Selasa, 21 Januari 2014

Fluffy Pan Cake

Assalamualaikum & Selamat pagi.. Dah breakfast ke belum.. ke tak tahu ape yang nak dijadikan sarapan pagi ini? Biasanya suri rumah lah yang penin dok pikiaq nak masak pa kan? Jangan risau, saya ada sesuatu yang senang nak dibuat untk dijadikan sarapan pagi. Anak-anak saya pun suka makan. Pagi ni saya nak ajak kawan-kawan semua buat Pan cake yang tembam lagi gebuss gitu. Memang sedap. telur, tepung,bergabung,meletup (macam lagu adam & stacy la plak). Resepi ni saya dapat setelah saya berhempas-pulas meng'google' resepi disana sini. Bila dah dapat 2-3 resepi, terpaksa la buat pilihan yang saya rasa sedap dan boleh dikongsi bersama anda. Hasilnya, yaaa.. pan cake saya lariiiiisssss.. bukan laris di pasaran,tapi di rumah je. Hee.. Jom bergabung, eh salah, Jom buat Pan cake.. Layaaaaannn..


Sumber resepi : Miss Shasha@myresepi.com

Bahan-Bahan
1 cawan tepung gandum*
1 sk baking powder*
1 biji telur (asing kan putih dan kuning telur)
1 cawan susu segar
3 sb gula (saya pakai gula castor)
1 sb minyak makan

Cara-Cara

1. Ambil bekas, Satukan bahan yang bertanda *

Bahan- bahan yang telah digaul bersama1. tepung gandum dan baking powder. 2. Kuning telur, susu dan gula
3.Putih telur yang telah diasingkan



2. Dalam bekas lain, satukan susu, kuning telur, dan gula. Kacau sebati.ketepikan.


3. Pukul putih telur sampai kembang dan putih. (bila terbalikkan tak tumpah). Ketepikan.

Putih telur yang dah dipukul dengan kembang dan putih



4. Masukkan minyak dan bahan-bahan di langkah no.2, kedalam bekas yang berisi tepung gandum yang sudah digaul dengan baking powder. Kacau sebati sehingga adunan tidak berketul.

Hasil selepas diadun sebati. Kalau ada berketul, gaul lagi sampai adunan smooth.


5. Masukkan putih telur kedalam adunan tadi dengan cara kaup balik hingga adunan sebati.




6. Sediakan non-stick pan, dengan api sederhana. Cedok 1 senduk, dan tuang perlahan-lahan atas pan.

saya ukur menggunakan 1 senduk bulat ni




7. Bila gelembung udara timbul, terbalikkan sebentar, dan boleh diangkat. Sedia untuk dihidang.

Ini tandanya dah boleh terbalikkan pan cake ni(gelembung udara)

Terbalikkan sekejap, dan angkat (permukaan bawah).
Dah siap.. tuangkan ape2 yg anda suka. (saya tuang madu).


~Selamat Mencuba~




Tiada ulasan:

Catat Ulasan