Kali ni saya nak berkongsi resepi yang saya pernah janjikan pada satu masa dahulu. Ingat tak sebelum ni saya pernah kongsi resepi homemade vanila ice-cream? Haaa.. kalau ingat, masa tu saya ade bagi tau yang saya nak kongsi resepi ais krim yang satu lagi. Resepi ais krim yang lambat cair. Sebab resepi yang 1st saya buat tu rasanya sedap, tapi cepat cair. Jadi, saya cari resepi lain yang lambat cair, simple dan sedap! Resepi ais krim ni saya tiru bulat-bulat.. Haaa.. Jom kita buat ais krim..
RESEPI AIS KRIM NEAPOLITAN
SUMBER RESEPI : BY SOMEONEBahan-bahan
1 tin susu pekat manis2 tin air masak (sukat pakai tin susu)
1 sb ovalet
1 penutup esen vanilla
2 sb tepung jagung
2 sudu besar serbuk koko
pewarna merah jambu
sedikit perisa strawberry
Cara- caranya
2 sb tepung jagung, 1 sb ovalete, 1 tin susu pekat manis, air masak 880g/ sukat air 2 tin susu |
1. Masukkan susu pekat manis dan air masak kedalam periuk
Masukkan tepung jagung, kacau rata (tepung jagung ditambah supaya ais krim tak cepat cair apabila dikeluarkan nanti)
Kacau atas api hingga agak-agak tepung tadi masak (kacau sekejap je, tapi saya kacau hingga mendidih sikit)
Campuran air, susu pekat manis & tepung jagung |
2. Biarkan sejuk,(saya masukkan dalam peti sejuk smpai adunan tu SEJUK, bukan BEKU ye.) setelah sejuk, Angkat adunan tadi dan masukkan kedalam mangkuk besar dan tambahkan ovalet esen vanila. kalau tuang dalam mangkuk mixer, pastikan mangkuk tu besar sebab adunan akan bertambah/ naik selepas dipukul.
Sejukkan dalam bekas yang agak besar sebab adunan akan naik kembang |
Sebelum pukul, masukkan esen vanila dan ovalete |
3. Pukul menggunakan mixer dengan kelajuan tinggi (high speed). Pukul hingga gebu dan ringan,
Mula-mula adunan tu sikit je, lepas dipukul akan bertambah dan teksturnya jadi lebih kurang adunan kek , sedikit likat.
Adunan mula mengembang semasa dipukul |
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian (ikut suka nak buh warna apa)
Saya bahagi kepada 3 adunan
- 1 adunan asal - vanila
- 1 adunan bubuh perisa strawberry dan pink colour - 1 penutup perisa strawberry & 1 penutup warna pink
- 1 lagi bubuh serbuk koko / perisa coklat - 1 penutup perisa coklat & 1 penutup pewarna coklat
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian |
Saya letak Perisa strawberry & Coklat |
5. Lepas tu boleh la dicorakkan macam aiskrim marble tu, tuang secara berselang seli sehingga habis.
Tutup bekas dan masukkan dalam peti ais. simpan seelok-eloknya semalaman. (saya tak tuang secara berselang-seli, saya tuang satu persatu warna vanila, coklat dan strawberry.)
Bila dah beku/keras, boleh la dinikmati
1 |
2 |
3 |
4 |
Macam ni la rupanya bila dah siap diisi cawan-cawan ni |
Taburkan dengan hiasan manik gula thousand |
Pandangan sisi |
*MAAF, SAYA TERLUPA CATIT EMPUNYA RESEPI NI. SEMOGA DENGAN ILMU INI, BELIAU AKAN BERJAYA DUNIA & AKHIRAT. TERIMA KASIH KEPADA EMPUNYA RESEPI..
wah..menariknya..terima kasih atas perkongsian ilmu...
BalasPadamsama2 dan terima kasih kembali kerana sudi menjengah ke blog saya ni.. selamat mencuba :)
BalasPadamsedapnya.. nak cuba lah.. thanks share resepi .. ada masa layari blog saya k
BalasPadamkhairulbariyahmasrakin.blogspot.com
Terima kasih khairul bariyah.. InshaAllah, nanti saya lawat blog awk.. :)
PadamTgah mencuba ni
BalasPadamMase letak kaler lain tu,dia xkkan bercampur ke?
BalasPadamAsingkan adunan dlm bekas lain, baru letak pwrna yg kita suka.. Kalau x nak marble kan ais krim tu, masukkan dlm bekas yg berlainan,then bekukan . :)
PadamAsingkan adunan dlm bekas lain, baru letak pwrna yg kita suka.. Kalau x nak marble kan ais krim tu, masukkan dlm bekas yg berlainan,then bekukan . :)
Padammacam sedap jer...anak2 suka makan aiskrim..mohon share resepi ye...tq
BalasPadammacam sedap jer...anak2 suka makan aiskrim..mohon share resepi ye...tq
BalasPadamSama2 sis.. InshaaAllah sedap.. Anak2 saya pun suka sis.. Boleh la sis cuba. Sis buat lebih menarik dr sy buat.. Lg sedap pakai emulco,jgn letak pewarna berlebihan.. Kesian anak2.. :)
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamBrapa lama nak pukul guna mixer tu? kalau x naik2 jgk? huu
BalasPadamBergantung pada adunan sis.. X bleh nk ckp brp lama.. Dh nmpk adunan tu kembang gebu naik, dh ok la tu.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSy pukul lama jgak tapi x kental2 salah kat mana yer?huhuuu....help
BalasPadamSis recheck balik dr awal.. Dr segi sukatan bahan, .masak bahan, dn masa pukul. Kalau sis ikut step sy betul2, InshaaAllah menjadi. Sbb sy pun 1 st time cuba buat aiskrim ni. Sblm pukul,pastikan adunan tu btul2 sejuk,then pukul kelajuan maksima, n jgn lupa masukkan ovallete. Sbb ovalette tu agen yg buat adunan naik,kembang,n gebu.
PadamSy pukul lama jgak tapi x kental2 salah kat mana yer?huhuuu....help
BalasPadamPastikan adunan betul2 dh sejuk, then pukul dgn highspeed. Brp lama bergantung pd hasil adunan yg awk masak tadi. Jgn terlebih pukul, nanti cair balik. Dh agak kental trus berenti. Masuk dl bks, msuk fridge, biar satu malm.
PadamSy dah try tp still cepat cair.kena tambah tepung jagung lg ke kalau nk lg keras?
BalasPadamKalau sis nak cuba tmbh pun boleh. Gagal skali, kena cuba lg sis. Kalau sis btul2 ikut step, Hasil sama mcm saya. Resepi ni pun saya 1st time buat, trus dpt hasil mcm tu. Jgn pukul low speed ya, pukul high speed, dh kental stop, jgn over pukul, nti cair balik. Cuba lg skali ya. Good luck :)
PadamAiskrim saya keras tapi masalahnya bila kluarkan cepat sgt cair .dah byk kali buat . apa patut sy buat .
BalasPadamMaaf ya, U pakai resepi yg sama ke?
PadamApa maksud xcepat cair? Berapa kali ganda lambat cair drpd aiskrim kt kedai ek??
BalasPadam