Dah lama sebenarnye buat kek puding karamel ni. Tapi tak perasan pulak saya takde share dlm blog sy ni.. kalau u all x pernah buat, boleh la cuba ye. saya suka kek ni, lemak2 manis. resepi tengok kt gmbr ye. mls nak taip lagi.. ngeee..
SUMBER RUJUKAN & RESEPI:
KAK AZLITA MASAM MANIS
Pertama sekali, kita sediakan gula hangus dan pudingnya ye.. gula tu masak api slow ye. Kalau hitam, buang, buat yg baru.
Kemudian, kita buat bahan kek pulak ye. Dalam gambar ni yang saya dah siap kaup balik dengan putih telur@meringue
BAHAN-BAHAN MERINGUE
Meringue ni nanti kena kaup balik dengan bahan2 kek tadi. Kaup balik sampai la sebati.
Dah siap kaup balik, bahagikan kepada beberapa bahagian warna yang disukai. macam saya buat 3 warna je.
Lepas tu, boleh la kita selang-selikan adunan tadi kedalam loyang. Bakar pada suhu 150c, dengan kaedah steam bath (dudukkan loyang adunan kt atas dulang berisi sedikit air. Guna api bawah saje k.
Kat bawah ni hasil kek karamel yg saya buat.. saya pakai loyang 8inchi. Adunan kat atas ni, saya bahagi dua.. tp puding karamel tu agak nipis le jadinye.. kalau akak2 nk try double kan puding karamel pu boleh.