Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Hari ni ada order Moist Chocolate Cake & Chocolate cup Cake. Masa tengah buat Chocolate Ganache, teringat pulak ada biskut marie yang masih terbungkus rapi. Terus terpikir, kalau celup coklat dengan biskut marie ni sedap jugak agaknya eh. Pastu boleh la bagi anak2 cuba. walla.. k la, jom kita cuba buat coklat ganache nye dulu.. Ini chocolate ganache 'my style'. Bagi saya sedap la.. hee.. Ape2 pun cuba la dulu..tak cuba tak tahu.. hehe.. Selamat mencuba..
Bahan-bahan Chocolate Gananche
50 gm serbuk koko
120 ml susu full cream (susu cair yang dalam tin pun boleh)
100 gm minyak masak
150 gm susu pekat manis
30 gm coklat masakan/coklat bar/inti coklat pun boleh
Biskut Marie (ikut suka nak banyak mana)Cara-Cara
- Campurkan semua bahan dalam 1 periuk/kuali/ape2 je la yg boleh ditenggek atas dapur.
- Kacau semua bahan dengan api perlahan. Kacau sampai dia agak2 dah likat dan berkilat.(Pastikan sentiasa kacau, sebab mudah hangit.Resepi saya ini tidak menggunakan kaedah double boiler ye cik, puan & tuan)
- Bila dah berkilat dan likat matikan api. Kalau nak tau dah likat atau belum, boleh celup jari ye..(kalau rasa2 likat sangat tmbh sedikit susu full cream then masak balik. Agak2 dah likat, tutup api)dah siap. senangkan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan