Jumaat, 10 Jun 2022

'Unlock' Resepi baru - Coklat Ganache Beryl's




Bila sebut coklat, majoriti sukakan coklat. Tak kira perempuan atau lelaki. Kalau pergi ke kedai bahan menjual kek, biasanya kita akan nampak dark chocolate ,white chocolate dan juga milk chocolate. 


Semuanya coklat, tapi berbeza warna dan rasa. Dark chocolate ialah coklat gelap dimana rasanya manis pahit. White chocolate ialah coklat putih. Bagi saya coklat putih rasanya sangat manis. Milk chocolate pulak ialah coklat susu, warna coklat, cerah sikit dari coklat gelap. Coklat susu ini ramai penggemarnya. Sebab rasanya yang lemak manis. 

kek coklat moist untuk Jamuan Hari Raya disekolah Anak

Bagi saya, saya suka coklat yang ada rasa manis yang tak keterlaluan yang boleh dimakan dengan kek atau dijadikan pencicah roti. Baru ni bereksperimen dengan bahan yang saya sedia ada. 

Timbang punya timbang, tambah sana, tambah sini, campak sana sini, akhirnya saya dapat hasilkan 1 resepi coklat ganache yang saya rasa sesuai sangat untuk dijadikan topping kek coklat moist, dijadikan coklat celup, dan saya dah cuba juga makan dengan roti gardenia. 


Tekstur nya kental, berkilat, dan tak terlalu manis. 'Just nice' InsyaaAllah.. Jom tengok resepi saya yang sangat mudah. 

Kek coklat moist 2022 saya guna coklat ganache resepi sendiri



Chocolate Ganache Berryl's

Resepi oleh Khamsiyah Mansur

Bahan-bahan

100gram chocolate milk

150gram dark chocolate

50gram susu segar full cream

2 sudu besar madu

1 sudu besar minyak masak


Cara-cara 

Cairkan coklat dengan cara double boil. 

(Kaedah cairkan coklat menggunakaan mangkuk kaca/stainless steel yang didudukkan diatas mangkuk lain yang berisi air panas)

1)Air diisi kedalame, didihkan dan tutup api.


2)dudukkan mangkuk stainless steel/kaca, masukkan susu full cream + chocolate (milk & dark). Kacau sampai larut


3)dah larut, masukkan madu kacau sebati


4)masukkan minyak masak kacau sebati


*Biarkan coklat sampai suhu bilik baru lah dia akan jadi pekat, likat, berkilat, dan takkan mengeras. 


Selamat mencuba😉


                                


Isnin, 6 Jun 2022

Rumah Limas cantik.

 Disana rancak, disini rancak, dimana-mana rancak.. 


Biasalah kan, bila syawal memang rancak sana sini jemputan open house. Tapi kan, open house yang satu ini lain sangat suasananya. Bukan sahaja makanan yang sedap, tapi suasanya pun mendamaikan.

1st round ringan-ringan. next round makan ayam bakar. 

Tengok sendiri lah gambar-gambar kami ni, rasa macam kat kampung masa zaman atok nenek moyang kita kan. Rumah sebegini dipanggil Rumah Limas. Menarik tau sejarah Rumah Limas ni. 






Kalau saya tak berpeluang ke sini, saya pun tak akan tahu sejarahnya. Bila baca, sejarah Rumah Limas, “Wow, menarik!”. 



Mengikut sejarah, Penghijrahan penduduk kepulauan Melayu ke Johor membawa bersama adat istiadat, budaya dan cara hidup tempat asal mereka. 

Sebab itu dijohor ini ada keturunan Bugis, Jawa, Palembang, Banjar dan keturunan lain daripada rumpun bangsa Melayu di kepulauan Melayu.

Oleh itu, corak kebudayaan dan kesenian masyarakat johor banyak dipengaruhi hasil dari penghijrahan mereka. 


Katanya lagi, Bentuk rumah di Johor adalah salah satu tradisi yang mempengaruhi budaya masyarakat Johor. Contoh, macam rumah saya kunjungi ni lah. Tuan rumah pilih Rumah Limas untuk dijadikan homestay walaupun tahu Kos pembinaan pun pastinya sangat tinggi. Tapi disebabkan ianya unik, menarik, lain dari yang lain, hasilnya, setiap mata yang memandang pasti terpukau! Serius cantik!

Kebanyakan rumah limas, tiangnya tinggi-tinggi, sebab sebenarnya ia berfungsi untuk menyidai baju kita yang tak sempat kering bila waktu hujan turun. Ruang bawah ni jugak lah tempat simpan alatan bertukang seperti cangkul, tanjak dan sebagainya.



Kalau rumah kita tingkap pakai tingkap nako, takpun tingkap slide, tapi rumah limas ni tingkapnya “dua daun”, buka hala keluar, pintu rumahnya pun sama “dua daun” juga tapi buka hala kedalam.    Mujurlah anak-anak saya behave semua. Dibuatnya buka tutup tingkap pintu rumah tu, ha jenuhhhh... hahaha.


Dikatakan juga, pada abad ke19 lah rumah bumbung limas terkenal dan berkembang dengan pesat. Sebenarnya, rumah limas ini banyak jenis, tapi secara umumnya, rumah limas di Johor menyerupai rumah limas Palembang. 


Sebenarnya, masih belum diketahui lagi kenapa rumah ini dipanggil limas. Ada yang kata limas itu bermaksud “lima” yang menunjukkan rumah itu ada lima perabung dan lima ruang didalam rumah. Tapi kerana nak sedapkan lagi sebutannya, ditambah “s” menjadikan sebutan “limas”. Dan mengikut kamus dewan bahasa pula, limas ni maksudnya timba. Bentuk Timba ini pula katanya diperbuat dari daun pisang dan upih yang bentuknya serupa dengan bumbung limas. Dari situ lah rumah limas dapat namanya. Menarik kan? Ini info yang saya baca dari bacaan diweb Malaysian Tour Guide.

Ada juga pendapat mengatakan bahawa, lima itu merujuk kepada lima emas yang mewakili lima penjuru bumbung yang membawa erti kepada lima kemuliaan iaitu Keagungan, Kedamaian, Kesopanan, Kesejahteraan dan Kedamaian. 


Rumah Limas di Johor pula pada dasarnya terbahagi kepada lima ruang iaitu anjung, serambi, ruang tengah, dapur rumah dan pelantar. Rumah limas yang saya kunjungi ni ruangnya seperti yang disebutkan tadi. Kat bawah kolong boleh lepak-lepak, baring pulak dalam hammock sambil angin sepoi. Memang best! Seronok! Rasa macam tak nak balik tau. Pemandangan cantik, laut pun dekat ja.






Kalau korang nak tau lebih banyak lagi info rumah limas, boleh je buat carian di Google. Apa yang saya cerita ni baru sikiitttttt… hahaha.. 


Untuk pengetahuan semua, kami sebenarnya dijemput ke open house office mate husband yang mana dibuat di Rumah Limas ni. Secara tak langsung as “warming house” juga. Rumah Limas ini sudah siap, tapi ada lagi sikit penambahbaikan dari segi hiasan dalam dan luar rumah seperti pemasangan 'rumput karpet', pokok hiasan dan sebagainya sebelum dibuka secara rasmi untuk di sewakan kepada pengunjung yang berminat nak menginap di Homestay tersebut. Info terbaru, InshaaAllah, akan dibuka secara rasmi pada 10 Jun 2022 ini.

laluan masuk

Menariknya kat rumah ni kan, barangan hiasan dan perabotnya antik. Kalau perasan, ada satu kerusi yang ada kusyen tu, umurnya lebih dari 60 tahun tapi kayunya masih utuh dan cantik. Menarik! Dulu - dulu punya perabot memang tiada tandingan. Terbaik!



Rumah ini terdiri dari 3 bilik, 1 bilik air, dapur, pelantar, ruang tengah, anjung, ada kolong bawah rumah boleh main “cop tiang” hahaha, parking yang luas, dekat dengan laut dan kedai keropok lekor terkenal dan jeti bot nelayan. 

salah 1 bilik yang ada. Selimut dulu-dulu.

bilik bersebelahan

Pelantar

laluan ke dapur





Kalau korang keluar berjalan pusing-pusing, jangan lupa singgah di Masjid yang lokasinya terletak di atas bukit, yang mana korang akan nampak satu pemandangan laut yang sangat cantik dari atas.



Terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi menjemput kami ke Rumah Kita Homestay Mersing yang cantik ini. 

Ini lokasi Rumah Limas yang saya kunjungi. Boleh hubungi nombor dibawah untuk info berkenaan operasi harian dan bayaran yang dikenakan.

Alamat :

PTD 3007, JALAN ENDAU KAMPUNG TANJUNG GENTING, 86800 MERSING, JOHOR


NO tel : 

017-859 3976 ( Pn. Ina )


Facebook : Rumah Kita Homestay Mersing