"kak, ovalette tu ape?", "butter tu ape?".. selalunya itu lah yang orang akan tanye saya.. saya pun jawap, "gi kat blog akak, cari kat dlm tu eh..".. huhu.. itu kalau orang tanye time saya sibuk ler.. kalau tak sibuk, saya layan..hee..
Oleh kerana perkara-perkara yang sedemikian, saya rasa tertarik untuk berkongsi info yang saya ada tentang bahan-bahan asas mebuat kek/kek lapis. Jadi, kali ini, apa yang saya kongsikan ni, agak ringkas jugak la, tapi cukup bermanfaat buat anda semua. Semoga apa yang saya kongsikan dengan anda semua ni, dapat menambahkan lagi pengetahuan anda tentang bahan-bahan asas untuk membuat kek. InshaAllah..
Tepung gandum
sumber dari resepimalaya.com |
Tepung gandum yang biasa terdapat di pasaran ialah tepung protein sedehana (medium protein flour) yang juga dikenali sebagai tepung serbaguna. Ia boleh digunakan untuk membuat kek, biskut atau kuih-muih. Bagaimanapun, untuk mendapatkan kek yang lebih halus dan ringan, penggunaan tepung protein rendah (low protein flour) adalah lebih baik. Ia juga dikenali sebagai tepung kek, tepung superfine, tepung optima, tepung Hong Kong dan lain-lain. Bagaimanapun tepung Hong Kong adalah terbaik untuk membuat kek lapis.
Tepung naik sendiri (self raising flour) adalah tepung serbaguna yang telah dicampur dengan serbuk penaik . Jika anda menggunakan tepung jenis ini, tidak perlu lagi mencampurkan erbuk penaik. Bagaimanapun, tepung jenis ini tidak disarankan untuk membuat kek lapis.
Mentega
Mentega tulen, mentega lepa susu dan marjerin adalah bahan-bahan lemak yang biasa digunakan untuk membuat kek lapis. Mentega tulen mengandungi kandungan lemak susu yang lebih tinggi daripada mentega lepa susu ataupun marjerin. Kek anda juga akan rasa lebih susu dan lebih enak. Anda juga boleh mencampurkan mentega tulen dan marjerin untuk membuat kek lapis.
Gula Kastor
sumber dari www.doorstep.com.my |
Gula kator ataupun gula halus, biasa digunakan untuk membuat kek lapis. Gula kasar tidak sesuai kerana ia lambat hancur dan ini akan menyebabkan kek berat atau permukaan kek menjadi kasar. Gula aising pula lebih sesuai sebagai baha membuat krim mentega untuk menghias dan membuat biskut.
Telur
Memainkan perana yang penting dalam membuat kek lapis. Dalam kebanyakan resepi kek lapis jenis bakar, penggunaan kuning telur adalah lebih banyak daripada putih telur. Ini bertujuan untuk memberi tekstur yang lembut pada kek.
Semasa mengasingkan putih telur dan kuning telur, anda hendaklah berhati-hati supaya tiada kuning telur yang masuk kedalamnya. Putih telur lambat kembang atau tidak akan kembang sekiranya terdapat benda asing. Mangkuk pengadun juga hendaklah bersih, kering dan tidak berminyak.
Gunakan telur yang baru dan segar untuk membuat kek ini. Pecahkan dahulu dalam mangkuk bagi memastikan ia masih segar dan masih berkeadaan baik.
Gred telur yang digunakan dalam buku ini ialah telur gred (A) yang beratnya lebih kurang 65 gm- 70 gm (dengan kulit). Telur gred (B) pula beratnya 60 gm - 65 gm (dengan kulit).
Bahan Penaik
Bahan penaik yang biasa digunakan dalam proses membuat kek biasa mahupun kek lapis ialah serbuk penaik (baking powder), serbuk soda (soda bicarbonat) dan serbuk tartar (cream tartar). Serbuk penaik sesuai digunakan untuk kek manakala serbuk soda hanya digunakan untuk kek yang mempunyai rasa dan bau yang kuat seperti kek yang mempunyai rasa dan bau yang kuat seperti kek coklat, kek lobak merah, kek pisang dan lain-lain lagi. Gunakan sedikit sahaja kerana rasanya pahit.
Serbuk tartar pulaadalah ejen penaik yang selalu digunakan untuk mengmebangkan putih telur dalam proses membuat kek lapis, kek sifon atau kek keju.
Bahan perisa dan Pewarna
Esen Vanila |
Bahan-bahan perisa yang biasa digunakan ialah esen vanila, esen pisang, esen ros, esen kopi, dan lain-lain yang merupakan jenis cecair. Perisa jenis serbuk pula adalah seperti serbuk koko, serbuk kulit kayu manis atau serbuk rempah campuran. Manakala terdapat juga bahan yang memberi rasa dan warna sekali gus seperti pes oren, pes strawberi, emulco coklat dan lain-lain.
Untuk mendapatkan warna yang cerah dan menarik, gunakan dua sudu teh atau lebih pewarna tersebut bergantung pada cita rasa anda.
Pewarna pula ada pelbagai jenis dan memberikan warna-warna yang menarik kepada kek anda.
Bahan-bahan lain
Ovalette/Quick 75. Bahan ini digunakan untuk memekatkan adunan kek dan memberi kestabilan pada kek tersebut. Kek yang menggunakan bahan ini lebih lembut dan gebu. Bahan ini juga digunkan untuk membuat kek span.
Ovalette / Quick 75 |
Bahan-bahan lain ialah:
a) Coklat masakan, Coklat cip, dan Coklat urai.
b) Buahan-buahan campuran kering.
c) Kekacang seperti kacang badam, walnut, gajus, dan sebagainya.
d) Seri kaya, serbuk horlicks, serbuk nescafe, serbuk koko, serbuk milo dan sebagainya. Digunakan sebagai bahan perasa dalam kek lapis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan