Kali ni saya nak berkongsi resepi yang saya pernah janjikan pada satu masa dahulu. Ingat tak sebelum ni saya pernah kongsi resepi homemade vanila ice-cream? Haaa.. kalau ingat, masa tu saya ade bagi tau yang saya nak kongsi resepi ais krim yang satu lagi. Resepi ais krim yang lambat cair. Sebab resepi yang 1st saya buat tu rasanya sedap, tapi cepat cair. Jadi, saya cari resepi lain yang lambat cair, simple dan sedap! Resepi ais krim ni saya tiru bulat-bulat.. Haaa.. Jom kita buat ais krim..
RESEPI AIS KRIM NEAPOLITAN
SUMBER RESEPI : BY SOMEONEBahan-bahan
1 tin susu pekat manis2 tin air masak (sukat pakai tin susu)
1 sb ovalet
1 penutup esen vanilla
2 sb tepung jagung
2 sudu besar serbuk koko
pewarna merah jambu
sedikit perisa strawberry
Cara- caranya
![]() |
| 2 sb tepung jagung, 1 sb ovalete, 1 tin susu pekat manis, air masak 880g/ sukat air 2 tin susu |
1. Masukkan susu pekat manis dan air masak kedalam periuk
Masukkan tepung jagung, kacau rata (tepung jagung ditambah supaya ais krim tak cepat cair apabila dikeluarkan nanti)
Kacau atas api hingga agak-agak tepung tadi masak (kacau sekejap je, tapi saya kacau hingga mendidih sikit)
![]() |
| Campuran air, susu pekat manis & tepung jagung |
2. Biarkan sejuk,(saya masukkan dalam peti sejuk smpai adunan tu SEJUK, bukan BEKU ye.) setelah sejuk, Angkat adunan tadi dan masukkan kedalam mangkuk besar dan tambahkan ovalet esen vanila. kalau tuang dalam mangkuk mixer, pastikan mangkuk tu besar sebab adunan akan bertambah/ naik selepas dipukul.
![]() |
| Sejukkan dalam bekas yang agak besar sebab adunan akan naik kembang |
![]() |
| Sebelum pukul, masukkan esen vanila dan ovalete |
3. Pukul menggunakan mixer dengan kelajuan tinggi (high speed). Pukul hingga gebu dan ringan,
Mula-mula adunan tu sikit je, lepas dipukul akan bertambah dan teksturnya jadi lebih kurang adunan kek , sedikit likat.
![]() |
| Adunan mula mengembang semasa dipukul |
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian (ikut suka nak buh warna apa)
Saya bahagi kepada 3 adunan
- 1 adunan asal - vanila
- 1 adunan bubuh perisa strawberry dan pink colour - 1 penutup perisa strawberry & 1 penutup warna pink
- 1 lagi bubuh serbuk koko / perisa coklat - 1 penutup perisa coklat & 1 penutup pewarna coklat
![]() |
| Bahagikan adunan kepada 3 bahagian |
![]() |
| Saya letak Perisa strawberry & Coklat |
5. Lepas tu boleh la dicorakkan macam aiskrim marble tu, tuang secara berselang seli sehingga habis.
Tutup bekas dan masukkan dalam peti ais. simpan seelok-eloknya semalaman. (saya tak tuang secara berselang-seli, saya tuang satu persatu warna vanila, coklat dan strawberry.)
Bila dah beku/keras, boleh la dinikmati
![]() |
| 1 |
![]() |
| 2 |
![]() |
| 3 |
![]() |
| 4 |
![]() |
| Macam ni la rupanya bila dah siap diisi cawan-cawan ni |
![]() |
| Taburkan dengan hiasan manik gula thousand |
![]() |
| Pandangan sisi |

*MAAF, SAYA TERLUPA CATIT EMPUNYA RESEPI NI. SEMOGA DENGAN ILMU INI, BELIAU AKAN BERJAYA DUNIA & AKHIRAT. TERIMA KASIH KEPADA EMPUNYA RESEPI..

















