1) Ketuhar
Pic from www.dsignoliving.com |
Ada terdapat pelbagai jenis ketuhar sama ada ketuhar elektrik atau pun gas. Ketuhar yang paling baik untuk membakar kek ialah jenis "convention oven" iaitu ketuhar elektrik yang mempunyai api atas dan bawah dan fungsi grill. Untuk membakar kek keju atau kek-kek yang lain, perlu menggunakan api atas dan bawah. Ketuhar api sahaja tidak sesuai untuk membakar kek keju kerana permukaan kek tidak perang dan tidak masak dengan sempurna. Sebelum anda membakar kek, panaskan ketuhar ke suhu 180dC selama 15min, kemudian baru masukkan kek. Untuk membakar kek keju, selalunya mengambil masa 1 jam atau lebih. Untuk kek yang lebih kecil seperti kek cawan atau mufin, masa membakarnya adalah lebih singkat iaitu 30 min. Ada sebahagian kek keju yang menggunakan teknik khas iaitu membakar secara 'steam bake' atau juga dikenali sebagai 'bain marie'. Caranya ialah meletakkan kek di atas bekas berisi air dan dibakar seperti biasa. Ini bermakna, kek itu dimasak menggunakan haba dari air dan memastikan ia masak dengan elok dan permukaannya tidak merekah. Biasanya suhu ketuhar diturunkan ke 160dC dan dibakar selama 1 1/2 jam. Membakar secara ini tidak menjejaskan fungsi ketuhar anda.
2) Pengadun Elektrik (Mixer)
Pic from www.global96.com |
Anda boleh menggunakan pengadun elektrik jenis tangan atau pengadun besar dan lain-lain. Jika menggunakan pengadun kecil, masa memukulnya adalah lebih lama.
3) Alat Pemarut
Pic From www.elissmie.com |
4) Tin Pembakar (Loose Tin)
Pic from www.billericaycookshop.com |
Gunakan tin pembakar dari aluminium kerana ia menyebarkan haba dengan lebih sempurna. Sebahagian resepi kek keju menggunakan tin jenis boleh ditanggal (loose tin) agar ia mudah dikeluarkan terutama kek keju jenis dingin. Bagi kek yang menggunakan teknik 'steam bake' anda boleh gunakan tin pembakar jenis ini tetapi bahagian bawah tin hendaklah dilapik dengan kertas aluminium (aluminium foil) supaya air tidak meresap ke dalam kek.
5) Lain-lain peralatan ialah seperti mangkuk pengadun, pemukul telur, penimbang, penyukat air, pengayak tepung, cawan dan sudu penyukat, pengaut, senduk kayu, dan lain-lain. Anda boleh mendapatkan peralatan ini di kedai bahan kek dan pasarraya.
6) Kayu Penggelek (Rolling Pin)
Digunakan untuk mencanai doh supaya menjadi nipis dan adunan rata. Apabila diletakkan di dalam acuan pai atau tat ia kelihatan cantik dan rata.
7) Penimbang Digital
8) Tin Pembakar Biasa
Pic from loyangbakingmart.blogspot.com |
Tin pembakar biasanya mempunyai saiz yang tertentu. Ianya boleh digunakan untuk membakar kek span dan tidak sesuai untuk digunakan untuk membuat kek yang mempunyai lapisan biskut dibawah.
9) Spring Form
Pic from www.wilton.com |
Terdapat juga bekas pembakar yang mempunyai sisi boleh dibuka. Ianya memudahkan untuk mengeluarkan kek yang berjenis dingin beku.
10) Sudu Sukatan
Pic from rasa.karangkraf.com |
11) Alat Pemukul Telur
Digunakan untuk memukul telur agar kembang dengan menggunakan tangan. Alat ini juga digunakan untuk menggaul bahan-bahan cecair agar sebati.
Tips yg sgat berguna. Thank you sis!
BalasPadamterima kasih kembali Ibu Nadzirah :)
PadamMinat baking dan nak mula berjinak2 baking..hehe
BalasPadamWahh..bagus la mcm tu..Semoga ape yg sy kongsikan dlm blog saya ni dpt membantu ibu nadzirah ye.. ;)
PadamBerapa harga bagi sudu penyukat?
BalasPadamsudu penyukat ade berbagai rupa.. dari yang biasa, smpai la yang luar biasa.. kalau pilih yang biasa murah saje.. tapi saya dah tak ingat berapa harganya.. jangan risau, sedia la dlm rm20. :)
BalasPadamTerima kasih dgn tips ni dik...nk tau pasal cawan penyukat kat mana nk dpt yer
BalasPadammohon share yee :)
BalasPadamSilakan sis :)
Padamberape harga spring form
BalasPadamAda yang mahal dan ada yang murah ikut kualiti dan jenama. Yang murah kat MR.DIY pun ada jual. Harga dr rm20 keatas.
PadamAda yang mahal dan ada yang murah ikut kualiti dan jenama. Yang murah kat MR.DIY pun ada jual. Harga dr rm20 keatas.
Padamkat MR.DIY ade banyak ke peralatan kek yg macam dalam gambar tu?? Nak buat kek untuk family je.. :-)
Padamkat MR.DIY ade banyak ke peralatan kek yg macam dalam gambar tu?? Nak buat kek untuk family je.. :-)
PadamRasa bersemangat tgk peralatan buat kek ni
BalasPadamMemang bersemangat sampai sanggup belanja besar.. Huhu..
PadamMemang bersemangat sampai sanggup belanja besar.. Huhu..
PadamAssalamualaikum..sis, sy baru saja nak.bermula dlm bidang membuat roti ni. Adakah alat2 tu lengkap utk membuat jenis2 roti y lain?.terima kasih :)
BalasPadamWaalaikumsalam
PadamYg sy share ni hanya peralatan asas untuk permulaan langkah sbg baker, peralatan memang masih banyak lg sis.nanti bila dah mula, kita mesti tau apa yang kurang, dan perlu ditambah. Kalau nk senarai semua, memang tak terkira.
Assalamualaikum Sis.
BalasPadamSis says ingin tahu nama untuk letak kek?
maksud saya kalau kit beli kek dekat kedai akan ada pelapik kek kayu yang dibalut dengan kertas warna emas @ perak. Yang itu dipanggil ape eh Sis?
Salam...nk tnya bread mixer jenama apa yg murh n bgus
BalasPadamAssalam. nk tnya tempat letak kek klu kita sapu untuk wat krim yg blh pusing2 apa nama dia?
BalasPadam