Assalamualaikum & Selamat petang semua.. Petang2 mcm ni rasa lapar nak makan macam2 pulak. Tambah pulak kat sini baru lepas ujan, memang menjadi2 la laparnye. Tapi apakn daya, roti canai segera je la yang paling pantas untuk saya masak & ngap! hahaha.. sambil2 makan roti canai ni, sambil2 menaip resepi yang nak kongsi dengan kawan2 semua.. Saya dah pernah buat resepi ni, sedap kawan2. Kalau tak percaya, kawan2 cuba la buat ye... Saya ambil resepi ni dari www.Joyofbaking.com Hmm.. Jenuh jgk la saya nak translate dalam bahasa melayu. Nanti kawan2 paham2 kan je la ye bila baca resepi. heeee..
Maaf, kualiti gambar yang kureng.. Ye la, pakai henset kamera 2mpx je..
RED VELVET CUPCAKES
RESEPI ASAL : http://www.joyofbaking.com/RedVelvetCupcakes.html
Makes 12 cuppies
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A : (ayak bersama)
1 1/4 (125 g) Tepung Kek / Self raising flour
1/4 tsp baking powder
1/2 tsp garam
1 tbsp (10g) serbuk koko
BAHAN B : ( campur dan gaul bersama)
1/2 cup (120 ml) buttermilk
1 tbsp pewarna merah
BAHAN C
1/2 cup (57 g) unsalted butter (suhu bilik)
3/4 cups (150 g) granulated white sugar / gula castor
1 large egg (guna teelur saiz A)
BAHAN D : (campur dan gaul bersama masa nak tuang dalam aduanan nanti)
1/2 tsp cuka makan
1/2 tsp baking soda
*Homemade Buttermilk
1 tbsp cuka + 1 cup susu segar , kacau dan biarkan selama 1/2 jam
Cara - cara :
Panaskan oven dengan suhu 175 Dc, dan sediakan 12 kertas cawan diatas loyang pembakar
1.Dalam mangkuk pengadun, pukul butter hingga lembut (1-2 minit). Masukkan gula, dan pukul lagi sehingga ringan dan gebu (2-3 min).
2. Masukkan telur, pukul lagi sehingga semua telur sebati dengan butter tadi. Kemudian, tambahkan esen vanila, pukul lagi sehingga semuanya sebati dengan baik.
3. Dengan kelajuan perlahan, masukkan Bahan A dan B secara selang seli bermula dengan A -> B -> A.
4. Dalam bekas kecil, campurkan bahan D, (ia akan berbuih nanti), tuangkan segera kedalam adunan tadi.
5. Dengan pantas, masukkan adunan kedalam kertas cawan yang dah disusun tadi. Bakar selama 18-23 minit, atau sehingga masak. (nak tau dh masak ke belum, ambil lidi, cucukkan pada kek, kalau kita tarik lidi keluar dan takde kek melekat, dah ok la tu..) Biarkan sejuk dahulu sebelum dihias mengikut citarasa anda.
Resepi Cream Cheese Frosting
8 ounces (227g) cream cheese - suhu bilik
1/2 tsp vanila esen
1/2 cup (60 g) confectioners icing / gula icing
2/3 cup (160 ml) cold heavy whipping cream
saya selalu pakai whipping cream ni je.. sedap..
Cara-cara
Dalam mangkuk pengadun, pukul krim cheese sehingga lembut. Tambahkan esen vanila dan gula icing sedikit demi sedikit, dan pukul lagi sehingga krim menajdi lembut. Kemudian, tambahkan whipping cream, dan putar lagi sehingga mencapai ketebalan yang sesuai untuk dijadikan topping nanti.
*tambahkan gula atau cream cheese untuk mendapatkan ketepatan rasa yang betul dan sedap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan