Selasa, 7 Ogos 2012

Resepi Semperit Bunga Cip Coklat


Bahan-bahan

240 g mentega
120 g gula halus
2 biji kuning telur
150 g tepung jagung
80 g tepung kastard
230 g tepung gandum


Hiasan

Manik gula secukupnya (saya pakai cip coklat)


Cara Memasak

  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati
  2. Masukkan kuning telur dan pukul sebati lagi
  3. Selepas itu masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard yang telah diayak. Uli hingga menjadi doh lembut.
  4. Sapu dulang dengan mentega. masukkan doh dalam acuan bunga dahlia atau bergerigi. Picit doh di atas dulang.
  5. Hiaskan dengan  taburan manik di atasnya. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius selama 15-20 min.

* hati2, jangan sampai hangit.

Selamat Mencuba..

Sumber ; Majalah Rasa, Julai 2012, Edisi Bumper

Tiada ulasan:

Catat Ulasan