Khamis, 15 Mei 2014

Biskut Raya lagiii.. yahooo!!


Assalamualaikum semua.. 

Sejak 2 menjak ni, sana sini org dok post kuih raya utk dijual raya ni.. I buat buat rileks saje.. Sampai masa nanti, i promote la kuih raya i.. hee.. Tahun lepas saya ade jual kuih raya.. Kalau nak tau, itu cubaan menjual biskut raya yang pertama kalinya.. Alhamdulillah, kawan2 byk support saya.. Saya buat beberapa jenis kuih raya, dgn hanya menggunakan oven kecik je tau.. Dah la seorg diri pulak tu buatnye.. mana nak jaga anak2 lg, kemas rumah, huh.. kalau tak rancang masa dgn betul, kelam kabut jadinye..


Sebahagian dari kuih raya yang saya jual thn lepas.. :)


Tahun lepas kuih raya yang saya dapat jual takde la banyak sangat, dalam 50 balang saje.. tapi bagi saya, banyak atau sikit tak jadi masalah, yang penting kuih raya yang saya jual tu sedap dan pelanggan pun suka.. Alhamdulillah.. feed back dr cust sangat2 menggembirakan saya.. 

Tahun sebelumnya, saya tak jual biskut, saya hanya jual bahulu saje.. dari bahulu ori, coklat kayu manis, sampai la bahulu lapis jem nanas dan bahulu kacang.. Kat gambar bawah ni la bahulu yang saya jual pada raya 2012. Alhamdulillah.. 


Bahulu coklat kayu manis (feveret saya. Sedap sangat!!)


Bahulu Ori


Bahulu kacang 



Bahulu lapis jem nenas (pink putih), bahulu kacang (kiri, belakang)


Ok la semua, kali ni saya nak kongsi resepi biskut raya saya thn lepas.. Cust yang order biskut ni cakap biskut ni sedap.. Kalau nak tau sedap ke tak, kawan2 semua boleh cuba buat sendiri k.. Saya dah ubah suai nama dan bentuknya.. bentuk asal Love, nama asal Biskut Lovely Ceirah..

Jom tengok resepi..



BISKUT BADAM STRAWBERRY

resepi asal : Biskut Lovely Ceirah
sumber : Majalah rasa


Bahan-bahan

250 g mentega
320 g tepung gandum
100g tepung jagung
50 g serbuk badam
1 sdt pes strawberry
1 std pewarna merah jambu
160 g gula aising

Bahan Hiasan:

coklat urai warna-warni  Coklat Putih (terpulang pada gaya dan citarasa masing2)

Cara memasak

1. Pukul mentega dan gula aising sehingga sebati.

2. Selepas itu, masukkan pes strawberi dan pewarna merah jambu. Pukul lagi.

3. Kemudian, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk badam. Uli sehingga rata.

4. Canai dan terap dengan acuan. Hiaskan dengan biskut dengan taburan coklat urai warna-warni. saya lorekkan dengan coklat putih selepas biskut dibakar.(tunggu biskut sejuk dulu)

5. Bolehlah dibakar pada suhu 180Dc selama 15-20 minit. (bergantung pada oven masing2)

6. Keluarkan dan boleh la dihidangkan atau disimpan didalam bekas kedap udara.

~ Selamat Mencuba~ ;)


5 ulasan:

  1. Balasan
    1. heee.. time kasih kak @Norma.. jgn lupa cuba buat biskut ni eh..hee :)

      Padam
  2. Assalamualaikum , salam perkenalan

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam.. salam perkenalan dari saya juga sis @Ain Fajar.
      Nampaknya sis ni pun bukan calang2 org ni.. bukan senang nak jadi pengusaha kuih bahulu lapis n gulung.. saya buat kek gulung pun x pernah menjadi sampai la skrg.. ini kan pulak nak gulung bahulu.. aihh, gulung tikar bleh ler.. hihi.. Harap2 dapat la kita berkongsi ilmu lepas ni ye sis @Ain Fajar.. Sebab saya ni org baru lg.. Byk lg ilmu yg nak ditimba. Terima kasih sudi singgah kat blog saya ni.. Semoga sis terus berjaya dengan perusahaan bahulu sis.. Tq ;)

      Padam
  3. Sy suka tengok Bahulu tu comel n cantik je..sy juga pengusaha Bahulu lapis n gulung..Bahulu biji tak pandai hihi

    BalasPadam