Khamis, 21 Ogos 2014

Apa itu Baking Powder Atau Serbuk Penaik?

PERHATIAN!! KALAU NAK PANDAI, SILA BACA DARI MULA SAMPAI HABIS!!


Assalamualaikum & salam sejahtera semua..
Hari ni saya ada check comment2 kt blog saya ni.. Aduhai, mntk maaf sangat2 pada yang bertanya tapi saya tak jwp pun. Huhu.. Saya ni kalau bukak blog, saya tau post benda baru, pastu tukar2 kaler layout.. heee.. sorryy.. 

Masa tengah baca komen2 yg ada, saya tertarik dengan soalan pasal baking powder.. dalam blog sy ni, kat labels mengenal bahan, ada pasal agent penaik ni, tapi terlalu ringkas. Maka bermulalah kegooglelan saya disana sini.. Saya tau baking powder dan soda bicarbonat tu apa.. tapi cuma tau benda tu agent penaik dan tau guna je la.. Kalau resepi soh boh baking powder, saya masukkan je la.. Tapi x pernah pulak terfikir yang benda ni pun ramai yang tak boleh nak bezakan fungsi dan rupa agent penaik ni. Sebab, sekali pandang, "nampak serupa tapi bukan dia" (ayat zizan masa jadi ustaz azhar idrus).. 

Walaupun nampak serupa,tapi tetap berbeza ya puan2,kak cik, kak cak, bang cik, bang cak, boom boom cak.. hihi..main2 plak eh, tak serius betul la korang ni tau..hee..Secara tak langsung, benda ni menimbulkan tanda tanya dipikiran saya,anda,dan mereka..haaa.. macam professor kan cara saya bercakap? Puuuuuiiihhh.. haha.. k la, kali ni saya kongsi pasal apa itu Baking powder. Lain kali, saya post pasal soda bicarbonat pulak k.. 



BAKING POWDER / SERBUK PENAIK



 PENGENALAN


~ Merupakan bahan penaik kimia berbentuk serbuk kering yang digunakan untuk menambah isipadu atau meringankan tekstur produk pastri seperti kek, mufin, skon dan biskut. Kebanyakan produk pastri yang dibakar memerlukan bahan penaik agar ia naik dengan gebu dan lembut.



Adunan yang menggunakan baking powder
~ Baking powder mengandungi serbuk soda, garam-garam asid (aluminium krim tartar dan natrium sulfat) dan ditambah tepung jagung yang berfungsi untuk menyerap sebarang lembapan.

~ Tindak balas baking powder ada dua peringkat. Tindak balas pertama akan berlaku dengan cecair yang ada dalam adunan dimana ianya akan menghasilkan karbon dioksida dan tindak balas kedua pula berlaku apabila produk terkena pada haba ketika dibakar dalam ketuhar diamana ia meyebabkan produk yang dibakar meningkat isipadunya. Baking powder yang ada tindak balas secara dua peringkat ini membolehkan adunan produk dibiarkan seketika diluar ketuhar selama 15-20min kerana baking powder masih boleh berfungsi dan bertindak balas dengan stabil. 


KELEBIHAN DAN KEKURANGAN


~ Pada umumnya, satu camca teh (5ml) serbuk penaik digunakan dalam nisbah adunan sebanyak satu cawan (200-250gm) tepung, satu cawan cecari dan satu biji telur. Bagaimanapun, anda dinasihatkan mengurangkan penggunaan baking powder dalam adunan yang terlalu berasid kerana keasidan tinggi yang sedia ada dalam adunan seperti jus limau, buttermilk, dan madu akan memberikan rasa kurang enak pada makanan.

~ Penggunaan baking powder perlu dikurangkan dan ditambah serbuk soda apabila adunan mengalami keasidan yang berlebihan. Misalnya, satu cawan tepung, satu biji telur dan satu cawan buttermilk memerlukan hanya setengah camca teh baking powder dan setengah camca teh serbuk soda.

~ Asid yang sedia ada daripada bahan-bahan yang akan digunakan akan bertindak balas untuk menaikkan produk itu dengan serbuk soda. 

~Terlalu banyak penggunaan baking powder akan menyebabkan 
* rasa yang pelik dan tidak sedap
* naik dengan cepat dan menyebabkan produk yg diabakar jatuh atau terlalu merekah selepas dibakar.
* tekstur produk menjadi terlalu kasar, rapuh dan akan terjadi lekuk luas di tengah-tengah.

~ Terlalu sedikit baking powder pula akan menyebabkan kek terlalu padat dan tidak naik.



CARA SIMPAN


~ Baking powder boleh menjadi rosak jika tidak disimpan dengan cara yang betul. Baking powder yang lebih dan tidak disgunakan hendaklah ditutup rapat dan disimpan ditempat yang kering. Baking powder yang baik adalah yang masih kekal dalam bentuk serbuk dan tidak menjadi padat. Jika ia disimpan dalam keadaan baik, ia boleh tahan selama enam hingga 12 bulan.

AMARAN!! JANGAN DISIMPAN DALAM PETI SEJUK KERANA LEMBAPAN AKAN MEROSAKKAN BAKING POWDER!


*TIPS


~ Menguji baking powder yang masih baik

Campurkan 1 sudu teh (5gm) baking powder dengan setengah cawan (120ml) air panas dan campuran itu harus menghasilkan buih-buih serta merta sebagai tanda baking powder itu masih lagi baik dan boleh digunakan.

~ Supaya produk yang dibakar naik sekata.

Apabila menggunakan baking powder untuk membuat kek dan sebagainya, adalah lebih baik mengayaknya bersama dengan bahan-bahan kering dahulu sebelum dibancuh dengan bahan-bahan lain supaya produk yang dibakar itu naik dengan sekata


SUMBER : 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0309&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm



Tiada ulasan:

Catat Ulasan