Assalamualaikum..yuhuuuu..aloha.. buat ape tu.. Hmmm.. Siape tak kenal kek lapis kan? dengan warnanya, coraknya, perghh.. cantik dan menyelerakan.. Bukan setakat tu je, hati ni terpanggil nak memukul-mukul telur nak buat kek lapis tu. Dalam tengah belek-belek buku resepi Kek lapis, terbaca pulak pasal petua membuat kek lapis. Terus teringat kat kawan-kawan semua, "kalau aku share info ni kat blos best jugak".. Maka saya, rakyat malaysia berikrar.. hee.. melalut lak.. maka saya pun mulakan misi menekan-nekan keyboard laptop ni, hanya kerana nak berkongsi ilmu dengan kawan-kawan semua.. sebelum itu mari kita buat senaman mata.. tengok atas, bawah, tepi kanan, tepi kiri..ok, cantek..jom mula membaca..(mampuih la hangpa kena membaca karangan skolah ni..kihkihkih)
hat ni je pun gambaq yang ada cek oii.. tu yang boh gambaq ni ja..huhu.. |
2. Untuk Kek Lapis bakar, gunakan ketuhar yang mempunyai fungsi gril iaitu api atas. Ini kerana ia dimasak selapis demi selapis. Panaskan ketuhar elektrik (api atas dan bawah) 15 minit sebelum digunakan dan setkan suhunya pada 150dc - 160 dc. Untuk kek lapis kukus, didihkan air dalam periuk kukus sebelum memasukkan kek kedalamnya.
3. Buah-buahan campuran hendklah dibasuh dan ditoskan untuk membuang gula yang berlebihan. Kemudian potong kecil-kecil. Tetapi buah prun tidak perlu dibasuh.
4. Penggunaan jem buah-buahan menambahkan rasa masam manis pada kek. Jem hendaklah dilenyek- lenyek agar tidak berketul-berketul
5. Untuk kek lapis betawi dan yang sejenis dengannya, sapu permukaannya dengan marjerin yang dicampur sedikit susu pekat manis pada setiap lapisan agar ia melekat dan lebih lembap.
6. Lapisan kek yang telah masak hendaklah dipadatkan dengan buntut galas atau alat penekan untuk menghilangkan gelembung udara yang terperangkap. Gelembung udara menyebabkan lapisan tidak sekata.
7. Terdapat dua kaedah membuat kek lapis bakar iaitu pertama dengan kaedah memukul putih telur dan gula (meringue method) dan kaedah kedua ialah memukul telur, tepung, gula dan ovalette (foaming method).
8. Kek lapis kukus pula kebanyakannya menggunakan kaedah mengkrim mentgega sama seperti membuat kek mentega biasa,
9. Kek lapis bakar perlu dimasak selapis demi selapis. Oleh itu, ia hanya perlukan masa 7-10 min. untuk memasak bergantung kepada jenis ketuhar anda. Pastikan kek telah berwarna perang tua baru dikeluarkan dari ketuhar. Sekiranya kek anda terlalu cepat hangus, kurangkan suhunya. (Suhu bergantung pada jenis ketuhar yang digunakan.)
10. Kek yang siap dibakar dan dikukus hendaklah dibiarkan sejuk dalam tin pembakar selama 30 minit sebelum dikeluarkan. Kek lapis jenis ini tahan selama sebulan dalam peti sejuk. Ia hendaklah dibalut dengan kertas aluminium dan simpan dalam bekas bertutup rapat.