Isnin, 31 Mac 2014

BISKUT BATIK MARIE


Hari ni nak berkongsi satu lagi resepi biskut batik marie dari www.wowresepi.blogspot.com. Sebelum ni pun ade kongsi resepi ni jugak, tapi, lain orang, lain la caranya kan.. yang seronoknye kali ni biskut batik marie yang saya buat ni agak cantik teksturnye..yang sebelum x tau nak cakap ape.. Comot giler..hahaha.. ok la, Tak nak cakap banyak, mood penat.. hee.. Jom cuba.. Enjoy..



BISKUT BATIK MARIE

Bahan-bahan

250g Biskut Marie (patah-patahkan)
150g Buttercup
1 cawan Milo
4 Biji telur
6 sudu serbuk koko
1/2 Tin Susu Pekat manis
1 cawan air kosong (saya tukar kepada susu full cream)
*Tambahan sendiri - 
*Coklat rice segenggam
*optional - 1/2 tsp esen vanila (gaulkan dengan air kosong)
*optional - coklat rice sedikit utk ditabur sebagai hiasan


Cara-cara




1. Masukkan serbuk milo, serbuk koko, telur,susu, dan air kedalam kuali dan gunakan api sederhana. Gaul hingga sebati, dan masukkan buttercup. *masa gaul ni, saya tambahkan coklat rice segenggam biar adunan jadi agak pekat dan keras skit..


2. Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan dan gaul.


3. Mampatkan adunan yang telah siap digaul tadi kedalam satu bekas. Masukkan kedalam peti sejuk & sedia untuk dimakan.

Saya potong2 & masukkan dalam container segi empat sebab comel..heee 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan