Jumaat, 23 Mei 2014

Pisang goreng tabur Cheese parut & Choc Rice... Yummyy!!

Assalamualaikum.. Hek hem.. Selamat malam.. buat ape tu? makan ape mlm ni? hehe.. Dah lama nak merasa makan pisang goreng cheese.. Akhirnye, malam semalam dpt jugak saya merasa.. Huuuuuu.. mantap!!! Buat sendiri, mmg tabur cheese banyak.. lepas geram.. haha.. Kebetulan semalam sepupu sepapat semua berkumpul kt rumah makcik, ape lagi, malam2 pun jadi makan pisang goreng cheese ni.. seronok bila dh berjumpa..

Nampak tak? Perghhhh.. meleleh air liur wa ckp sama lu.. haha.. ni pakai henset baru beli ni.. berbaloi walaupun murah.. tak caye beli la.. Lenovo 889..hee..


sepupuku.. x sbr2 nak ngap..haha

Sebenarnya saya nak kongsi resepi ni..senang sgt buatnye.. tp xde sukatan la.. sebab masa buat ni, buat ikut sedap mulut nk mkn je.. Boleh la, boleh la, boleh la eh.. hee.. Bukan ape, syg la kalau x dpt kongsi makanan sedap ni ngan org lain.. huhu.. Jom tgk bahan2nye..taaaappiiiii.. tanpa sukatan..hee.. 



Bahan A

Pisang mentah 1 sikat (hiris jd dua bahagian)

Bahan B (Penyalut pisang goreng)

Tepung beras anggaran 250g
air kosong secukupnye
air kapur sedikit (utk rangupkan pisang goreng)
telur 1 biji
gula secukup rasa
garam secubit

Bahan C (utk tabur atas pisang goreng)
Cheese parut secukupnya
susu pekat manis
 Chocolate rice

Cara-Cara

1. Campurkan semua bahan B, gaul sebati sampai adunan tak berketul. Jangan bancuh pekat. Cairkan sedikit.
2. Golekkan pisang yang dibelah 2 tadi kedalam Bahan B. Salut keseluruhan bahagian pisang tadi.
3.Goreng sampai kekuningan. Angkat.
4.Sementara tgh panas, Taburkan cheese parut & coklat rice kat atas pisang panas tadi & Tambahkan susu pekat manis untuk sedapkan lagi pisang goreng cheese tu.
5.Siap untuk diNGAPPPPP!!!

~Selamat Mencuba~




Khamis, 15 Mei 2014

Biskut Raya lagiii.. yahooo!!


Assalamualaikum semua.. 

Sejak 2 menjak ni, sana sini org dok post kuih raya utk dijual raya ni.. I buat buat rileks saje.. Sampai masa nanti, i promote la kuih raya i.. hee.. Tahun lepas saya ade jual kuih raya.. Kalau nak tau, itu cubaan menjual biskut raya yang pertama kalinya.. Alhamdulillah, kawan2 byk support saya.. Saya buat beberapa jenis kuih raya, dgn hanya menggunakan oven kecik je tau.. Dah la seorg diri pulak tu buatnye.. mana nak jaga anak2 lg, kemas rumah, huh.. kalau tak rancang masa dgn betul, kelam kabut jadinye..


Sebahagian dari kuih raya yang saya jual thn lepas.. :)


Tahun lepas kuih raya yang saya dapat jual takde la banyak sangat, dalam 50 balang saje.. tapi bagi saya, banyak atau sikit tak jadi masalah, yang penting kuih raya yang saya jual tu sedap dan pelanggan pun suka.. Alhamdulillah.. feed back dr cust sangat2 menggembirakan saya.. 

Tahun sebelumnya, saya tak jual biskut, saya hanya jual bahulu saje.. dari bahulu ori, coklat kayu manis, sampai la bahulu lapis jem nanas dan bahulu kacang.. Kat gambar bawah ni la bahulu yang saya jual pada raya 2012. Alhamdulillah.. 


Bahulu coklat kayu manis (feveret saya. Sedap sangat!!)


Bahulu Ori


Bahulu kacang 



Bahulu lapis jem nenas (pink putih), bahulu kacang (kiri, belakang)


Ok la semua, kali ni saya nak kongsi resepi biskut raya saya thn lepas.. Cust yang order biskut ni cakap biskut ni sedap.. Kalau nak tau sedap ke tak, kawan2 semua boleh cuba buat sendiri k.. Saya dah ubah suai nama dan bentuknya.. bentuk asal Love, nama asal Biskut Lovely Ceirah..

Jom tengok resepi..



BISKUT BADAM STRAWBERRY

resepi asal : Biskut Lovely Ceirah
sumber : Majalah rasa


Bahan-bahan

250 g mentega
320 g tepung gandum
100g tepung jagung
50 g serbuk badam
1 sdt pes strawberry
1 std pewarna merah jambu
160 g gula aising

Bahan Hiasan:

coklat urai warna-warni  Coklat Putih (terpulang pada gaya dan citarasa masing2)

Cara memasak

1. Pukul mentega dan gula aising sehingga sebati.

2. Selepas itu, masukkan pes strawberi dan pewarna merah jambu. Pukul lagi.

3. Kemudian, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk badam. Uli sehingga rata.

4. Canai dan terap dengan acuan. Hiaskan dengan biskut dengan taburan coklat urai warna-warni. saya lorekkan dengan coklat putih selepas biskut dibakar.(tunggu biskut sejuk dulu)

5. Bolehlah dibakar pada suhu 180Dc selama 15-20 minit. (bergantung pada oven masing2)

6. Keluarkan dan boleh la dihidangkan atau disimpan didalam bekas kedap udara.

~ Selamat Mencuba~ ;)


Selasa, 13 Mei 2014

Tengah berpantang bersalin? atau Akan berpantang tak lama lagi? Ni makannya! hee..


pic source : http://kotakvitamin-saya.blogspot.com



Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua kawan2 yang melawat blog ni..

Hari ni saya nak kongsi sesuatu untuk cik kak yang tgh berpantang atau yang akan berpantang tak lama lagi.. Abang2 pun boleh jugak ambil tau pasal ni. Senang nak masak untuk bini nanti kan? Ye la tu..(tgn pegang bahu , mata tgk atas) Padahal mak/mertua yang masak. haha..

Cepat betul rasanya masa berlalu.. lagi 2 bulan smpai masa due date saya.. Skang ni tgh pikir2 mknn ape yang boleh dimakan masa dalam pantang nanti. Cari2 terjumpa la jadual pemakanan semasa berpantang ni.. Rupa2nya banyak jugak yang boleh dimakan..yahoo.. Padahal ini anak yang ke-4 saya. Sebelum ni tak pernah pun berpantang2 ni. Saje je nak try ikut.. mana la tau ade beza kan..hee..

Ok la semua, selamat membaca ya.. Saya nak mamam mee goreng yang tgh panas2 lg ni. Hmm..nyum2..




JADUAL PEMAKANAN SEMASA BERPANTANG

Tq to source : http://e-nalovelykitchen.blogspot.com 


BOLEH
TIDAK BOLEH

AYAM & DAGING



  • Burung puyuh
  • Burung merpati
  • ayam hitam
  • ayam didik
  • ayam selasih
  • ayam kampung
  • daging batang pinang

  • Ayam biasa (takut gatal)

IKAN

Penting:
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan

Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu
  • Ikan haruan
  • Ikan yu
  • Ikan selar
  • Ikan gelama
  • Ikan jenahak
  • Ikan merah
  • Ikan tenggiri
  • Ikan kurau
  • Ikan bawal putih
  • Ikan senangin
  • Ikan bilis
  • Ikan kering
  • Ikan masin
  • Ikan keli
  • Ikan bawal hitam
  • Ikan terubuk
  • Ikan duri
  • Ikan pari
  • Ikan sembilang
  • Ikan parang
  • ikan kembung
  • Ikan tamban
  • Ikan cencaru
  • Ikan tongkol
  • makanan laut
    • udang
    • sotong
    • kerang


ULAM ULAMAN

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Jantung pisang membanyakkan susu ibu

Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman

  • halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • pucukpegaga
  • pucuk mengkudu
  • pucuk ulam raja
  • lempuyang
  • jantung pisang rebus
  • daun atau ubi cekur
  • bunga kantan
  • kunyit hidup
  • daun lemuni hitam
  • daun kaduk
  • daun sekentut
  • daun kesum
  • daun cemumar
  • daun pudina
  • daun kari
  • daun bebuas
  • daun ruku




SAYUR-SAYURAN /

Penting:
Mengambil sayur-sayuran  menjalar, sejuk serta beranginboleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu

Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh.

  • Ubi kentang
  • Peria
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Lobak putih


  • Ubi kayu
  • Kangkung
  • Petola
  • Terung
  • Cili
  • Timun
  • Tomato
  • Brokoli
  • Kubis
  • Seledri
  • Terung
  • Timun
  • sayur keladi
  • pucuk ubi
  • pucuk paku
  • bayam
  • sayur atau daun keti (bunga putih)
  • kacang panjang
  • kacang botol
  • labu
  • rebung
  • jeruk maman
  • petai
  • jering


BUAH-BUAHAN

Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
  • Buah anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Peach
  • Prune
  • Kismis
  • Longan cina

  • Nenas
  • Limau
  • buah lai
  • tembikai susu
  • tembikai merah
  • tembikai cina
  • epal hijau
  • kiwi
  • buah pear
  • pisang
  • jambu
  • belimbing
  • durian belanda
  • mangga
  • betik
  • ciku
  • langsat
  • nangka
  • cempedak
  • pisang masak hijau
  • pisang nangka
  • pisang embun
  • pisang udang
  • ubi kayu
  • ubi keladi
  • sengkuang
  • manggis
  • macang
  • kuinin
  • binjai



LAIN-LAIN MAKANAN

Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan 
  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Quaker Oat
  • Cornflakes
  • Masakan panggang
  • Masakan rebus
  • Masakan kukus
  • Masakan bakar
  • Masakan salai
  • Asam jawa
  • Asam keping
  • Tempe
  • Burger
  • Nugget
  • Sosej
  • Bihun
  • Mee
  • Kuey teow
  • Laksa
  • Telur
  • Semua jenis ubi
  • Semua jenis makanan laut
  • Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang


AIR

Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang

Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.

Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.

Air madu memanaskan badan.

  • air suam
  • air pati kunyit
  • jus pegaga
  • air halia
  • air kopi
  • air manjakani 
  • jus halia kurma
  • air madu
  • air ais
  • air sejuk
  • air bergas
  • air tebu
  • air cincau
  • air kelapa muda
  • air jus buah-buahan yang dilarang

Rabu, 7 Mei 2014

KEK CAWAN BALDU MERAH..




Assalamualaikum & Selamat petang semua.. Petang2 mcm ni rasa lapar nak makan macam2 pulak. Tambah pulak kat sini baru lepas ujan, memang menjadi2 la laparnye. Tapi apakn daya, roti canai segera je la yang paling pantas untuk saya masak & ngap! hahaha.. sambil2 makan roti canai ni, sambil2 menaip resepi yang nak kongsi dengan kawan2 semua.. Saya dah pernah buat resepi ni, sedap kawan2. Kalau tak percaya, kawan2 cuba la buat ye... Saya ambil resepi ni dari www.Joyofbaking.com Hmm.. Jenuh jgk la saya nak translate dalam bahasa melayu. Nanti kawan2 paham2 kan je la ye bila baca resepi. heeee.. 


Maaf, kualiti gambar yang kureng.. Ye la, pakai henset kamera 2mpx je..



RED VELVET CUPCAKES

RESEPI ASAL : http://www.joyofbaking.com/RedVelvetCupcakes.html
Makes 12 cuppies

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A : (ayak bersama)

1 1/4 (125 g) Tepung Kek / Self raising flour
1/4 tsp baking powder
1/2 tsp garam
1 tbsp (10g) serbuk koko

BAHAN B : ( campur dan gaul bersama)

1/2 cup (120 ml) buttermilk
1 tbsp pewarna merah

BAHAN C 
1/2 cup (57 g) unsalted butter (suhu bilik)
3/4 cups (150 g) granulated white sugar / gula castor
1 large egg (guna teelur saiz A)

BAHAN D : (campur dan gaul bersama masa nak tuang dalam aduanan nanti)
1/2 tsp cuka makan
1/2 tsp baking soda

*Homemade Buttermilk
1 tbsp cuka + 1 cup susu segar , kacau dan biarkan selama 1/2 jam



Cara - cara :

Panaskan oven dengan suhu 175 Dc, dan sediakan 12 kertas cawan diatas loyang pembakar

1.Dalam mangkuk pengadun, pukul butter hingga lembut (1-2 minit). Masukkan gula, dan pukul lagi sehingga ringan dan gebu (2-3 min).

2. Masukkan telur, pukul lagi sehingga semua telur sebati dengan butter tadi. Kemudian, tambahkan esen vanila, pukul lagi sehingga semuanya sebati dengan baik.

3. Dengan kelajuan perlahan, masukkan Bahan A dan B secara selang seli bermula dengan A -> B -> A.

4. Dalam bekas kecil, campurkan bahan D, (ia akan berbuih nanti), tuangkan segera kedalam adunan tadi.

5. Dengan pantas, masukkan adunan kedalam kertas cawan yang dah disusun tadi. Bakar selama 18-23 minit, atau sehingga masak. (nak tau dh masak ke belum, ambil lidi, cucukkan pada kek, kalau kita tarik lidi keluar dan takde kek melekat, dah ok la tu..) Biarkan sejuk dahulu sebelum  dihias mengikut citarasa anda.


Resepi Cream Cheese Frosting


8 ounces (227g) cream cheese - suhu bilik
1/2 tsp vanila esen
1/2 cup (60 g) confectioners icing / gula icing
2/3 cup (160 ml) cold heavy whipping cream



saya selalu pakai whipping cream ni je.. sedap..


Cara-cara


Dalam mangkuk pengadun, pukul krim cheese sehingga lembut. Tambahkan esen vanila dan gula icing sedikit demi sedikit, dan pukul lagi sehingga krim menajdi lembut. Kemudian, tambahkan whipping cream, dan putar lagi sehingga mencapai ketebalan yang sesuai untuk dijadikan topping nanti.

*tambahkan gula atau cream cheese untuk mendapatkan ketepatan rasa yang betul dan sedap.

Selasa, 6 Mei 2014

April yang sibuk..

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua.. Apa khabar? Harap semua sihat2 belaka la ye.. Hari ni saya baru berkesempatan nak mengupdate blog, itupun sebab henpon Samsung S2 saya problem.. Ape kena mengena dgn S2? Ye la, kalau henpon tu x hidup, bisnes pun tergendala buat sementara waktu. Sebab selalunya Cust akan buat order melalui wassup/wechat.. So, skrg ni rilek-maklek la jwpnye.. Tp, it's ok.. Sementara nak dapat henset baru, bleh la berehat sekejap. Skrg pun, usia kandungan saya dah masuk 6 bulan lbh.. Jadi, kena la berehat sekejap.. tercungap2 bila membaking..hee..

Semenjak saya pregnant ni, Alhamdulillah, rezeki mencurah2.. Tempahan dari cust memang banyak.. Penat, tapi seronok.. hehe.. Rezeki anak2 la tu.. Lebih2 lagi bulan April yang lepas. Jom kita tengok throw back baking-membaking yg sy dh buat..




Bermula awal bulan April, saya ade buat pakej untuk kek coklat moist sy ni.. Ada 2 pakej, iaitu Pakej beginner - 20 box & Pakej luar biasa - 40 box.
ok, mcm ni, Pakej2 ni sebenarnya untuk sesiapa yang berminat nak jadi agen/pengedar kek coklat moist saya. Harga biasa untuk 1 box ialah Rm 5, tapi bila cust amek pakej 20 box, saya akan beri harga Rm 3.50/box, & untuk 40 box, Rm 3.00/box. Alhamdulillah, sambutan yg cust bg memang awesome! Tak banyak pun, tapi boleh la.. sebab saya seorg diri saje yang membuatnye.. tiada asisstant.. Hampir 200 box yang saya dah jual.. Alhamdulillah.. syukuurr..




Yang ni pulak kek cheese leleh dengan tsnow cheese yang org dok tergila2 sangat tu. Saya perbaharui skit, dengan meng-marble kan nye.. haa.. sebut betul2, "meng-marblekannye" hamek kau, ayat ape plak la aku pakai ni..haha.. Tapi kek cheese leleh ni agak penat jugak nak membuatnye.. Jadi, saya terpaksa limitkan jumlah box yang saya buat.. 





Yang ni pulak 1.5kg kek span coklat dengan cream cheese frosting.
Haha.. kelakar pun ade.. nasib baik yang order ni anak sdara..hihihi..






Yang kat bawah ni pulak kek span coklat & kek span strawberry with snow cheese, coating with cream cheese.. Cust berlainan yang order.. 





Ok la, sampai disini saja pertemuan kita kali ini.. cewaahh.. Ini la sebab2 kenapa saya bz memanjang.. Saya seorang diri saje membaking ni.. huhu.. tak menang tgn. Bila xde order, saya akan jadi suri rumah sepenuh masa.. Tak duduk diam.. nak melayan kerenah anak2 dara saya yang 3 org tu lagi.. Jadual harian memang padat. Ok la, next post, saya nak tunjuk sesuatu yang baru.. Jeng, jeng, jeng.. Ahakss.. Assalam..