Assalamualaikum & Salam sejahtera semua.. Apa khabar semua? Saya harap semua sihat2 saje. Ye la, sekarang ni kan cuaca panas betul. Jap-jap ok, jap-jap x ok. Kadang-kadang panas, kadang-kadang hujan. Hmm.. minum air masak banyak-banyak k.
Ok la, sebelum ni saya ade kongsi resepi kek asas kan? kek span vanila ade, kek span coklat pun ade. Tapi resepi kek ni ade banyak resepi, sukatan bahan-bahan berlainan, cara adun berlainan, rasanya pun berlainan. Kali ni saya nak kongsi resepi kek Span Strawberry. Saya dah cuba buat dah. Nak bancuh pun senang, rasanya pun sedap. Saya buat kek span strawberry ni untuk dijadikan kek birthday bertemakan JDT.. Deko dengan buttercream, warna merah biru.. Maklum la, semangat bola gitu..
Terima lah.. Kek Span Strawberry Tema JDT
KEK SPAN STRAWBERRY
Recipe By : Rahel@I Love Cake
Credit to : QasehHoney.blogspot.com
Bahan-bahan
*120 g Gula castor
*10 g Ovalet
*4 Biji Telur Gred A
*130 g tepung superfine/Tepung kek
*1 sdt serbuk penaik
40 ml air
60 g minyak masak/ mentega cair
Cara-cara mengadun
1. Panaskan oven pada suhu 170dc. Siapkan loyang bulat 9inch, griskan dengan mentega dan alas dengan baking paper.
2. Satukan semua bahan bertanda (*) dalam mangkuk sederhana besar.
3. Menggunakan pemukul elektrik, putar sehingga kembang dan gebu.
4. Masukkan strawberry emulco & air. Putar lagi sehingga sebati.
5. Masukkan minyak/mentega cair, Gaulkan hingga sebati. Tuangkan adunan kedalam loyang. Bakar selama 45 min. Bila dah masak, terbalikkan selama 5 min agar kek tidak mendap. Terbalikkan semula, & keluarkan dari loyang. Biarkan ia sejuk, kemudian bahagi 3 (saya bahagi 2) untuk dilapiskan dengan krim. Sedia utk dideco mengikut kehendak anda.
*maaf, terlupa nak amek gmbr tuang dalam loyang.. tak menyabo.. hee..
Krim frosting
1. Cream Cheese Frosting
Bahan-bahan
125 g cream cheese
60 g mentega
1/2 cup gula aising
1 sdt vanila ekstrak
1 sdk jus lemon
1 sdk lemon paste
Chocolate rice (optional)
Cara-cara
Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy sahaja. Tambahkan gula aising dan jus lemon.
2. Buttercream
Bahan-bahan (untuk sebiji kek
250 g shortening
125 g krim well
125 g gula aising
Cara-cara
Pukul shortening & krim well hingga putih. Ayak gula aising,(saya masukkan sedikit2) masukkan kedalam butter, pukul lagi hingga kembang dan putih. Suaikan warna untuk hiasan kek.
*Tips - Pukul dengan kelajuan minima supaya icingnya lebih cantik & mudah dilepa.
Kat bawah ni ada gambar kek birthday JDT yang saya deko dengan buttercream Jemput tengookk.. :)
Contoh kek JDT buttercream