Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang singgah membaca di blog saya.Kali ni, saya nak kongsikan idea, bahan dan cara DIY kostum/pakaian beragam anak sekolah rendah. Kalau pakaian beragam merdeka, rasanya semua champion kan.
Tapi kalau pakaian beragam kerjaya? Pening jugak memikirkannya. Nak beli kostum harga agak mahal, nak sewa tu ada, tapi kadang masa dah suntuk, kadang tak ada stok. Itu pun belum tentu kedainya berdekatan dengan kita.
Cerita pasal pakaian beragam tema kerjaya kan, sebenarnya saya tak ada pengalaman langsung. Sebab ank-anak dari SJKC. Seingat saya, Sepanjang tahun anak-anak saya bersekolah, memang tak ada pertandingan sebegitu yang dianjurkan oleh sekolah.
Bila anak masuk ke sekolah kebangsaan, baru lah dapat merasa masuk pertandingan pakaian beragam. Saya dah cuba masukkan abang dalam pertandingan pakaian merdeka sebelum ni, iaitu busana melayu bersampin siap bertanjak.
Walaupun abang nampak malu-malu, tapi dia cakap seronok! Apa lagi, bila dapat tau sekolah anjurkan pertandingan pakaian beragam dengan tema kerjaya, terus tanya abang, ok ke tak kalau ibu masukkan nama dia. Abang cakap ok. Terus buat carian contoh pakaian beragam dalam google.
Asalnya nak beli baju sniper yang berambu, tapi bila fikirkan masanya agak suntuk, takut barang lambat sampai. Tukar plan B, baju polis. Gigih tanya kedai sana sini, baju kadet polis je ada. Baju seragam kadet polis pun ada, tapi saiz budak kecik tak ada, biasanya kena tempah. Jadi, tukar plan C.
Saya dah mula ada rasa nak give up sebenarnya. Sebab saya hanya ada masa sehari je nak cari dan siapkan. Cikgu dah umum beberapa hari sebelum, tapi disebabkan PRU 15, agak sibuk travel jauh. Itu lah tak sempat nak siapkan awal. Alhamdulillah, akhirnya dapat lah idea pakaian seragam polis trafik.
Bila diperhatikan, pakaiannya mudah di cari dan jimat kos. Cuba tengok senarai barang kat bawah ni..
1) Baju putih kosong lengan panjang, ada poket kat dada
2) Seluar sekolah
3) Tali pinggang sekolah warna biru gelap
4) Tali pinggang warna biru gelap
5) Topi tanpa corak warna biru gelap
6) Cermin mata hitam
7) Set mainan yang ada Gari dan pistol
8) Sarung tangan putih
Bahan-bahan lain
1) Gunting
2) Double tap
3) Masking tap
4) Kertas A4 print logo polis, buat name tag
5) Pen biru (kalau printer berwarna, tak payah, simpan dalam laci je. Hahaha)
6) kertas tebal
7) pen hitam (saya guna sharpee), pen merah dan kuning (saya guna highlighter)
Benda pertama yang saya buat, ialah print logo polis dengan saiz berbeza-beza supaya sesuai dengan saiz aksesori dan pakaian. Kalau terlebih besar nampak pelik, kalau kecik sangat, tak nampak apa dari jauh.
1) Siap print logo, gunting ikut bentuk, tapi lebihkan tepi sikit dan warnakan dengan pen biru bahagian yang berwarna (rujuk logo polis). Sebab apa, printer saya hitam putih je. Hahaha..
2) kemudian saya buat name tag. Yang ini saya guna sharpee. Huruf saya buat tebal, dan biar kosong, bahagian sekeliling, saya warnakan dengan warna hitam. Macam name tag cikgu tu lah. Nama pun DIY, nak cepat dan jimat. Kalau rasa berada dan banyak masa, order lah name tag betul.
3) Dua benda ni saya tak tahu namanya apa. Satu letak tepi lengan baju, satu lagi atas poket yang ada logo dengan slogan dan gambar berjabat tangan. Tanda tepi lengan tu saya lukis dan bold kan guna pen sharpee, logo berjabat tangan pulak saya print. Jenuh kalau nak lukis.
Bila 3 perkara ni siap, dah boleh tampal menampal. Macam korang semua tengok dalam gambar. Tampal dan tampal, siap!
Part garisan putih tepi seluar tu pun saya lekat guna masking tape putih je. Itu idea suami saya. Sebenarnya, sebelum tu saya beli ribbon warna krim, pening juga fikir cara nak lekat kat tepi seluar. Mujur husband bagi idea yang sangat membantu. Dan siapa pun tak perasan itu masking tape. Hahahahaha..
Tempat letak pistol tu pulak saya warna dengan pen hitam. Saya guna semula bungkusan mainan pistol. Kertasnya kan agak tebal macam kad, saya lipat-lipat, tebuk kanan kiri untuk saya masukkan dalam tali pinggang. Bijak kan saya? Hahaha.. Part ni lupa nak ambil gambar sebab nak cepat. Dari rumah dah pesan kat abang, jaga pistol sebab belas pistol tu kertas ja, takut tercabut.
Dan ini lah hasilnya.. Turun je dari kereta, semua mata memandang abang. Ada seorang pakcik siap ambil gambar abang. Penanpilan abang nampak ‘real’. Berbaloi sangat penat sediakan semua tu. Menang kalah, belakang cerita. Yang penting, abang berani sahut cabaran, berani naik pentas walaupun abang sebenarnya malu-malu.
Sebelum saya akhiri perkongsian ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada suami yang memberi idea dan juga guru kelas 2 Arif Sek. Keb. Sg. Tiram, iaitu Cikgu Fatin yang sangat teruja, tolong ‘tengok-tengokkan’ abang (sebab benda DIY kan mudah tercabut) dan whatsapp Ibu serta hantar gambar abang masa dapat piala. Cikgu memang awesome!
Semoga idea kecil ini dapat mengurangkan pening kepala ibu-ibu yang berhajat nak masukkan nama anak dalam pertandingan pakaian beragam tahun berikutnya. All the best!