Ahad, 6 April 2014

Super-Duper Moist Choc Cup Cake


Assalamualaikum.. selamat petang.. Kepada kawan-kawan yang nak belajar buat coklat cup cake yang gebu dan sedap ni, boleh la cuba ye.. Hari ni tak berapa nak sihat, Dah lama draft kan resepi ni, hari ni baru free nak post.. Kawan-kawan cuba la ye.. tak rugi, memang sedap..



Moist Choc Cup Cake


Resepi oleh : Chef Zubaidah
Bahan-bahan

150 g tepung gandum
4 biji telur gred B
250 g gula castor
1 sdt baking powder
1 sdt soda bikarbonat
*100 g serbuk koko
*250 g susu pekat manis
*1 tin susu cair (saya pakai susu full cream)
*200 g minyak masak



Cara-cara

Panaskan pengukus telebih dahulu.

1. Campurkan semua bahan bertanda (*) & Masakkan bersama semua bahan didalam kuali. Dengan api kecil, Kacau sehingga agak likat dan berkilat sudah mencukupi. Tak perlu sampai menggelegak. (kang tak pasal-pasal hangit pulak. Bila dah selesai, tutup api, ketepikan.

2. Sediakan bekas sederhana besar, Masukkan telur dan pukul dengan mixer hingga berbuih. (saya suka pukul sampai kembang dan pekat, sebab nanti bila masak, keknye gebu sangat.hee)

3. Bila telur yang dipukul dah berbuih, Masukkan gula castor, dan pukul lagi sehingga kembang dan pekat.

4. Selesai pukul memukul tadi, Masukkan adunan Coklat yang kita masak tadi dalam bekas yang kita pukul telur dan gula. Kacau sebati.

5. Selepas itu, masukkan tepung (yang dah dicampurkan dengan baking powder dan soda bikarbonat) sedikit demi sedikit kedalam bekas tadi. 

6. Susun kertas cawan, dan masukkan adunan lebih dari separuh dan tidak juga penuh, dan kukus selama 15-20 min mengikut saiz kertas cawan masing-masing. 

*(boleh juga dibakar dengan oven, tapi saya lebih sukakan tekstur kek yang dikukus sebab yang dikukus sangat lembut berbanding dibakar yang rasanya agak kasar bila dimakan)


Kalau buat kek sebiji macam ni, pakai loyang 9inch k. Bakar selama 40-45 min, 170dc / kukus selama 50-60 min. atau sampai masak. 

* Kalau nak letak Chosolate Ganache, boleh rujuk 
http://teratakjernih.blogspot.com/search/label/Chocolate%20Ganache


*Selamat maju jaya ;)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan