Memaparkan catatan dengan label Cups Cake. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cups Cake. Papar semua catatan

Khamis, 9 Oktober 2014

RED VELVET LAGI.. HEEE...


Assalamualaikum.. ola me amor.. hehe.. speaking mexico plak kite kan.. 
semalam ada cust order red velvet cup cake untuk bertunang.. nak tengok x? nak tengok x? hee..
cust nak red velvet cup cake deco fondant.. wlupun penat, tp mmg comel sgt hasilnya.. puji diri sendiri pulak.. ckp kat org sebelah , tak malu eh..hee.. Kalau ank murid D.A.O mesti phm..hihi.. sabar jek la ngan sy ni..layan jek..sabar eh, org yg sabar itu subuuuuurrrr..hee.. 




Ok, dah habis tengok gmbr? Jom tgk resepi lak. Sebenarnya hari ni nak kongsi resepi red velvet cup cake.. mmg la dah ada resepi sblm ni, tp tu versi mat saleh, kali ni saya nak kongsi versi org melayu plak..hee..jgn mrh.. 





RED VELVET CUP CAKE 

VERSI AZIE KITCHEN


Bahan-Bahan


Bahan A
3 1/2 cawan superfine flour - ayak

Bahan B
170g unsalted butter - lembut
2 cawan gula kaster
3 biji telur - saiz besar suhu bilik

Bahan C
6 sb food colouring (saya guna 3sb sahaja)
3 sb high quality cocoa powder (saya pkai van houten, kalau xde, jenama ape2 pun boleh)
1 1/2 sk vanilla essence

Bahan D
1 1/2 sk garam (saya tak letak pun)
1 1/2 cawan buttermilk

*cara buat buttermilk - 1 cawan + 1 tbs vinegar

Bahan E
1 1/2 sk cider vinegar (guna cuka biasa pun boleh)
1 1/2 sk baking powder


Cara-cara:

Panaskan oven pada suhu 170c. Sediakan 2 atau 3 loyang bersaiz 9 inci (saya masukkan dalam cawan kertas saiz m, boleh dapat lebih dr 30biji), dan griskan dengan butter pada dasar loyang. Kemudian alaskan dengan kertas minyak.

Pukul butter dengan gula dari bahan B hingga kembang dan gebu. Masukkan telur satu persatu, pukul lg hingga sebati.

Dalam mangkuk yang lain, satukan bahan-bahan C dan masukkan ke dalam adunan yang dipukul tadi. Pukul hingga sebati

Dalam measuring cup, satukan bahan2 D iaitu garam dan Buttermilk.

Masukkan berselang-seli bahan buttermilk dan tepung dalam 3 bahagian mula dan akhir dengan tepung sehingga habis. Pukul hingga sebati, tp jgn terlebih pukul.

Kemudian, dalam mangkuk yg kecil, satukan bahan2 E iaitu cuka dan baking soda dan biarkan berbuih. Dengan cepat, tuang ke dalam adunan tadi dan gaul sebati.

Tuang dalam dua sudu besar adunan ke dalam cawan kertas. Kalau kek, tuang dalam loyang yang telah disediakan.


Bakar pada suhu 160c selama 20min atau sehingga masak. Kalau kek dalam 30-40 min atau hingga kek masak (sy masak 25min). Biarkan sejuk dalam loyang selama 10min sebelumditebalikkan atas wire rack.

don't judge a book by it's covet hoccay.. choiii... :P

Ok, cerita dah habis.. Byee..






Rabu, 7 Mei 2014

KEK CAWAN BALDU MERAH..




Assalamualaikum & Selamat petang semua.. Petang2 mcm ni rasa lapar nak makan macam2 pulak. Tambah pulak kat sini baru lepas ujan, memang menjadi2 la laparnye. Tapi apakn daya, roti canai segera je la yang paling pantas untuk saya masak & ngap! hahaha.. sambil2 makan roti canai ni, sambil2 menaip resepi yang nak kongsi dengan kawan2 semua.. Saya dah pernah buat resepi ni, sedap kawan2. Kalau tak percaya, kawan2 cuba la buat ye... Saya ambil resepi ni dari www.Joyofbaking.com Hmm.. Jenuh jgk la saya nak translate dalam bahasa melayu. Nanti kawan2 paham2 kan je la ye bila baca resepi. heeee.. 


Maaf, kualiti gambar yang kureng.. Ye la, pakai henset kamera 2mpx je..



RED VELVET CUPCAKES

RESEPI ASAL : http://www.joyofbaking.com/RedVelvetCupcakes.html
Makes 12 cuppies

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A : (ayak bersama)

1 1/4 (125 g) Tepung Kek / Self raising flour
1/4 tsp baking powder
1/2 tsp garam
1 tbsp (10g) serbuk koko

BAHAN B : ( campur dan gaul bersama)

1/2 cup (120 ml) buttermilk
1 tbsp pewarna merah

BAHAN C 
1/2 cup (57 g) unsalted butter (suhu bilik)
3/4 cups (150 g) granulated white sugar / gula castor
1 large egg (guna teelur saiz A)

BAHAN D : (campur dan gaul bersama masa nak tuang dalam aduanan nanti)
1/2 tsp cuka makan
1/2 tsp baking soda

*Homemade Buttermilk
1 tbsp cuka + 1 cup susu segar , kacau dan biarkan selama 1/2 jam



Cara - cara :

Panaskan oven dengan suhu 175 Dc, dan sediakan 12 kertas cawan diatas loyang pembakar

1.Dalam mangkuk pengadun, pukul butter hingga lembut (1-2 minit). Masukkan gula, dan pukul lagi sehingga ringan dan gebu (2-3 min).

2. Masukkan telur, pukul lagi sehingga semua telur sebati dengan butter tadi. Kemudian, tambahkan esen vanila, pukul lagi sehingga semuanya sebati dengan baik.

3. Dengan kelajuan perlahan, masukkan Bahan A dan B secara selang seli bermula dengan A -> B -> A.

4. Dalam bekas kecil, campurkan bahan D, (ia akan berbuih nanti), tuangkan segera kedalam adunan tadi.

5. Dengan pantas, masukkan adunan kedalam kertas cawan yang dah disusun tadi. Bakar selama 18-23 minit, atau sehingga masak. (nak tau dh masak ke belum, ambil lidi, cucukkan pada kek, kalau kita tarik lidi keluar dan takde kek melekat, dah ok la tu..) Biarkan sejuk dahulu sebelum  dihias mengikut citarasa anda.


Resepi Cream Cheese Frosting


8 ounces (227g) cream cheese - suhu bilik
1/2 tsp vanila esen
1/2 cup (60 g) confectioners icing / gula icing
2/3 cup (160 ml) cold heavy whipping cream



saya selalu pakai whipping cream ni je.. sedap..


Cara-cara


Dalam mangkuk pengadun, pukul krim cheese sehingga lembut. Tambahkan esen vanila dan gula icing sedikit demi sedikit, dan pukul lagi sehingga krim menajdi lembut. Kemudian, tambahkan whipping cream, dan putar lagi sehingga mencapai ketebalan yang sesuai untuk dijadikan topping nanti.

*tambahkan gula atau cream cheese untuk mendapatkan ketepatan rasa yang betul dan sedap.

Ahad, 6 April 2014

Super-Duper Moist Choc Cup Cake


Assalamualaikum.. selamat petang.. Kepada kawan-kawan yang nak belajar buat coklat cup cake yang gebu dan sedap ni, boleh la cuba ye.. Hari ni tak berapa nak sihat, Dah lama draft kan resepi ni, hari ni baru free nak post.. Kawan-kawan cuba la ye.. tak rugi, memang sedap..



Moist Choc Cup Cake


Resepi oleh : Chef Zubaidah
Bahan-bahan

150 g tepung gandum
4 biji telur gred B
250 g gula castor
1 sdt baking powder
1 sdt soda bikarbonat
*100 g serbuk koko
*250 g susu pekat manis
*1 tin susu cair (saya pakai susu full cream)
*200 g minyak masak



Cara-cara

Panaskan pengukus telebih dahulu.

1. Campurkan semua bahan bertanda (*) & Masakkan bersama semua bahan didalam kuali. Dengan api kecil, Kacau sehingga agak likat dan berkilat sudah mencukupi. Tak perlu sampai menggelegak. (kang tak pasal-pasal hangit pulak. Bila dah selesai, tutup api, ketepikan.

2. Sediakan bekas sederhana besar, Masukkan telur dan pukul dengan mixer hingga berbuih. (saya suka pukul sampai kembang dan pekat, sebab nanti bila masak, keknye gebu sangat.hee)

3. Bila telur yang dipukul dah berbuih, Masukkan gula castor, dan pukul lagi sehingga kembang dan pekat.

4. Selesai pukul memukul tadi, Masukkan adunan Coklat yang kita masak tadi dalam bekas yang kita pukul telur dan gula. Kacau sebati.

5. Selepas itu, masukkan tepung (yang dah dicampurkan dengan baking powder dan soda bikarbonat) sedikit demi sedikit kedalam bekas tadi. 

6. Susun kertas cawan, dan masukkan adunan lebih dari separuh dan tidak juga penuh, dan kukus selama 15-20 min mengikut saiz kertas cawan masing-masing. 

*(boleh juga dibakar dengan oven, tapi saya lebih sukakan tekstur kek yang dikukus sebab yang dikukus sangat lembut berbanding dibakar yang rasanya agak kasar bila dimakan)


Kalau buat kek sebiji macam ni, pakai loyang 9inch k. Bakar selama 40-45 min, 170dc / kukus selama 50-60 min. atau sampai masak. 

* Kalau nak letak Chosolate Ganache, boleh rujuk 
http://teratakjernih.blogspot.com/search/label/Chocolate%20Ganache


*Selamat maju jaya ;)