Memaparkan catatan dengan label Coretanku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Coretanku. Papar semua catatan

Isnin, 6 Jun 2022

Rumah Limas cantik.

 Disana rancak, disini rancak, dimana-mana rancak.. 


Biasalah kan, bila syawal memang rancak sana sini jemputan open house. Tapi kan, open house yang satu ini lain sangat suasananya. Bukan sahaja makanan yang sedap, tapi suasanya pun mendamaikan.

1st round ringan-ringan. next round makan ayam bakar. 

Tengok sendiri lah gambar-gambar kami ni, rasa macam kat kampung masa zaman atok nenek moyang kita kan. Rumah sebegini dipanggil Rumah Limas. Menarik tau sejarah Rumah Limas ni. 






Kalau saya tak berpeluang ke sini, saya pun tak akan tahu sejarahnya. Bila baca, sejarah Rumah Limas, “Wow, menarik!”. 



Mengikut sejarah, Penghijrahan penduduk kepulauan Melayu ke Johor membawa bersama adat istiadat, budaya dan cara hidup tempat asal mereka. 

Sebab itu dijohor ini ada keturunan Bugis, Jawa, Palembang, Banjar dan keturunan lain daripada rumpun bangsa Melayu di kepulauan Melayu.

Oleh itu, corak kebudayaan dan kesenian masyarakat johor banyak dipengaruhi hasil dari penghijrahan mereka. 


Katanya lagi, Bentuk rumah di Johor adalah salah satu tradisi yang mempengaruhi budaya masyarakat Johor. Contoh, macam rumah saya kunjungi ni lah. Tuan rumah pilih Rumah Limas untuk dijadikan homestay walaupun tahu Kos pembinaan pun pastinya sangat tinggi. Tapi disebabkan ianya unik, menarik, lain dari yang lain, hasilnya, setiap mata yang memandang pasti terpukau! Serius cantik!

Kebanyakan rumah limas, tiangnya tinggi-tinggi, sebab sebenarnya ia berfungsi untuk menyidai baju kita yang tak sempat kering bila waktu hujan turun. Ruang bawah ni jugak lah tempat simpan alatan bertukang seperti cangkul, tanjak dan sebagainya.



Kalau rumah kita tingkap pakai tingkap nako, takpun tingkap slide, tapi rumah limas ni tingkapnya “dua daun”, buka hala keluar, pintu rumahnya pun sama “dua daun” juga tapi buka hala kedalam.    Mujurlah anak-anak saya behave semua. Dibuatnya buka tutup tingkap pintu rumah tu, ha jenuhhhh... hahaha.


Dikatakan juga, pada abad ke19 lah rumah bumbung limas terkenal dan berkembang dengan pesat. Sebenarnya, rumah limas ini banyak jenis, tapi secara umumnya, rumah limas di Johor menyerupai rumah limas Palembang. 


Sebenarnya, masih belum diketahui lagi kenapa rumah ini dipanggil limas. Ada yang kata limas itu bermaksud “lima” yang menunjukkan rumah itu ada lima perabung dan lima ruang didalam rumah. Tapi kerana nak sedapkan lagi sebutannya, ditambah “s” menjadikan sebutan “limas”. Dan mengikut kamus dewan bahasa pula, limas ni maksudnya timba. Bentuk Timba ini pula katanya diperbuat dari daun pisang dan upih yang bentuknya serupa dengan bumbung limas. Dari situ lah rumah limas dapat namanya. Menarik kan? Ini info yang saya baca dari bacaan diweb Malaysian Tour Guide.

Ada juga pendapat mengatakan bahawa, lima itu merujuk kepada lima emas yang mewakili lima penjuru bumbung yang membawa erti kepada lima kemuliaan iaitu Keagungan, Kedamaian, Kesopanan, Kesejahteraan dan Kedamaian. 


Rumah Limas di Johor pula pada dasarnya terbahagi kepada lima ruang iaitu anjung, serambi, ruang tengah, dapur rumah dan pelantar. Rumah limas yang saya kunjungi ni ruangnya seperti yang disebutkan tadi. Kat bawah kolong boleh lepak-lepak, baring pulak dalam hammock sambil angin sepoi. Memang best! Seronok! Rasa macam tak nak balik tau. Pemandangan cantik, laut pun dekat ja.






Kalau korang nak tau lebih banyak lagi info rumah limas, boleh je buat carian di Google. Apa yang saya cerita ni baru sikiitttttt… hahaha.. 


Untuk pengetahuan semua, kami sebenarnya dijemput ke open house office mate husband yang mana dibuat di Rumah Limas ni. Secara tak langsung as “warming house” juga. Rumah Limas ini sudah siap, tapi ada lagi sikit penambahbaikan dari segi hiasan dalam dan luar rumah seperti pemasangan 'rumput karpet', pokok hiasan dan sebagainya sebelum dibuka secara rasmi untuk di sewakan kepada pengunjung yang berminat nak menginap di Homestay tersebut. Info terbaru, InshaaAllah, akan dibuka secara rasmi pada 10 Jun 2022 ini.

laluan masuk

Menariknya kat rumah ni kan, barangan hiasan dan perabotnya antik. Kalau perasan, ada satu kerusi yang ada kusyen tu, umurnya lebih dari 60 tahun tapi kayunya masih utuh dan cantik. Menarik! Dulu - dulu punya perabot memang tiada tandingan. Terbaik!



Rumah ini terdiri dari 3 bilik, 1 bilik air, dapur, pelantar, ruang tengah, anjung, ada kolong bawah rumah boleh main “cop tiang” hahaha, parking yang luas, dekat dengan laut dan kedai keropok lekor terkenal dan jeti bot nelayan. 

salah 1 bilik yang ada. Selimut dulu-dulu.

bilik bersebelahan

Pelantar

laluan ke dapur





Kalau korang keluar berjalan pusing-pusing, jangan lupa singgah di Masjid yang lokasinya terletak di atas bukit, yang mana korang akan nampak satu pemandangan laut yang sangat cantik dari atas.



Terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi menjemput kami ke Rumah Kita Homestay Mersing yang cantik ini. 

Ini lokasi Rumah Limas yang saya kunjungi. Boleh hubungi nombor dibawah untuk info berkenaan operasi harian dan bayaran yang dikenakan.

Alamat :

PTD 3007, JALAN ENDAU KAMPUNG TANJUNG GENTING, 86800 MERSING, JOHOR


NO tel : 

017-859 3976 ( Pn. Ina )


Facebook : Rumah Kita Homestay Mersing

Isnin, 18 Ogos 2014

Orang Baru


Umur 1 hari..baru kuar hospital.. hensem kan? hee..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hai2 semua.. mesti tertanya2 kan knp saya senyap je.. hehe.. Saya masih dalam pantang sebenarnye.. baru 22 hari.. Jadi, Hari ni saya nak kongsi gambar orang baru dalam keluarga saya.. Ni la dia hero saya.. Alhamdulillah, saya dah selamat bersalin pada 27/7 yg lepas.. Pukul 10.03 pagi, hari terakhir dibulan Ramadhan yg mulia. berat 3.11kg, diberi nama Muhammad Khairul Reezky.. 


Hero saya ni anak yang keempat, dan yang paling istimewa, saya dan keluarga memang tak jangka dapat anak lelaki. sebabnye, Tiap kali check up, kami memang tak scan jantina..Biar semua orang berteka-teki sendiri.. Nak buat suprise gitu.. Tup2, betul2 surprise dan istimewa.. masa nurse angkat baby tanye jantina,alhamdulillah, gembira betul hati ni dapat anak lelaki yang sgt comel dan hensem.. Ye la, anak2 yang tiga org lg semua anak dara..  Syukur Alhamdulillah... 




Tengok la kak long ni, seronok betul dapat adik baby boy..


Yang ni pulak si adik..sekarang tukar jadi ude plak..hihi



Nurul Hazirah (kak long) & Twin - Nurul Nazirah (Angah), Nurul Nazurah (Ude)

My Twin daughter  yang comel..
Ok la, buat masa ni, takde ape yang menarik utk saya kongsikan dengan semua kwn2..bila semua dah back to normal, kita jumpa lagi ye.. Thank you buat semua yang singgah dan sudi jadi follower di blog saya ni.. Byee.. :)



Sabtu, 12 April 2014

Kelas Demo Hiasan Fondant

Tempat : Perling Indah Enterprise, Taman Perling, Johor Bahru, Johor 
Web : http://perlingindah.blogspot.com/
Masa : 2pm - 5.30pm
Class: Fondant Decoration (Demo)
Fee : Rm35 
Free Gift : 1kg Fondant




 Assalamualaikum.. Selamat petang semua.. Haa.. hari ni saya nak kongsi pengalaman saya masa pergi kelas Demo hiasan menggunakan fondant. Khas buat semua beginner, follower & semua pengunjung blog ni & khas buat adik +dzul karnain yang mana katenye dh mula berjinak2 dengan dunia bakery ni.. Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat menambahkan lagi semangat adik tu & semoga tercapai hasrat nak bukak kedai bakery sendiri.. InshaAllah..




  Ok, berbalik ke cerita asal.. Masa tu rasa seronok sangat dapat masuk kelas tu walaupun cuma kelas Demo saje.. Demo.. Kita duduk kat kerusi, dok tengok chef tu ajaq kita ler.. maklum la, nak masuk kelas tu bayarannye cuma rm 35 saje.. ape yang mampu kita buat, hanya duduk diam2, tanye soalan yang kita nak tau & tengok ape yang diajar.. Tengok sampai lebam k.. hua hua hua.. 




Kat kelas ni master eugene ajar beberapa hiasan fondant macam yang kita nampak dalam gambar tu. Antaranya, cara menggunakan mould silikon, nak sapu golden dust pada fondant, buat bunga rose dan daun, & yang paling best sekali.. Jeng jeng jeng..(ayat feveret dh kuar dah), cara nak buat baby doll dari A-Z tanpa menggunakan patung barbie yang mahai nak mampuihh tu.. ye la, kalau beli kat kedai bakery harga sampai rm20, pastu bogel smpai pinggang je.. Nahaiiiii.. Kata master eugene, kalau kita buat baby doll ni, kita bleh cas at least rm30 / doll.. haaa.. kan untung tu.. 




Sambil master eugene ni buat kerje dia, sambil2 tu dia membebel citer pasal fondant. Apa itu fondant, bahan2 untuk buat homemade fondant, kelebihan dan kekurangan menggunakan fondant & cara simpan fondant.. master eugene tak tulis kt papan hitam tauu.. sendiri pandai2 catit nota.. Kalau saya tunjuk nota saya tu, kompom semua org tak paham.. bukan stakat org tak paham, dengan saya skali tak paham.. hua hua hua.. tapi dh belek banyak kali, saya paham ler..hee..




Hmmm.. kalau difikirkan, berbaloi sgt2 dapat masuk kelas ni. Kelas start pukul 2, sepatutnye habis lebih kurang 2 jam lepas tu.. Tapi master eugene ni baik hati.. Dia boleh lajak sampai pukul 5.30. Biasenye pengajar yang tergesa2 nak balik, ni tidak, yang diajar pulak tak senang duduk sebab dah lewat nak balik.. hahaha.. Tapi saya tak balik, stay sampai kelas habis.. rugi tu kalau tak join smpai habis.. 




Masa ni master eugene tengah buat rambut untuk doll tu.. bersungguh2 dia buat.. sampai dia cakap, "mesti u all boring kan tgk saya buat doll ni, itu la, u all suruh saya buat doll, sekarang saya syok sendiri.. tambah pulak air cond yang sejuk, kalau saya, saya dah tido dah".. hihihi..
Bukan stakat dapat belajar je kt sini, kita juga dapat bersembang dengan kawan baru. (don't bersembang dlm kelas, not good u know?) hihihi.. Yang bestnye, mase tu saya dapat resepi buat buttercream dr sorg kawan. Katenye dia berenti kerje, suami dia bagi sokongan untuk pergi kursus buat kek. Katenye nak setup bisnes sendiri. Nak bukak kedai bakery.. Huh..beruntung dpt duduk sbelah akak tu.. Dapat Ilmu lagi.. heee..




Ni pulak gambar masa master eugene lekat rambut kat doll tu.. masa buat badan doll tu, master eugene tanye sambil tersipu2.. "itu pun mau buat ke? (sambil buat isyarat tangan letak kt dada".. yang kitorang pun seronok, soh dia buat jugak.. ye la, nama pun belajar kan.. 





Haa.. Ni la hasilnye bila semua yang diajar dah siap dibuat.. Ape lagi, semua yang ade dalam kelas tu serbu kedepan nak amek gambar.. Saya? saya rileks jekk.. Padahal.. Malu beb wa cakap sama lu.. Mana taknye.. semua yang ade dalam kelas tu keluarkan kamera & henset yang canggih2.. Aduuhhhh.. saya cakap dalam hati, "tak amek gambar aku yang rugi.." Saya pun kuarkan henset saya.. Tadaaaaa.. ya, itu dia henset corby ku yang berwarna pink.. bila amek gmbr kena gi dekat2.. hahahaha.. macam nak nangis kan.. 




Ok la, sampai sini saje pengalaman saya pergi ke kelas hiasan fondant ni.. lepas tu tak pernah pegi dah.. tak berkesempatan. Tapi saya tak duduk diam je. Saya cuba belajar dari you tube, majalah & rancangan tv kat astro. Macam Food network challenge, Cake boss, & macam2 lagi yang berkaitan dengan kek.
Sekarang ni semua dah canggih. Ilmu hanya dihujung jari saje.




Ni hadiah yang saya dapat untuk pendaftaran kelas hiasan fondant tu. 1 kg kau.. kalau beli sendiri kan rugi.. heeee.. Sekian, Terima Kasih..
Byeeee.. ;P

Sabtu, 8 Mac 2014

Takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat..

Assalamualaikum & Selamat sejahtera semua.. Hari ni kita dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat penerbangan MAS MH370 yang sepatutnya dijangkakan mendarat di Beijing pada pukul 6.30a.m pagi ini. Sedih, sebak, semua perasaan bercampur baur. Walaupun mangsa bukan ahli keluarga saya, tapi sebagai manusia biasa, saya turut merasa sedih dengan kejadian yang berlaku ni. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saya doakan semoga pesawat MAS MH370 cepat ditemui, walau dalam apa keadaan jua sekalipun. Takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat ~~