Rabu, 8 Ogos 2012

Biskut Cornflakes

Biskut cornflakes ni saya terap ikut design yang saya suka, hiasan lak saya paipkan coklat yg diwarnakan dengan warna pink.


Bahan-bahan


250g mentega
150g gula castor
300g tepung gandum
360g cornfakes * dikisar halus
50g tepung jagung
1 tsp esen vanilla


Bahan Tabur
Manik gula warni-warni


Cara masak

  1. Pukul mentega, esen vanilla dan gula castor sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan emping jagung (cornflakes). uli rata.
  3. Canai dan terap dengan acuan digemari. Tabur dengan manik gula warna-warni di atasnya.
  4. Bolehlah dibakar dengan suhu 180dc selama 15-20 min.
  5. Keluarkan dan bolehlah dihidangkan atau disimpan di dalam bekas kedap udara.

* Sumber ; Majalah Rasa Julai 2012, Edisi Bumper.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan