Selasa, 31 Julai 2012

Apam Mekar

Assalamualaikum...
Bercakap pasal apam, skang ni macam-macam apam yg orang dh buat. Ada apam polkadot, apam mekar, apam balik (apam jugak kan? hee) & macam-macam apam lg la yg ada.. saya pulak suka betul cuci mata kat blog kak ita masam manis. Tup-tup, terjumpa lak resepi apam.... Jadi, saya dengan sukacitanye nak berkongsi resepi apam mekar yang baru pertama kali saya buat ni..Dan hasilnya.. maveles.. lembuuuuttt.. jom..layaaannn..



Bahan-bahan

250gm tepung gandum
230gm gula castor
2 biji telur
1 cawan aiskrim soda (minuman berkarbonat)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh ovalette
sedikit pewarna kegemaran

Cara-cara

Pukul telur, gula, esen vanila dan ovallete hingga kembang.
Masukkan tepung dan aiskrim soda secara berselang-seli. Setelah sebati bahagi kan kpd beberapa mangkuk dan warnakan mengikut citarasa.
Masukkan dlm cup cake dan kukus selama 15 minit. Pastikan kukus telah betul2 panas dan airnya telah mendidih barulah dikukus supaya apamnyer nantik cantik dan mekar.




ini lah dia apam mekar ku..selamat mencuba..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan