Selasa, 31 Mei 2016
Tiramisu CheeseKut
Assalamualaikum.. Banyak sebenarnya yang saya buat tapi tak sempat2 nak share kat sini.. takpe la, ni saya nak share la ni. Jom kita try resepi yang saya cipta sendiri ni. Kalau rasa kureng, pandai2 la hakak2 semua adjust bahan2 k. Jom kite.. Abaikan Icon jelir lidah tu..aku x tau mcm mn benda dok melekat kt situ, ih..ih..ih.. hahaha..
Coklat Sudu
Assalamualaikum... Coklat sudu ni antara yang terbaru yang ada kat Teratak Jernih. Harga bermula dari rm 0.80/sudu sahaja, sebab simple mcm dlm gmbr.kalau nak cantik2 lg, boleh, tapi harga pun kasi cantik skit. ngeee.. Kalau nak pos, kami boleh poskan ke tempat anda. Pakai pos laju la senang.1-2 hari sudah sampai. Ada nak tanya apa2? Sila Whatsapp saya ya.. 011-17560406.
Isnin, 30 Mei 2016
Kuih Sagu
Assalamualaikum.. Sorry lambat nak kongsi resepi baru. mana taknya, ni ha, dok bersihkan sawang2 yang melekat dengan degilnya kat blog ni. Puasa pun tak lama lagi kan, Jadi, memang sesuai la saya share kuih sagu ni. Nanti buka puasa boleh la buat maniskan mulut kita. Jom..
KUIH SAGU
Bahan-bahan
2 cawan sagu berwarna (rendam sagu 10min)
1 cawan gula
3 cawan air
Daun pandan (simpulkan)
Kelapa parut (gaul dengan sedikit garam)
Jom tengok proses memasak pulak k. Jangan nak kecam2 periuk hakak buruk ke, gambar akak kabur ke.. fokus ok..fokus.. :p
Sedikit perwarna merah
1st Step
Didihkan Air bersama gula,sirap pewarna, dan daun pandan yang disimpul
Nampak tak tu dah mendidih? Haaa.. kalau nak tau diri tu kebal ke tak, celup jari dlm tu..ekekekeke..
Ok, Lepas air sirap gula dah mendidih, masukkan sagu yang kita dah rendam dan toskan kan tadi.
kacau kerap skit sampai dah likat dan kental ok. Tutup api. ambil loyang, masukkan dalam loyang,sejukkan.
Bila dah sejuk, boleh la potong2kan kecik2, golek2 atas kelapa parut yang dah dah digaul dgn garam.ambil seketul yang dh siap, masuk dalam mulut.. ngap! sedap !!
ok byeeeeeeeee.....
Langgan:
Catatan (Atom)