Khamis, 21 November 2013

Piping Bag Buatan Sendiri

    


Assalamualaikum dan selamat petang semua.. petang ni saya ade idea yang nak dikongsi bersama anda. Hari ni saya nak kongsi cara yang mudah untuk kita buat "piping beg" kita sendiri. Saya dapat idea ni masa saya tengah pening bila tengok piping beg yang saya nk pakai dh habis. Dah la Plastik biasa pun takde. Rumah saya ni pulak bukannya dekat dengan kedai bakery atau kedai-kedai  atau pasar raya yang ade menjual benda ni. Dah la nak pakai urgent. Susah juga saya jadinya.. 
    Last-last saya beli je plastik macam dalam gambar kat bawah ni. mula-mula tu saya pakai macam tu je. Pastu bila pakai macam susah sikit nak kawal isi yang ade dalam plastik tu sebab susah nak pegang dan picit. Pastu saya perhatikan betul-betul gambar piping beg, sambil berfikir, "macam mana diorang buat piping beg ni eh.. Kalau diorang boleh buat, takkan lah aku tak boleh".. sampai macam tu sekali saya berfikir sebab nak senangkan diri saya masa mendeco dengan buttercream.. Hmm.. akhirnya, saya telah berjaya mencipta sesuatu.. (entah2 aku je yang lembap, orang lain dh lama buat cara ni..heee). ok la semua, Jom cuba sendiri..
*kalau takde sealer gi beli, kalau tak nak beli,pakai lilin..buat macam arg dulu2..heee..
*berhati-hati masa picit, takut pecah.. bergantung pada kualiti plastik yang anda beli.
*Ada aku kesah orang nak cakap ape.. choooiii..



1. Sediakan sealer, Plastik, & Gunting. Saiz plastik terpulang 
pada anda sendiri. 


2. Seal 2 bahagian ditengah Plastik anda seperti ini. 
Pastikan ada jarak yang mencukupi 
utk proses menggunting nanti



3. Selepas plastik diseal kan, anda akan nampak seperti 2 baris jalur. 
Ditengah2 antara 2 jalur ade ruang kosong untuk kita gunting.


4. Proses menggunting. 1 plastik boleh dapat 2 piping beg..

5. Ini hasil piping beg yang saya dapat dengan menggunakan 4 plastik.

6. Bila dh selesai semua, kita boleh pilih nozel yang nak 
digunakan dan muatkan dalam piping 
seperti didalam gambar ini.

7. Ini piping bag yang telah diisi dengan buttercream & Sedia 
untuk digunakan. Senangkan... 

~SELAMAT MENCUBA~
By me : Kham




Selasa, 19 November 2013

Macaroon

   Hai semua..tengah buat ape tu? Ibu2, kakak2 & adik2 sekalian cuti sekolah ni buat ape? Kalau saya, cuti skolah ke tak cuti skolah same je.. Aktiviti sebagai suri rumah sepenuh masa berjalan seperti biasa. sebab anak2 tak sekolah lagi..hee.. Bila saya rasa boring asyik mengemas je kan, ni la keje saye.. Ngadap Blog saya ni. Kemas kini mana yang tak sedap mata memandang dan buang mana yang tak berguna. Ha kau, last2 semua aku buang.. hee.. Tipu jee..

  Hari ni saya nak kongsi resepi macaroon dengan anda semua. Resepi macaroon yang saya dapat ni rasanya memang manis. Sebab macaroon ni memang asalnya manis.Tak digalakkan makan banyak. Lebih-lebih lagi sesiapa yang ada kencing manis. Potong kaki punyaaa.. 

  Ok la semua, kepada Ibu2,kakak2 dan Adik2 yang tak tahu nak buat ape, boleh la cuba buat resepi ni. Senang je ni. Adik2 yang tengah cuti sekolah digalakkan untuk cuba buat, tapi yang bawah umur tu buat dengan ibu ye. Jom kita...


Bahan-bahan

  • 2 biji (80gm) telur putih L ize
  • 60 gm gula kastor
  • 80 gm almond powder (kat kedai bakery ade jual. kalau kisar sendiri, pastikan betul-betul halus)
  • 120 gm gula aising
  • sedikit esen vanila
  • Inti ape2 je. (saya guna yang paling senang, inti coklat)

Cara-Cara

1.Dalam bekas lain, ayak almond powder dengan gula aising.ketepikan.
2.Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/bertanduk ( bila terbalikkan mangkuk putih telur tu tak jatuh).
3.Masukkan bahan yang diayak tadi ke dalam putih telur sedikit demi sedikit.Kacau perlahan-lahan macam nak buat kek.
4.Masukkan adunan yang dah siap ni kedalam piping bag. (tak kisah la, beli yg ready use atau buat sendiri)
Picitkan adunan ke atas kertas baking paper yg dah diletakkan diatas dulang. (saya ambil duit syiling 50 sen, tekap atas baking paper, jadi semua saiznya nanti sama besar.jangan lupa jarakkan antara satu sama lain). 


Tekap guna duit 50 sen dan jarak-jarakkannye

5.Ambil tooth pick, pecah gelembung-gelembung yang timbul dipermukaan.
Biarkan macaroon selama 30-40min. Sentuh dengan jari, jika kering dan tidak melekat, macaroon dah sedia untuk dibakar.
6.Bakar dalam oven dengan suhu 150d selama 20 min. bergantung pada oven masing2.

~Selamat Mencuba~

Sumber resepi : Yani
Credit to Kak Azlita Masam manis
















Sabtu, 16 November 2013

Resepi Biskut Short Bread Marble

Hola.. Selamat petang semua.. Petang ni saya nak kongsi resepi biskut dengan anda semua.. Biskut Short Bread Marble. Mesti ramai yang kenal biskut ni kan? Rupa yang menarik dan rasanya yang sedap.. Biskut Ni salah satu biskut kegemaran saya ni.. Saya pun lupa dari mana sumber resepi saya dapat ni. Dah lama saya simpan. hee.. Saya dah cuba buat, rasanya memang sedap, rasa lemak2 gitu.. Sebenarnya saya lebih suka buat kek dari biskut.. buat biskut macam susah je.. macam leceh je.. macam tak sabar je.. hee ;P
Jom kita intai2 resepi ni..


Bahan-Bahan

220 gm Mentega
250 gm Tepung gandum
70 gm Gula kastor
2 sudu Makan tepung beras

Bahan Coklat Marble

200 gm Coklat masakan
1 sudu teh Shortening
50 gm Coklat putih (untuk hiasan)

Cara Memasak

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Kemudian, masukkan tepung gandum dan tepung beras yang telah diayak. Kemudian, Gaulkan hingga menjadi adunan.
  3. Tuangkan adunan kedalam acuan empat segi dan bakar pada suhu 160c selama 20 minit. Sejukkan. (saya guna loyang empat segi jenis 'loose tin' yang boleh tolak dari bawah sebab memudahkan proses tuang coklat)
  4. Untuk bahan marble, cairkan coklat masakan dan campurkan bersama shortening
  5. Tuangkan keatas biskut dan ratakan
  6. Letakkan sedikit coklat putih dan lorekkan coraknya. Biarkan sejuk dan kemudian barulah dipotong.



Macam ni la hasilnya. Korang boleh tukar corak. 
Tukar coklat susu dengan coklat putih, dan lorekkan dengan coklat.





~SELAMAT MENCUBA ;) ~

Sumber : Terima kasih kepada yang empunya resepi.. mantap!


Isnin, 4 November 2013

I'm Back!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Apa khabar semua? Harap2 sihat2 belaka hendaknye.. Rasanya lama jugak la saya tak update blog saye ni.. Al-maklum la.. ketiadaan broadband@internet.. huhu.. Selama saya tak mengupdate blog ni, banyak jugak la benda yang saya buat tapi tak dapat nak kongsikan dengan anda semua.. hmm.. boring,boring,boring.. nak buat mcm mana kan.. takpe la.. sekarang saya dah kembali ke alam maya lagi.. Jadi, kalau ade benda best2 yang saya boleh kongsikan bersama, InShaAllah akan saya usahakan..

Hari ni saya tak boleh nak cerita panjang2..busy yang amat..tapi bukan busy membaking ye.. busy mengemas rumah sebab semalam saya celebrate birthday anak saya yang kembar.. Jadi,paham2 je la.. namapun suri rumah ye dak..Tak mau citer panjang2..  jom tengok gambar sikembar dan kek apa yang saya buat utk anak2 saya. Layaaannn~~

ni saya dan anak2.. sebelah kanan tu kakak, kiri adik, belakang kak long..

dengan makciknye.. macam comel jer.. macam comel jer..hihi


adik

kakak

my princess

Yang kat bawah ni pulak gambar2 kek rainbow.. dari mula lepas siap membaking sampai la siap mendeco..

Baru selesai membaking.. cikgu ajar pelangi ade 7 warna
 tapi saya letak 6 warna je..heee..


Proses melapis dengan krim cheese

Selesai salut Krim Cheese

Tengah Deco2..

Akhirnyaa..

 
Taraaa.. dah siap..


ni nama dia kek coklat moist org pemalas..hahahaha..ala, nak ngap sendiri je


*Kalau ade sesiapa yang berminat nak order Rainbow Cake, bleh order dengan saye ye.. 

Price Detail for Rainbow Cake
~Rm 80/recipe
~6 lapis/warna
~Simple Decoration with Cream Cheese