Isnin, 27 Januari 2014

As Sweet As Pavlova


Assalamualaikum dan selamat petang semua.. Apa khabar? Terima kasih kepada semua yang singgah melawat blog saya ni. Kali ni saya nak bercerita pasal PAVLOVA. mesti awak2 semua dah kenal dengan pavlova ni kan? Kalau tak kenal, meh saya kenalkan. Pavlova ni sejenis kek meringue (putih telur), yang manis rasanya. Bahagian luarnya sangat rangup, dan bahagian dalamnya pulak bila kita tekan-tekan, ia lembut selembut... selembut ape? nak kata lembut bak sutera la tu.. hee.. tak lah, lembut macam marshmellow. pernah makan marshmellow? haaa.. x pernah? ah sudah..(garu-garu kepala). Esok gi pasar raya cari marshmellow eh.. huhu.. ok, la sambung balik citer pavlova tadi, Pavlova ni topping nya pulak pakai fresh cream (non dairy whipping cream). Kalau gi kedai bakery, saya beli yang jenama TOP yang ade tulis Soft Blend sbb yang tu kurang manis. Pavlova dah manis, pakai lak fresh cream yg manis, memang potong kaki wa ckp sama lu.. haha.. Lepastu, bila dah letak fresh cream, baru lah kita letakkan buah-buahan kat atasnya. Tak kisah la pakai buah ape pun. Janji sodap. Kalau saya suka letak buah orange, strawberry & kiwi.. Ada rasa masa-masam manis gitu. Ok la, karangan pun dh lebih dari 180 patah perkataan, saya pun dah tak bleh blah nak menaip ni. Kang merapu je yg saya tulis kang.. Jom tengok resepi.




Resepi Pavlova

Sumber : http://www.joyofbaking.com/Pavlova.html


4 biji Telur (Large)
200 grams gula castor
1/2 tsp vanila esen
1 tsp white vinegar (cuka makan)
1/2 tbs tepung jagung

Topping:
240 ml heavy wheeping cream (saya pakai fresh cream jenama Value Pride yang soft blend sebab kurang manis)
1/2 tsp vanila esen
Fresh Fruit - Kiwi, strawberries, raspberries, blackberries, atau apa-apa sahaja yang anda suka.
*Pukul fresh cream sehingga kental dan masukkan esen vanila pukul sebati.


Cara-caranya

1.Panaskan oven (suhu 130dc) dan letakkan redai dibahagian tengah oven. Alaskan loyang dengan           baking paper sheet. Sebelum itu buat lakaran bulat sebagai panduan untuk membentukkan adunan         pavlova bila dah siap. terbalikkan baking paper supaya lakaran tadi berada dibahagian bawah.

2.Didalam satu mangkuk besar, pukul putih telur dengan kelajuan sederhana hingga putih(soft foam)       dan apabila kita terbalikkan mangkuk, adunan tadi tak jatuh.

Putih telur yang telah siap dipukul (meringue)

3. Masukkan gula sedikit demi sedikit dengan kelajuan yang tinggi sehingga meringue kelihatan berkilat      dan gebu. (cuit dengan jari, jika adunan meringue masih kasar, teruskan memukul hingga tidak lagi        terasa kasar. Jangan terlebih pukul sudah la.)

4. Teruskan memukul dan masukkan vanila esen, cuka dan tepung jagung, kaup balik hingga sebati.          (saya pukul pakai mixer sekejap).

5. Ambil adunan meringue tadi, letakkan diatas loyang yg telah diletakkan baking paper td. Bentukkan        mengikut bentuk yang anda lakar tadi. Bila dah selesai, Masukkan dalam oven, bakar selama 60 - 75      min sehingga kuning keperang-perangan.



Meringue yang saya dah bentukkan ikut lakaran diatas kertas

6. Apabila selesai, buka pintu oven, dan biarkan pavlova sejuk didalamnya. Jika kita perhatikan, pavlova    tadi akan menjadi rangup dibahagian luar, dan lembut seperti marshmellow dibahagian dalamnya. Jika    dah sejuk, boleh la hias dengan fresh cream & buah-buahan yang anda suka.



Pavlova with Love shape



*Andai ada tersilap apa-apa, sila tegur dengan komen yang membina. Sama2 la kita majukan diri. Andai kata malas nak buat sendiri, Order je dengan saya. Kan senang. hee.. :P  Tq. 





Selasa, 21 Januari 2014

Fluffy Pan Cake

Assalamualaikum & Selamat pagi.. Dah breakfast ke belum.. ke tak tahu ape yang nak dijadikan sarapan pagi ini? Biasanya suri rumah lah yang penin dok pikiaq nak masak pa kan? Jangan risau, saya ada sesuatu yang senang nak dibuat untk dijadikan sarapan pagi. Anak-anak saya pun suka makan. Pagi ni saya nak ajak kawan-kawan semua buat Pan cake yang tembam lagi gebuss gitu. Memang sedap. telur, tepung,bergabung,meletup (macam lagu adam & stacy la plak). Resepi ni saya dapat setelah saya berhempas-pulas meng'google' resepi disana sini. Bila dah dapat 2-3 resepi, terpaksa la buat pilihan yang saya rasa sedap dan boleh dikongsi bersama anda. Hasilnya, yaaa.. pan cake saya lariiiiisssss.. bukan laris di pasaran,tapi di rumah je. Hee.. Jom bergabung, eh salah, Jom buat Pan cake.. Layaaaaannn..


Sumber resepi : Miss Shasha@myresepi.com

Bahan-Bahan
1 cawan tepung gandum*
1 sk baking powder*
1 biji telur (asing kan putih dan kuning telur)
1 cawan susu segar
3 sb gula (saya pakai gula castor)
1 sb minyak makan

Cara-Cara

1. Ambil bekas, Satukan bahan yang bertanda *

Bahan- bahan yang telah digaul bersama1. tepung gandum dan baking powder. 2. Kuning telur, susu dan gula
3.Putih telur yang telah diasingkan



2. Dalam bekas lain, satukan susu, kuning telur, dan gula. Kacau sebati.ketepikan.


3. Pukul putih telur sampai kembang dan putih. (bila terbalikkan tak tumpah). Ketepikan.

Putih telur yang dah dipukul dengan kembang dan putih



4. Masukkan minyak dan bahan-bahan di langkah no.2, kedalam bekas yang berisi tepung gandum yang sudah digaul dengan baking powder. Kacau sebati sehingga adunan tidak berketul.

Hasil selepas diadun sebati. Kalau ada berketul, gaul lagi sampai adunan smooth.


5. Masukkan putih telur kedalam adunan tadi dengan cara kaup balik hingga adunan sebati.




6. Sediakan non-stick pan, dengan api sederhana. Cedok 1 senduk, dan tuang perlahan-lahan atas pan.

saya ukur menggunakan 1 senduk bulat ni




7. Bila gelembung udara timbul, terbalikkan sebentar, dan boleh diangkat. Sedia untuk dihidang.

Ini tandanya dah boleh terbalikkan pan cake ni(gelembung udara)

Terbalikkan sekejap, dan angkat (permukaan bawah).
Dah siap.. tuangkan ape2 yg anda suka. (saya tuang madu).


~Selamat Mencuba~




Sabtu, 4 Januari 2014

Resepi Apam polkadot


   Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Hmm.. senyum, tak perlu kata apa-apa.. Ok, saya tau, saya dah lama tak update blog kan? hehe.. Sebab tu la hari ni saya sedaya-upaya "mengupdate" kan blog saya ni.. Cuba teka, hari ni saya nak kongsi ape dengan awak2 semua? cer teka, cer teka.. hehehe.. nak tahu? Hari ni saya nak kongsi resepi yang dah sangat famous pada satu ketika dahulu.. saya pasti, di luar sana tu ada jugak yang tak tahu.. betul tak? Ye la, bukan semua orang bertuah dapat on line 24/7, cari resepi sana-sini.. Lagi pun sebelum ni dah ade beberapa orang yang bertanya resepi ni pada saya. Tapi saya tak sempat2 lagi nak update blog saya ni.. Mintak maaf sebab lambat kongsi ilmu ini..
   Untuk pengetahuan anda, Resepi Apam ni saya dapat dari www.apampolkadot.com.. kalau tak silap la.. sebab tahun lepas kot saya google resepi ni.. takpun 2 tahun lepas.. eh, yg mana satu ni.. Kasi Hantam saja la.. Saya dapat 1 resepi, tapi 2 cara mengadun yang berbeza. Nak tahu? hehe.. jeng jeng jeng (ayat feveret ni).. sekali lagi.. Jeng jeng jeng..hehe.. saya bagi 2 cara, anda cuba semua dan pilih mana yang rasanya lebih sedap k.hehe..jahat tak kite? ala, nak soh eksesais skit je.. kasi keluar semua peluh-peluh manja.. hihi.. Jom tengok resepinye.
*mintak maaf, tiada gambar disertakan semasa prose mangadun di jalankan sebab laptop kena format balik tanpa disengajakan..huhu..habis semua gambar kuih2ku..


Resepi Apam Polkadot


Bahan-Bahan

275g Tepung gandum
220g Gula Castor
3 Biji Telur gred B (untuk cara 1, asingkan putih telur dan kuningnya)
1 tsp Baking powder
1 tbs ovalete
150 ml susu full cream (saya pakai dutch lady)
1 tsp esen vanila
Pewarna makanan (sekurang2nya 2 warna)
Inti strawberry/blueberry/kaya (saya suka kaya)
cawan merah / lompang
Paper cup ikut saiz lompang

cara masak - kukus

Cara 1

1.Panaskan pengukus
2.Dalam satu bekas besar, pukul putih telur hingga kembang (bila terbalikkan mangkuk, adunan tak jatuh atas kepala kita,maknanya dh ok la tu)
3.Masukkan kuning telur, esen vanila, dan ovalete kedalam mangkuk adunan putih telur, pukul lagi sehingga kembang, ringan & pekat (macam adunan kuih bahulu)
4.Bila dah kembang, masukkan tepung diselang-selikan dengan susu..dimulakan dengan tepung diakhiri dengan susu. contohnya : Tepung -> Susu -> Tepung -> Susu -> Tepung
5.Warnaka adunan kepada dua bahagian. Contohnya , merah jambu dan ungu.
6.Masukkan adunan kedalam piping beg dgn salah satunya menggunakan nozel bulat utk proses dot2 nanti.
7.Bila dah siap adunan, masukkan adunan berwarna merah jambu kedalam cawan lompang yang dah siap diletakkan paper cup, tuang suku cawan,kemudian masukkan inti yang kita nak, tuang lagi adunan sampai hampir penuh paper cup tadi.

lompang yang saya selalu guna
8.Buat yang sama pada semua lompang yang dah diisikan dengan paper cup.
9.Bila dah selesai semua, dot2kan adunan berwarna ungu di atas adunan berwarna merah jambu tadi.
10.Kukus selama 10-15min.




Cara 2

Cara nombor dua ni agak mudah, tapi kebanyakan yang ikut cara ni, selalunya tak menjadi.. Kalau nak cuba, apa salahnya..
1.Masukkan semua bahan, dengan menggunakan mixer, pukul sampai adunan kembang dan pekat.
2.Selepas itu boleh ulangi langkah 4 - 10 seperti cara 1 di atas.
3.Kemudian kukus selama 10-15 minit juga.

~selamat mencuba~



















Rabu, 1 Januari 2014

WELCOME 2014


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU BUAT SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI. SELAMAT MENEMPUH LIKU-LIKU HIDUP TAHUN 2014 DENGAN PENUH SABAR DAN BERMAKNA. SEMOGA AZAM TAHUN BARU YANG ANDA SEMUA HAJATKAN DAPAT DILAKSANAKAN TAHUN NI. RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MASIH SETIA BERSAMA SAYA. INSHAALLAH..  ;)

NANTIKAN ENTRY TERBARU YANG AKAN SAYA KONGSIKAN BERSAMA ANDA SEMUA..