Khamis, 20 September 2012

Resepi Kek Span Coklat

Malas nak cakap banyak. Jom buat kek span coklat..heee..

Bahan-bahan

150gm gula halus
15gm ovalette
5 biji telur gred B
110gm tepung kek
20gm serbuk koko*
1 sudu teh serbuk penaik
40gm air*
1 sudu teh emulco coklat/perisa coklat*
70gm minyak masak/mentega cair

satukan bahan yang bertanda*


Cara-cara

1)Satukan gula, ovalette, telur, tepung dan serbuk penaik.



2)Pukul kelajuan perlahan untuk sebatikan bahan-bahan ini. Kemudian tukar kelajuan tinggi dan pukul selama 5 minit hingga kembang dan pekat.

3)Masukkan air yang telah dicampur emulco coklat dan serbuk koko. Pukul lagi selama 5 minit hingga gebu.

4)Tuangkan minyak dan gaul perlahan-lahan dengan senduk hingga sebati.


5)Sediakan tin pembakar bulat berukuran 8". Tuangkan adunan dan bakar dengan suhu 180c selama 45 min hingga masak.



6)Apabila masak telangkupkan 5 min. Keluarkan dari tin dan sejukkan.



~SELAMAT MENCUBA~ 


Resepi oleh :Hajah noraini bt zakaria
Dari : Majalah Variasi Hidangan Berkeju (karangkraf)



3 ulasan:

  1. Sy dah cuba buat tp aduan tepung tue berbuih. Kek naik pun naik x cantik...kenapa agaknye...

    BalasPadam
  2. nor hazira husain.. mungkin awak tak cukup pukul bahan2 yang step no 1.. sebab masa mula2 pun saya jadi cam tu gak.. kalau adunan tu dipukul dgn cantik, dia akan jadi agak kental dan likat (mcm adunan kuih bahulu)

    BalasPadam
  3. tepung penaik tu yang mana satu..baking powder atau bikarbonat of soda?

    BalasPadam