Assalamualaikum.. selamat petang semua.. Buat ape tu?? Petang-petang macam ni kalau dapat makan kuih sedap jugak kan? Petang ni saya nak kongsi resepi kuih kegemaran saya. Ada orang cakap kuih kertas, ade jugak yang cakap kuih ketas. Kalau saya cakap, kertas ke ketas ke ade aku keesaahh? Yang penting masuk mulut, sedaaap. Saya belajar makan kuih ni masa saya duduk Sg petani, kedah. Sekali rasa, pasti nak lagi. Memang sedap! Mantap! meletup! kebabom!! haha.. Jom tengok resepi..
*Sori ahh, gambar ala-ala kampung.. hehe..
KUIH KETAS
RESEPI BY : myself@Kham ( teratakjernih.blogspot.com)
Bahan-Bahan
280 g Tepung Pulut
1 tsp Garam
200 ml Air masak
1 biji Kelapa parut
Untuk Air gula
60 g Gula pasir (sebab tak nak manis sangat)
100g Air masak
1. Ambil satu bekas sederhana besar, masukkan tepung pulut dan kelapa parut, dan garam, gaulkan sampai kelapa sebati dengan tepung (kelapa tadi akan terburai-burai dalam tepung pulut).
2. Masukkan air dalam bekas adunan tadi, gaulkan sehingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan. (kalau dah tak melekat kat tangan, maknanya dah ok la tu)
3. Ambil sedikit adunan doh tadi, bulat-bulatkan dan buat bentuk bujur. Ulang lagi sampai habis semua adunan doh tadi.
4. Goreng doh yang dibulat-bulatkan tadi sehingga masak. Bila masak, ia akan bertukar warna keperang-perangan. Jangan masak terlalu lama, nanti hangit plak kuih tu.
Macam ni la rupa nya bila dah digoreng. Ready untuk disalut gula
5. Masukkan gula pasir dan air dalam kuali. Masak sampai menjadi air gula yang likat dan pekat. Rajin-rajin la mengacaunye biar kita tau air gula tu dah pekat ke belum. Kalau angkat sudip/sudu, air gula tu nampak macam likat bila menitik, dh ok la tu. bleh teruskan dengan langkah seterusnya ye.
6. Masukkan doh yang digoreng tadi dalam air gula yang dah pekat tu, kacau, kacau, kacau semua yang kat dalam tu sampai air gula kering. Bila air gula dah kering, terus tutup api. Tapi jangan berenti kacau k. Kacau lagi sampai gula tu jadi kering dan jadi macam hablur (gula tadi macam berderai kat kat kuali). Boleh Angkat, dan hidangkan dalam pinggan. Siap untuk di Ngap!!
Macam ni la rupanya bila air gula dah kering. Gula tu jadi Hablur yang berderai2..
*SELAMAT MENCUBA*
Terima kasih kerana berkongsi resepi ini secara langkah demi langkah siap dengan gambarnya sekali. Kalau gini memang senang nak ikut.
BalasPadamSama2..terima kasih banyak2 sudi jengah ke blog saya :)
PadamTerima kasih.. Sangat membantu..dan senang nak faham... :)
BalasPadamSama2.. Gembira dapat bantu kawan2 semua..
PadamSkrg susah nak cari kuih ni... Tq ye :)
BalasPadamSama2.. Selamat mencuba :)
Padamsaya tahu kuih ni sejak saya bekerja di menara tm kuala lumpo. hari2 mmg kena makan. mmg sedap.
BalasPadamKlu blh tambah tepung gandum sikit..
PadamSaya memang biasa dengan tepung pulut je.. Kalau ade yg nak cuba tmbh tepung gandum boleh jek. Nanti share mcm mn kejadiannye.. 😊
PadamTerima kasih yee sis...saya pon da try gne resepi sis...mmng mjadi..hihihi
BalasPadamHihihi.. Ok sama2.. 😜😜😜
Padam