Memaparkan catatan dengan label Apam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Apam. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Januari 2014

Resepi Apam polkadot


   Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Hmm.. senyum, tak perlu kata apa-apa.. Ok, saya tau, saya dah lama tak update blog kan? hehe.. Sebab tu la hari ni saya sedaya-upaya "mengupdate" kan blog saya ni.. Cuba teka, hari ni saya nak kongsi ape dengan awak2 semua? cer teka, cer teka.. hehehe.. nak tahu? Hari ni saya nak kongsi resepi yang dah sangat famous pada satu ketika dahulu.. saya pasti, di luar sana tu ada jugak yang tak tahu.. betul tak? Ye la, bukan semua orang bertuah dapat on line 24/7, cari resepi sana-sini.. Lagi pun sebelum ni dah ade beberapa orang yang bertanya resepi ni pada saya. Tapi saya tak sempat2 lagi nak update blog saya ni.. Mintak maaf sebab lambat kongsi ilmu ini..
   Untuk pengetahuan anda, Resepi Apam ni saya dapat dari www.apampolkadot.com.. kalau tak silap la.. sebab tahun lepas kot saya google resepi ni.. takpun 2 tahun lepas.. eh, yg mana satu ni.. Kasi Hantam saja la.. Saya dapat 1 resepi, tapi 2 cara mengadun yang berbeza. Nak tahu? hehe.. jeng jeng jeng (ayat feveret ni).. sekali lagi.. Jeng jeng jeng..hehe.. saya bagi 2 cara, anda cuba semua dan pilih mana yang rasanya lebih sedap k.hehe..jahat tak kite? ala, nak soh eksesais skit je.. kasi keluar semua peluh-peluh manja.. hihi.. Jom tengok resepinye.
*mintak maaf, tiada gambar disertakan semasa prose mangadun di jalankan sebab laptop kena format balik tanpa disengajakan..huhu..habis semua gambar kuih2ku..


Resepi Apam Polkadot


Bahan-Bahan

275g Tepung gandum
220g Gula Castor
3 Biji Telur gred B (untuk cara 1, asingkan putih telur dan kuningnya)
1 tsp Baking powder
1 tbs ovalete
150 ml susu full cream (saya pakai dutch lady)
1 tsp esen vanila
Pewarna makanan (sekurang2nya 2 warna)
Inti strawberry/blueberry/kaya (saya suka kaya)
cawan merah / lompang
Paper cup ikut saiz lompang

cara masak - kukus

Cara 1

1.Panaskan pengukus
2.Dalam satu bekas besar, pukul putih telur hingga kembang (bila terbalikkan mangkuk, adunan tak jatuh atas kepala kita,maknanya dh ok la tu)
3.Masukkan kuning telur, esen vanila, dan ovalete kedalam mangkuk adunan putih telur, pukul lagi sehingga kembang, ringan & pekat (macam adunan kuih bahulu)
4.Bila dah kembang, masukkan tepung diselang-selikan dengan susu..dimulakan dengan tepung diakhiri dengan susu. contohnya : Tepung -> Susu -> Tepung -> Susu -> Tepung
5.Warnaka adunan kepada dua bahagian. Contohnya , merah jambu dan ungu.
6.Masukkan adunan kedalam piping beg dgn salah satunya menggunakan nozel bulat utk proses dot2 nanti.
7.Bila dah siap adunan, masukkan adunan berwarna merah jambu kedalam cawan lompang yang dah siap diletakkan paper cup, tuang suku cawan,kemudian masukkan inti yang kita nak, tuang lagi adunan sampai hampir penuh paper cup tadi.

lompang yang saya selalu guna
8.Buat yang sama pada semua lompang yang dah diisikan dengan paper cup.
9.Bila dah selesai semua, dot2kan adunan berwarna ungu di atas adunan berwarna merah jambu tadi.
10.Kukus selama 10-15min.




Cara 2

Cara nombor dua ni agak mudah, tapi kebanyakan yang ikut cara ni, selalunya tak menjadi.. Kalau nak cuba, apa salahnya..
1.Masukkan semua bahan, dengan menggunakan mixer, pukul sampai adunan kembang dan pekat.
2.Selepas itu boleh ulangi langkah 4 - 10 seperti cara 1 di atas.
3.Kemudian kukus selama 10-15 minit juga.

~selamat mencuba~



















Ahad, 24 Mac 2013

Alhamdulillah..

Ini tempahan yang saya terima dari pelanggan saya, apam lady bug campur apam polkadot & Apam angry bird sebanyak 350 biji..Semua ni saya buat seorang diri sahaja.. terer kan..hehe



suke sangat tengok matanye yang menawan tu..hihi

Packing besar sikit ni untuk tetamu yang istimewa. (Keluarga)


Sikecilku yang sangat excited tengok apam ladybug.

Ni packing untuk door gift. Nak boh dalam beg berkat
 untuk tetamu..

Sedia untuk dihantar.

Tempahan apam sponge bob untuk bday boy.. so cute..




Selasa, 31 Julai 2012

Apam Mekar

Assalamualaikum...
Bercakap pasal apam, skang ni macam-macam apam yg orang dh buat. Ada apam polkadot, apam mekar, apam balik (apam jugak kan? hee) & macam-macam apam lg la yg ada.. saya pulak suka betul cuci mata kat blog kak ita masam manis. Tup-tup, terjumpa lak resepi apam.... Jadi, saya dengan sukacitanye nak berkongsi resepi apam mekar yang baru pertama kali saya buat ni..Dan hasilnya.. maveles.. lembuuuuttt.. jom..layaaannn..



Bahan-bahan

250gm tepung gandum
230gm gula castor
2 biji telur
1 cawan aiskrim soda (minuman berkarbonat)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh ovalette
sedikit pewarna kegemaran

Cara-cara

Pukul telur, gula, esen vanila dan ovallete hingga kembang.
Masukkan tepung dan aiskrim soda secara berselang-seli. Setelah sebati bahagi kan kpd beberapa mangkuk dan warnakan mengikut citarasa.
Masukkan dlm cup cake dan kukus selama 15 minit. Pastikan kukus telah betul2 panas dan airnya telah mendidih barulah dikukus supaya apamnyer nantik cantik dan mekar.




ini lah dia apam mekar ku..selamat mencuba..