Bahan A
200g mentega
100g gula castor
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanilla
Bahan B
260g tepung gandum / red rose
50g tepung jagung
50g tepung susu
Aising Hiasan
1 biji putih telur
90g gula icing
1 tbs tepung jagung
Hiasan ;
coklat emulco / manik hiasan * saya pakai coklat putih yang diwarna dengan warna purple.
Rupa biskut selepas dibakar
Cara-cara
- pukul mentega & gula hingga berkrim. kemudian, masukkan kuning dan esen vanilla, pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan kedalam Bahan B & gaul hingga menjadi doh yang lembut. Simpan di dalam peti sejuk selama 15 min.
- Canai & terap acuan mengikut bentuk yang anda suka. Susun dalam dulang yang telah di gris.
- Bakar biskut setengah masak selama 10 min. Keluarkan, kemudian paipkan dengan aising hiasan.
- Bakar semula selama 15min / hingga masak.
Proses meletakkan aising
- Pukul putih telur hingga kembang , masukkan gula icing dan tepung jagung. pukul dengan kelajuan tinggi hingga pekat dan tidak menitik.
- masukkan kedalam piping beg dan paipkan ke atas permukaan biskut.
- lorekkan dengan coklat / manik hiasan.
* Resepi ni saya main cedok jek kat internet sampai terlupa nk tengok resepi dari mana. hee..ape2 pun terima kasih pada empunya resepi ni. memang sedap!
Ape tunggu lagi? Selamat mencuba..
Sedap biskut ni..cantik .. Biasa ya bentuk love
BalasPadamMaaf bertanya..mcm mn nak bg icing cantik dan tak mngerutu yea...tq..
BalasPadam