Memaparkan catatan dengan label Kek span. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek span. Papar semua catatan

Khamis, 20 September 2012

Resepi Kek Span Coklat

Malas nak cakap banyak. Jom buat kek span coklat..heee..

Bahan-bahan

150gm gula halus
15gm ovalette
5 biji telur gred B
110gm tepung kek
20gm serbuk koko*
1 sudu teh serbuk penaik
40gm air*
1 sudu teh emulco coklat/perisa coklat*
70gm minyak masak/mentega cair

satukan bahan yang bertanda*


Cara-cara

1)Satukan gula, ovalette, telur, tepung dan serbuk penaik.



2)Pukul kelajuan perlahan untuk sebatikan bahan-bahan ini. Kemudian tukar kelajuan tinggi dan pukul selama 5 minit hingga kembang dan pekat.

3)Masukkan air yang telah dicampur emulco coklat dan serbuk koko. Pukul lagi selama 5 minit hingga gebu.

4)Tuangkan minyak dan gaul perlahan-lahan dengan senduk hingga sebati.


5)Sediakan tin pembakar bulat berukuran 8". Tuangkan adunan dan bakar dengan suhu 180c selama 45 min hingga masak.



6)Apabila masak telangkupkan 5 min. Keluarkan dari tin dan sejukkan.



~SELAMAT MENCUBA~ 


Resepi oleh :Hajah noraini bt zakaria
Dari : Majalah Variasi Hidangan Berkeju (karangkraf)



Resepi Kek Span Vanilla

Hari ini kita blajar wat kek span ye.. kek span ni ada macam-macam cara nk buat.. lain orang, lain la caranya.. resepi ni pulak saya dapat dari internet & majalah. meh la kita tengok resepi yang saya nak kongsi ni..

Kek span vanilla
oleh: Mat Gebu at Dapur Tanpa Sempadan...

Bahan-bahannya:

160gm gula halus
15gm ovalette
5 biji telur gred B
125 gm tepung gandum *
1 camca teh baking powder *
1 camca teh esen vanilla
40 ml air
75gm mentega/minyak canola@jagung

* diayak

Cara membuat

  1. Putar gula & ovalette hingga sebati. masukkan telur, tepung yang telah di ayak, dan putar pada kelajuan tinggi hingga bersatu. Tuang air dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan kueh bahulu.


2.   Masukkan esen vanilla dan putar rata. Tuang mentega cair dan gaul dengan spatula dengan kaedah kaup balik hingga rata.

3.  Tuang adunan dalam loyang bulat 9 inci yang telah dilenser dengan sedikit minyak, dan alas dasarnya dengan kertas minyak yang telah dipanaskan pada suhu 180dc selama 30 min atau hingga masak.

4.   Keluarkan segera dari acuan bila kek masak, untuk mengelakkan kek mendap. Sejukkan dan hias ikut gaya apa yang anda mahukan.




Resepi ke-2 ni pulak dari Cake boss.. ala,Cake boss yg dalam astro tu la.. yg ni saya pernah cuba jugak, lain skit sbb pakai butter.. rasanya mcm butter kek pun ada.. kalau nk tau, cubalah sendiri..
selamat mencuba.

SPONGE CAKE RECIPE (BY CAKE BOSS)

Ini lak resepi kek span versi orang barat. jom tengok..

Ingredients:

4 eggs
2 cup2 sugar
1 tsp vanilla
1 cup whole milk
1/4 cup butter (lightly salted)
2 cups tsp baking powder
1/4 tsp salt


Cara-cara
  1. Beat eggs in large mixing bowl with paddle attachment for 4 minutes. Do not skip this step!
  2. Add sugar, and continue beating for another 4-5 min until light and fluffy. Add vanilla and stir on low until just combined.
  3. In a separate bowl, sift together dry ingredients. Add to egg and sugar on low speed until just combined.
  4. In a saucepan, heat mil and butter on low heat just until combined.
  5. Pour into two grassed and floured 8" round cake pans.
  6. Bake at 325 until the middle springs back when touched, or a toothpick inserted in the center comes out clean. Remove from oven and let stand in pans for 10 minutes. Then turn out onto wire cooling rack and cool completely. 
Selamat mencuba..