Ahad, 31 Mac 2013

Homemade Vanilla Ice Cream

Sedia untuk Dimakan.
Anak-anak dah menunggu dengan tidak sabarnya..Haha

Sekarang ini cuaca memang panas yang amat. Ada yang nak makan cendol la, minum air sirap ais la, limau ais la, ais krim la, dan macam-macam lagi. Saya pun tak terkecuali jugak. hee.. Oleh kerana itu, saya pun tak tunggu lama, capai laptop,bukak www.facebook.com/Bukuresepi , terus cari resepi ais krim yang sangat mudah dan jimat kos untuk dicuba buat. Dan hasilnya, anak-anak saya la yang paling seronok dapat ais krim buatan ibunya sendiri. hehe.. tapi,yang tak bestnya, ais krim ni cepat cair. Mungkin tak ada tepung jagung kot. Sebab dalam resepi ais krim yang lain, ada letak tepung jagung, katanya untuk mengelakkan ais krim cepat cair. hmm.. lain kali kita cuba yang resepi yang 1 lagi ni eh. Hari ni kita cuba buat resepi yang mudah ini dulu. :)


AisKrim Vanilla
Oleh: Sylya Celya
cc: www.facebook.com/Bukuresepi

Bahan-bahan
2 cawan susu full cream dutc lady
2 cawan coffe mate
1-2 Tbs gula - optional (saya letak 3 Tbs gula)

Cara-cara
1. Blend semua bahan di atas hingga berbuih
2. Sejukkan dalam freezer selama 2-3 jam.

Ini la rupanye bila baru keluar dari peti sejuk.
Tak sabar nak rasa sampai tak sempat nak ambil gambar dulu.

3.Blend sekali lagi dan sejukkan sampai beku. Sedia untuk dimakan. (saya buat waktu malam, jadi, bila esok     cuaca panas boleh terus dingap.hee..

Selamat mencuba. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan