Memaparkan catatan dengan label Dessert. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dessert. Papar semua catatan

Selasa, 31 Mei 2016

Tiramisu CheeseKut


Assalamualaikum.. Banyak sebenarnya yang saya buat tapi tak sempat2 nak share kat sini.. takpe la, ni saya nak share la ni. Jom kita try resepi yang saya cipta sendiri ni. Kalau rasa kureng, pandai2 la hakak2 semua adjust bahan2 k. Jom kite.. Abaikan Icon jelir lidah tu..aku x tau mcm mn benda dok melekat kt situ, ih..ih..ih.. hahaha..


Tiramisu CheeseKut


Bahan-bahan :

(dapat 2 container mcm dlm gambar::Bahan2::
Biskut cheese (1 pack bleh dpt 2 box saiz 450)
1 tbsp serbuk nescafe (larutkan dlm air pns 3-4 tbs)
Serbuk koko utk finishing atas skali.


::Krim cheese mudah::


200 g krim cheese (sy pakai tartura)
250g fresh cream (sy pakai value pride soft blend
2 tbsp susu pekat manis (boleh tmbh)
Susu segar secukupnya. (sy pakai full cream)
Pukul krimcheese agak2 lembut,masuk susu pekat manis,pukul sebati,masuk fresh cream dan pukul smpai kembang dan likat.. Kalau suka cheese tu meleleh,masukkan susu segar secukupnya,pukul sebati (saya tak suka cair, jd sy masuk susu segar dalam 4tbsp,pastu sy pukul sebati)


::Cara susun::
1. Celup biskut dlm air nescafe, kemudian Susun biskut kat dasar container.. Saya susun 3x3 biskut. (kalau sy,dah lapis sy bshkn lg dgn air nesacfe tu.
2. Lapis dengan krim cheese.. Ikut suka nk tebal ka nipis. Yg sy buat ni dpt 4 lapis biskut dan krim cheese.
3. Ulang langkah kat atas ni smpai habis.
4. Ayakkan serbuk koko kat atas krim cheese tu..
5. Hasilnye, ade masam,manis ,n pahit skiiitt..
(bahan2 boleh ubahsuai mengikut kesedapan tekak masing2. Kalau tak sedap,buat lg smpai sedap tau..)

Khamis, 21 Januari 2016

TRIFLE SEDAP!!





CARA MEMBUATNYA 

UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.



UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.



UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.



UNTUK TRIFLE DAN CARA SUSUN :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...hnmmm..

Kredit to Chef Mat gebu
Sumber resepi : 
http://www.tiffinbiru.com/2010/12/trifle-istimewa-mat-gebu.html?m=1

Khamis, 4 Disember 2014

CHOCOLATE LASAGNA...




Assalamualaikum.. Hai..hello.. Semua.. lame benor tak mengupdate kan.. Nak menaip pun malas2 gitu.. tapi takpe, Kini saya kembali beraksi yoww.. lepas tu saya senyap balik..hahaha.. Shhh.. tak sempat nk mengadap blog la. baby perlukan layanan mesra dr ibunye..

wokkeh.. Ini hari wa mau kongsi resepi best punye.. resepi ni kategori dessert ye.. melayu cakap, pencuci mulut.. haa..Hampa jangan dok gatai pi tonyoh mulut ngan makanan ni plak.. nama ja pencuci mulut..  bahan2nye mudah je, tp mcm Nak nangis pun ade.. sebab ade cream cheese.. Mahai baq hang.. Hahahaha.. utk info, saya dapat resepi ni hasil pencarian saya di blog.. mylovelyfamily-ana.blogspot.com... terima kasih ye yang empunye google sbb memudahkan saya buat chocolate lasagna ni..  Korang semua try la ek.. memang sedap giler!! Tip top!! Thumbs Up!! Jom, jom,jom,jom..jom heboh2..


CHOCOLATE LASAGNA


STEP 1 - OREO BASE

Bahan-Bahan 

Oreo 2 bungkus
5 Sudu Besar Butter




Kisar biskut oreo dengan Butter sekali.. saya buat cara manual, ramas2 pakai tangan (sarun tgn dgn plastik) sbb tak nak oreo tu hancur sgt.. Lepas tu, masukkan dalam bekas yang see-trough cam dlm gmbr tu.. lapisan oreo ni buat sedang2 je k.. Dalam gmbr nmpk sikit, sebab saya bahagi dua bekas..ok done.. letak tepi..



STEP 2 - COCONUT CHOCOLATE PUDDING

Bahan-bahan

1/4 cawan tepung jagung (500ml)
1/2 cawan gula kastor (80ml)
secubit garam
1 1/2 cawan susu segar (300 ml)
1 1/2 cawan santan kotak (300ml)
200 gm dark chocolate
1 penutup esen vanila
1 sudu besar serbuk koko

Masukkan semua bahan2 kat atas ni dalam periuk, kacau dengan api sederhana, kacau,kacau,kacau, sampai jadi likat ye.. kalau cair, kang bila kita layer, dia meleh jek kan.. x mo, x mo, x mo.. kita nak betul2 likat ye..mcm jem nutella katenye..ok,siap..biarkan sejuk dulu k..

note: nak senang? saya buat camni.. 500g dark choc + 300 g whipping cream
double boil whipping cream, pastu masukkan dark coklat, double boiler skali sampai semua cair & sebati.. boleh ikut mana2 cara yg korang suka.. nanti adunan ni bila dah sejuk,akan jadi likat

*Double boil = Didihkan periuk berisi air, dah mendidih,tutup api, amek bekas yg lebih besar dr periuk utk double boil bahan2

saya guna dark chocolate jenama berryl's & whiiping cream jenama value pride
Bagi yang buat Coconut Chocolate Pudding, SEJUKKAN terlebih dahulu sebelum dilayerkan..

STEP 3

Bahan-bahan

250 g Cream Cheese (saya pakai tartura)
2 Sudu besar susu segar (saya pakai dutch lady full cream)
100 g gula aising
300 ml non dairy whipping cream (saya pakai value pride)

Sediakan dua bekas untuk pukul whipping cream. kena pakai yg baru kuar dr peti sejuk then pukul dengan kelajuan tinggi sampai kental..
 1 bekas lagi untuk pukul Cream cheese + gula aising + 2 sudu besar susu..
 Kena pukul secara berasingan sebab nanti kena kaup balik dua2 ni..


yang warna putih tu whipping cream & yang agak kekuningan tu cream cheese


Kaup balikkan kedua2 bahan tadi.. siap! letak tepi..



PROSES MELAYERKAN BAHAN2

1. Lapisan paling bawah - oreo yg dihancurkan & digaul dengan butter



2. Layerkan dengan Fresh Cream + Cream cheese



3. Layerkan dgn coconut pudding, lepas tu layerkan lagi dengan whipping cream + cream cheese




saya tambahkan dengan hiasan macam ni.. ikut sedap & selera masing2 ye..


Hati2, Jangan jadi cam gmbr kt bawah ni..hihi..
Mcm ni la jadinye bila faktor usia memainkan pernannye.. saya lupa kacau fresh cream dengan dark coklat.so, bila dh sejuk dia mengeras balik... terpaksa la gigit seketul2 choc tu.. hahahahahaha.. ni la yg dikatakan sedap tahap potong kaki..Hahaha... Huuuuuu~~~