. Wahhh sedapnya nampak
BalasPadamTerima kasih miza.. Semoga apa yang saya kongsikan bermanfaat utk awk & yg lain2.. ;)
PadamOvalete tu ape ek ?
BalasPadamSis boleh tengok sebelah kanan, kat bahagian "carian mudah" bawah tajuk "mengenal bahan". Ade penerangan dan gmbr nye sekali. Tq :)
Padamcream cheese neleh ni tahan brape lame erk?
BalasPadamdalam masa 1 minggu sis
Padamcream cheese neleh ni tahan brape lame erk?
BalasPadamSekali je pernah try buat. Tp kek bantat. Trus xnak buat dh. Huhu. Teringinn pulakk rasee nak makann ���� kene seruu aura rajn dtg ni��
BalasPadam