Memaparkan catatan dengan label Kuih-Muih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuih-Muih. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Disember 2016

Keria Viral


Assalamualaikum & salam sejahtera. Belakangan ni heboh betul pasal keria antarabangsa kan. Ha, aku pun tak nak lepaskan peluang nak try jugak kan. Tp masalahnye, kat kedai takde keledek putih. Ah, bedal je la. Kuning pun, kuning la. Resepinya pulak, dapat dari Azlina ina cikgu gemokning tu la.. hahaha. Tapi ade la yang aku ubah skit. Bukan ubah sebab berlagak terer. Tapi sebab kat dapur ade itu je bahannye. hahaha..






tengok tu, terjlat-jilat budak2 ni makan kuih keria tu.
jom tengok bahan2 dan cara buat. Kalau tak paham jugak mcm mn nk buat, tak tau la nk ckp mcm mana. Penat aku tangkap gambar banyak2. Dah jom, malas nak bebel, mcm mak lampir.


Keria Antarabangsa

Sumber : Azlina Ina 

Bahan2 donat ubi  
Ubi keledek putih 500g

Bahan kering ni campur semua
1 1/4 (135g) cawan tepung gandum 
1 Sudu bedar tepung beras
1 ssudu kecil gula halus
1 sudu kecil baking powder double action @ 2 sdk baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat (aku sendiri yg tmbah)

Bahan2 gula
150g gula melaka (aku boh 77g, itu pun dh manis weii)
1 sudu besar Gula psir (aku pakai gula perang)
1/4 air masak (60ml)



Cara2 rujuk gambar


500g Ubi Keledek. Takde putih, ko bedal jek la warna ape pun. Ko jugak yg nak makan kan.Hahaha




Pastu Ikut suka ko la nak potong dadu ke, bulat ke,segitiga ke kan. Dah potong2, masuk dlm periuk, rebus smpai empuk. Check pakai garpu, cucuk keledek tu.kalau dh lembut, dah masak la tu.




Dah rebus, ko lenyek-lenyekkan ubi ko mcm ni. Ok, settle bab rebus ubi.




Ni tepung yang dah campur bahan2 kering. Gula, soda bikarbonat, serbuk baking, tepung beras. Gaul semua. Ni nanti nak masuk dalam ubi lenyek tadi.




Ni proses nak buat doh hokkey. masukkan tepung dalam ubi lenyek, uli2 sampai sebati. Tinggalkan skit tepung. Jangan tanya aku knp kena tinggalkan skit tepung sebab aku ikut resepi je. Hahaha..mampuih kalau dapat cikgu macam ni kan. Hahahaha.. Pastu masukkan baki tepung yg lagi skit tu. Uli sebati lagi. ok siap.




Ni la hasil doh yang dah campur dengan tepung tadi.





Kita canaikan dia, kasi tebal skit ok. Aku buat bite size, memang comel jek. Sebab nak bg anak2 makan. Budak2 kan suka benda yang comel.





Ni la hasilnya. Kalau pakai acuan yang kecik2, dapat la dalam 50 biji. Macam banyak jek kan. Aku bagi jiran skit dalam 20 biji, lebih tu anak2 makan habis semua.





Goreng sampai keemasan ok. Ko tak payah la letak banyak2 minyak masak tu. Nak jimat kan. 1 botol jek boleh dah brapa kan. 





Ni la hasil lepas goreng keemasan tadi. Tengok tu, comel jek kan saiz tu. 
Ok, siap bab donat.




Ni plak bahan gula.



Campurkan air dgn gula




Masak sampai naik buih, dan kental/betul2 pekat.





masukkan donat ubi tadi, gaul rata, jangan kacau kerap sangat.




Nampak tak, air gula tu dah nak kering. Kacau lagi, biar smpai gula betul2 kering. Pastu dah yakin gula dh kering, tutup api, kacau sampai naik gula bersalji. Ala yang macam serdak2 gula tu la. Dah siap, angkat, bg jiran2 korang rase. Kalau x sedap, jgn ckp ko tgk dr blog aku. kikikiki..

Selamat Mencuba.




Isnin, 30 Mei 2016

Kuih Sagu



Assalamualaikum.. Sorry lambat nak kongsi resepi baru. mana taknya, ni ha, dok bersihkan sawang2 yang melekat dengan degilnya kat blog ni. Puasa pun tak lama lagi kan, Jadi, memang sesuai la saya share kuih sagu ni. Nanti buka puasa boleh la buat maniskan mulut kita. Jom..







KUIH SAGU




Bahan-bahan
2 cawan sagu berwarna (rendam sagu 10min)
1 cawan gula
3 cawan air
Daun pandan (simpulkan)
Kelapa parut (gaul dengan sedikit garam)
Jom tengok proses memasak pulak k. Jangan nak kecam2 periuk hakak buruk ke, gambar akak kabur ke.. fokus ok..fokus.. :p

Sedikit perwarna merah









1st Step
Didihkan Air bersama gula,sirap pewarna, dan daun pandan yang disimpul







Nampak tak tu dah mendidih? Haaa.. kalau nak tau diri tu kebal ke tak, celup jari dlm tu..ekekekeke..








Ok, Lepas air sirap gula dah mendidih, masukkan sagu yang kita dah rendam dan toskan kan tadi.
kacau kerap skit sampai dah likat dan kental ok. Tutup api. ambil loyang, masukkan dalam loyang,sejukkan.







Bila dah sejuk, boleh la potong2kan kecik2, golek2 atas kelapa parut yang dah dah digaul dgn garam.ambil seketul yang dh siap, masuk dalam mulut.. ngap! sedap !!




ok byeeeeeeeee.....




Ahad, 28 Jun 2015

Kek Sarang Semut@ Gula Hangus










Salam sejahtera semua.. Hari ni saya nak share kuih yg sy dh cuba buat ni. Ni 1st time buat kuih ni. Bila menjadi, macam mng marathon 4x4 kau.. Haha.. 
Ade yg tak pernah makan kuih mcm dlm gmbr ni tak? Sedap woo.. Hari ni sy nk kogsi resepi ni dgn semua. 

Resepi yg saya dah cuba ni, menjadi, mak cakap pun sedap, tapi tak selembut mcm slalu yg org buat.. Hmmm.. Knp ek. Saya buat cara bakar dlm oven. 

Ke nak kena kukus ek br lembut. Takpe la, u all bleh try resepi ni dlu. Mungkin saya kot yg terlebih terer sangat. Next time sy cuba resepi lain pulak. Jom tgk bahan2ye.






KEK SARANG SEMUT@ KEK GULA HANGUS
Sumber resepi : Kak Azlita masam manis
Resepi asal : Kak nor



Ni jek bahan2nye.. Ringkas dan mudah dibeli. Malas nak menaip, tu yg bg gmbr cmni. Kikikiki...

Cara2~
Sediakan loyang 7x7, sapu keliling dgn butter dan alaskan dgn baking paper. (sy pakai loyang bulat 8")

1st step
Buat Karamel n cairkan butter. Kenapa kita buat yg ni dlu? Sbb nti nak kena sejukkan sblm cmpur dgn adunan tepung.

1. Masukkan gula dlm pan, panaskan dgn api kecil smpai cair gula tu. 

2. Bila dh keperang2an, masukkan air panas sikit, smpai habis dan Sebati. Ttp api Letak tepi,biar sejuk. (Kalau masa pnskn gula, gula tu kehitam2an, terus ttp api, buang ketepi. Kompom pahit.)

3. Masukkan butter dlm pan yang lain, cairkan. Dh siap,letak tepi k. Jgn gi cmpur ngan karamel td tau. Butter ni nk cmpur dlm adunan tepung. Ok, siap.



2nd Step
-------------------

1. Dalam satu bekas sederhana, pecahkan 4 biji telur dan kacau perlahan sampai sebati.( saya ikut resepi. Kak azlita soh kacau ngan senduk kayu ja. Tak payah nak pukul.)

2. Masukkan susu pekat manis, dan kacau sebati lagi. Tambahkan esen vanila. Dan kacau lagi. 

3. Masukkan tepung yg dh cmpur dgn baking soda n baking powder sikit2, kacau sampai sebati . Tgk gmbr kt bwh ni, cantik je kan adunan. (Ke aku sorg je yg perasan rase adunan tu cantik.. What ever.. :p 




4. Masukkan butter cair, kacau pelan2 smpai sebati.

5. Masukkan gula karamel, dan kacau lg utk kali terakhir. Kacau pelan2. Tunjukkan kesopanan kita sbg org pompuan k.

6. Dah siap semua kacau mengacau, masukkan adunan dlm loyang. (kak azlita aziz biar smpai 5 jam. Katenye bila biarkan dlu, jd lg cantik. Sy biar 3 jam jek. Sbb kalau biar 5 jam, masa buka tu makan adunan tepung dlm loyang jek.. Haha.)

Bakar suhu 170c selama 45 min. Ikut pns oven masing2. Kena slalu tgk jgk kek tu ye. (saya bakar smpai 35 min jek. Sbb dh bau hangit. Tak pernah buat,jd agak risau. Bila cucuk dgn lidi beraih jek, trua kuarkan. X nk cr psl.. Hee.. ) ok dh siap. 

Semoga berjaya ye kawan2 semua.. Hehe..






Jumaat, 23 Mei 2014

Pisang goreng tabur Cheese parut & Choc Rice... Yummyy!!

Assalamualaikum.. Hek hem.. Selamat malam.. buat ape tu? makan ape mlm ni? hehe.. Dah lama nak merasa makan pisang goreng cheese.. Akhirnye, malam semalam dpt jugak saya merasa.. Huuuuuu.. mantap!!! Buat sendiri, mmg tabur cheese banyak.. lepas geram.. haha.. Kebetulan semalam sepupu sepapat semua berkumpul kt rumah makcik, ape lagi, malam2 pun jadi makan pisang goreng cheese ni.. seronok bila dh berjumpa..

Nampak tak? Perghhhh.. meleleh air liur wa ckp sama lu.. haha.. ni pakai henset baru beli ni.. berbaloi walaupun murah.. tak caye beli la.. Lenovo 889..hee..


sepupuku.. x sbr2 nak ngap..haha

Sebenarnya saya nak kongsi resepi ni..senang sgt buatnye.. tp xde sukatan la.. sebab masa buat ni, buat ikut sedap mulut nk mkn je.. Boleh la, boleh la, boleh la eh.. hee.. Bukan ape, syg la kalau x dpt kongsi makanan sedap ni ngan org lain.. huhu.. Jom tgk bahan2nye..taaaappiiiii.. tanpa sukatan..hee.. 



Bahan A

Pisang mentah 1 sikat (hiris jd dua bahagian)

Bahan B (Penyalut pisang goreng)

Tepung beras anggaran 250g
air kosong secukupnye
air kapur sedikit (utk rangupkan pisang goreng)
telur 1 biji
gula secukup rasa
garam secubit

Bahan C (utk tabur atas pisang goreng)
Cheese parut secukupnya
susu pekat manis
 Chocolate rice

Cara-Cara

1. Campurkan semua bahan B, gaul sebati sampai adunan tak berketul. Jangan bancuh pekat. Cairkan sedikit.
2. Golekkan pisang yang dibelah 2 tadi kedalam Bahan B. Salut keseluruhan bahagian pisang tadi.
3.Goreng sampai kekuningan. Angkat.
4.Sementara tgh panas, Taburkan cheese parut & coklat rice kat atas pisang panas tadi & Tambahkan susu pekat manis untuk sedapkan lagi pisang goreng cheese tu.
5.Siap untuk diNGAPPPPP!!!

~Selamat Mencuba~




Rabu, 2 April 2014

KUIH KETAS KESUKAANKU.. NYUM2..


Assalamualaikum.. selamat petang semua.. Buat ape tu?? Petang-petang macam ni kalau dapat makan kuih sedap jugak kan? Petang ni saya nak kongsi resepi kuih kegemaran saya. Ada orang cakap kuih kertas, ade jugak yang cakap kuih ketas. Kalau saya cakap, kertas ke ketas ke ade aku keesaahh? Yang penting masuk mulut, sedaaap. Saya belajar makan kuih ni masa saya duduk Sg petani, kedah. Sekali rasa, pasti nak lagi. Memang sedap! Mantap! meletup! kebabom!! haha.. Jom tengok resepi..

*Sori ahh, gambar ala-ala kampung.. hehe..


KUIH KETAS

RESEPI BY : myself@Kham ( teratakjernih.blogspot.com)


Bahan-Bahan

280 g Tepung Pulut
1 tsp Garam
200 ml Air masak
1 biji Kelapa parut

Untuk Air gula
60 g Gula pasir (sebab tak nak manis sangat)
100g Air masak 



 

1. Ambil satu bekas sederhana besar, masukkan tepung pulut dan kelapa parut, dan garam, gaulkan sampai kelapa sebati dengan tepung (kelapa tadi akan terburai-burai dalam tepung pulut). 


2. Masukkan air dalam bekas adunan tadi, gaulkan sehingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan. (kalau dah tak melekat kat tangan, maknanya dah ok la tu)



3. Ambil sedikit adunan doh tadi, bulat-bulatkan dan buat bentuk bujur. Ulang lagi sampai habis semua adunan doh tadi. 



4. Goreng doh yang dibulat-bulatkan tadi sehingga masak. Bila masak, ia akan bertukar warna keperang-perangan. Jangan masak terlalu lama, nanti hangit plak kuih tu.



Macam ni la rupa nya bila dah digoreng. Ready untuk disalut gula




5. Masukkan gula pasir dan air dalam kuali. Masak sampai menjadi air gula yang likat dan pekat. Rajin-rajin la mengacaunye biar kita tau air gula tu dah pekat ke belum. Kalau angkat sudip/sudu, air gula tu nampak macam likat bila menitik, dh ok la tu. bleh teruskan dengan langkah seterusnya ye.



6. Masukkan doh yang digoreng tadi dalam air gula yang dah pekat tu, kacau, kacau, kacau semua yang kat dalam tu sampai air gula kering. Bila air gula dah kering, terus tutup api. Tapi jangan berenti kacau k. Kacau lagi sampai gula tu jadi kering dan jadi macam hablur (gula tadi macam berderai kat kat kuali). Boleh Angkat, dan hidangkan dalam pinggan. Siap untuk di Ngap!!



Macam ni la rupanya bila air gula dah kering. Gula tu jadi Hablur yang berderai2.. 






*SELAMAT MENCUBA*







Jumaat, 29 Mac 2013

Resepi kuih siput..

Kalau nak tau, kuih siput ni salah satu kuih kegemaran saya dari kecil. Kalau ada kuih ni, memang asyik kena kepit je. sambil tengok tv sambil mengunyah..hihi.. Disebabkan suka sangat makan kuih ni, saye pun buat la sendiri kat rumah.Mana taknye, Nak cari kuih siput ni bukan senang ye dak? Nak buatnya pun tak susah, sesiapa pun boleh buat. Jadi, saya dengan sukacitanya nak berkongsi resepi ciptaan saya sendiri. Jom tengok bahan-bahannya. Lepastu boleh lah awak-awak semua cuba, try & test.. heee



Bahan-bahan

Bahan A
500g tepung gandum
60g marjerin
1 biji telur

Bahan B
150 g air suam (supaya garam mudah larut)
1 tsp garam 
secubit aji no moto (nak letak boleh, tak nak letak pun boleh)

Bahan C
8 ulas bawang putih
1 biji bawang merah yang kecil (bawang india)
10g lada putih (terpulang anda, kalau nak rasa pedas lagi, letak lebih sikit je.)
#cili padi , sesedap rasa- untuk yg suka pedas (optional..saye tak letak pun)

*Campurkan bahan yang bertanda B, kacau rata..
*Tumbuk lumat bahan-bahan C

Cara-cara 

1. Ambil bekas besar -untuk senangkan proses menguli, (sebab saya pakai tangan je. pakai mixer pun boleh)
    masukkan bahan-bahan A, dan bahan-bahan B.Gaulkan kesemua bahan hingga sama rata dan sebati.
2. Tuangkan air suam sedikit demi sedikit, untuk memudahkan proses menguli tepung menjadi doh yang agak        
    lembut dan senang di tekan di dalam acuan siput. Kalau rasa-rasa doh tu masih keras dan susah dibentuk,
    tambahkan lagi sedikit air sehingga senang diuli..
3. Apabila doh yang diuli tadi sudah tidak melekat pada tangan dan bekas, itu bermakna kita dah pun boleh
    mulakan proses tekan-menekan. heee..
4. Selepas semua doh habis ditekan, gorengkan kuih siput sehingga masak dan kekuning-kuningan.. Angkat,
    dan siap di hidang.. (jangan terlebih goreng sudah).

Senangkan?.. selamat mencuba..


Ini la acuan untuk kuih siput