Selasa, 30 April 2013

Cartoon Theme for kids

La La,La La, Elmo's world..Elmo love his gold fish, his crayon too, that's elmo's world..





Chocolate cup cake with buttercream

~minimum order is 16 cuppies for this size (M)
~Rm 1.80 each 

Biskut Marie Celup Coklat 'My Style'

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Hari ni ada order Moist Chocolate Cake & Chocolate cup Cake. Masa tengah buat Chocolate Ganache, teringat pulak ada biskut marie yang masih terbungkus rapi. Terus terpikir, kalau celup coklat dengan biskut marie ni sedap jugak agaknya eh. Pastu boleh la bagi anak2 cuba. walla.. k la, jom kita cuba buat coklat ganache nye dulu.. Ini chocolate ganache 'my style'. Bagi saya sedap la.. hee.. Ape2 pun cuba la dulu..tak cuba tak tahu.. hehe.. Selamat mencuba..




Bahan-bahan Chocolate Gananche

50 gm serbuk koko
120 ml susu full cream (susu cair yang dalam tin pun boleh)
100 gm minyak masak
150 gm susu pekat manis
30 gm coklat masakan/coklat bar/inti coklat pun boleh 
Biskut Marie (ikut suka nak banyak mana)

Cara-Cara


  • Campurkan semua bahan dalam 1 periuk/kuali/ape2 je la yg boleh ditenggek atas dapur.
  • Kacau semua bahan dengan api perlahan. Kacau sampai dia agak2 dah likat dan berkilat.(Pastikan sentiasa kacau, sebab mudah hangit.Resepi saya ini tidak menggunakan kaedah double boiler ye cik, puan & tuan)
  • Bila dah berkilat dan likat matikan api. Kalau nak tau dah likat atau belum, boleh celup jari ye..(kalau rasa2 likat sangat tmbh sedikit susu full cream then masak balik. Agak2 dah likat, tutup api)dah siap. senangkan? 


  • Ambil beberapa keping biskut yang kita nak makan, then celup-celupkannya.. nak celup separuh boleh, nak celup habis pun boleh.. (saya celup separuh sebab nanti terlalu manis jadinya)


Ini lah hasilnya.. wajah-wajah ceria yang dapat
makan biskut celup coklat.. 





Sabtu, 27 April 2013

Blueberry Sponge Cake






Tempahan dari regular customer
~ Rm 35 - 1/2kg
~ Topping : Fresh Cream + Blueberry filling



Rabu, 24 April 2013

Pavlova Vol2

Ini pavlova yang cust saya order untuk hari ini 24/4/13.. topping fresh cream & buah anggur + kiwi.. nampak serupa dengan yang 1st saya upload, tapi bukan dia..hihi.. 

  • Rm 35 / recipe
  • Rangup diluar, lembut didalam (rasanya macam marshmellow)
  • Topping : Fresh Cream & Fruits (2 jenis buah-buahan sahaja)


Psaipa hampa dok cuci mata saja. Meh la order..
Kuih yang dalam gambar ni pencuci mulut.. ih ih ih..




Bye-bye Pavlova..


Nozzle Decorating Tips

Semalam saya ada beli 24pcs nozzle set. (saya ni memang gila nozzle, pantang tgk nozzle mula la jadi bengong..seperti "dunia ini ana yang punya".. haha).. nozzle yg sedia ada agak kecil sedikit..( pastu dah ada beberapa pcs yg terbuang.. huhu..) Alang-alang dh nampak kat kedai hardware SMART pandan,jb.. masa tu ada 3 kotak sahaja.. saya dh serba salah jadinya.. nak, tak nak, nak, tak nak.. ape lagi terus sambar je la.. Harganya Rm 49.90, gi kaunter ckp kt apek, "boleh kasi kurang tak?" apek ckp " hmmm.. kasi Rm 46 la".. saya tak tau la harga yg saya beli ni murah ke mahal.. bila google brg ni, ada yang mahal & ada yang murah dari harga saya beli ni.. Tak ape lah, memang dah lama pun cari nozzle camni.. Thank you to my husband sbb dia tlg bayarkan.. haha..

nozzle 24 pcs icing decorater yg baru di beli di SMART pandan, JB.


Seperti yang kita lihat, di bawah ini terdapat beberapa gambar mengikut jenis nozzle & teknik penggunaannya.. Saya harap gambar-gambar ini serba- sedikit dapat membantu anda belajar teknik menggunakan nozzle icing decorater ini, terutamanya kapada 'beginner decorater' (termasuklah diri saya sendiri). Moh kita belajar bersama ye..


ROUND DECORATER TIPS

DROP FLOWER CAKE ICING DECORATER TIPS

OPEN STAR DECORATER TIPS

cLOSED STAR DECORATER TIPS

MULTI - OPENING DECORATER TIPS

BASKETWEAVE DECORATER TIPS

PETAL ICING CAKE DECORATING TIPS

LEAF CAKE DECORATING TIPS

SPECIALTY CAKE DECORATING TIPS

RUFFLE (SWAG/RIBBON) CAKE DECORATING TIPS


LEFT HANDED PETALS
LEFT HANDED DROP FLOWERS

tqvm for pic from http://citarasawan.blogspot.com/2012/04/nozzle-decorating-tips-untuk-di-jual.html


Ahad, 21 April 2013

PAVLOVA

Pavlova - Rm 35 only

~ Topping : Fresh Cream & Fruits
~ 2 jenis buah pilihan.
   cth ; kiwi & anggur









Jumaat, 12 April 2013

Butter Choc Cup Cake with Fondant + Gumpaste + Buttercream






my handmade Fondant roses 




Ready to go

Butter Choc cup cake (16 cuppies) for birthday party
Size : M (minumum order 16 cuppies)
Price : Rm 1.80 / cuppies
Additional : Fondant & Gump paste flower Rm 5.00




Ombre Rosette Cake

Ombre Rosette Cake

Deco with :  Buttercream
Cake Falvours : Vanilla, Chocolate, & Strawberry (Neapolitan Cake)
Price : Rm45/kg





 

 

 

 
weight (+-) 3kg

Khamis, 4 April 2013

Kek Marble

KEK MARBLE
BY: SURIANI OSMAN
www.facebook.com/bukuresepi


Bahan-bahan:
250g butter
250g gula castor
250g tepung gandum
1 tsp baking powder
3 biji telur
1 tbs serbuk koko/chocolate emulco
1 tsp esen vanilla

Cara-cara
1. Pukul butter dengan gula sampai kembang
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan esen vanilla
4. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum
5. Asingkan kepada 2 bahagian warna - 1 bahagian warna asal, 1 bahagian lagi campurkan dengan serbuk        koko - gaul sehingga sebati (saya buat 4 warna)
6. Masukkan dalam loyang secara selang seli

      

7. Bakar pada suhu 160' (bergantung pada oven masing-maasing) selama  45 minit atau sehingga masak

Sedia untuk dihidang..Selamat mencuba :)