Rabu, 9 Julai 2014

Biskut Raya yang saya suka tengok... dan Ngap! Hee..

    Assalamualaikum & salam sejahtera semua kawan2 yang tersayang.. Apa khabar? Macam mn puasa? Kalau hakak2 puasa, mestilah ada yang tak ckup kan..tp Kalau abang2 yang tak cukup puasa, x tau la nak cakap apa.. heee..

    Rasanya dah beberapa minggu jugak la saya tak post benda baru kat blog ni.. Mana taknye, saya sibuk buat tempahan biskut raya utk tahun ni.. Tak banyak, tapi Alhamdulillah, buat yang termampu saja.. Saya buat biskut donat, crunchy almond, cornflakes madu, kuih siput, popia horlick & popia inti udang kering.. Simple jek.. ye la, sambil2 menunggu masa nak bersalin..

    Resepi biskut raya yang saya nak kongsi ni dh cukup famous dr thn lps lg.. Tp tahun ni br berkesempatan nak membuatnye.. Biskut Lidah Kucing@Rainbow.. memang colourfull, cantik, rangup & sedap.


Ni la dia loyang biskut lidah kucing.. yang saiz atas tu kecik 32 isian saje.. saya beli di Bake well larkin.. org johor mesti tau kedai bakery ni kat mn.. saya beli dengan harga rm 25.. mahal skit.. Loyang yang kat bawah tu pulak saya beli di Kuala Lumpur, di Bake with Yen, dengan harga rm 14, 40 isian.. murah kan..hehe.. Akak saya rajin beli barang kat situ, sy tumpang sekaki..hee..

Meh kita sama2 tengok resepi Biskut Lidah Kucing ye..



Biskut Lidah Kucing

Sumber : Fb page Buku Resepi

Bahan-bahan

250gm mentega
175gm gula castor
100 ml putih telur
200gm tepung gandum
1/4 sudu emplex
Pewarna merah, oren, kuning, hijau, biru, ungu




Cara-cara

Ayak tepung jagung, tepung gandum, dan emplex, ketepikan

Dalam mangkuk mixer, pukul mentega dan gula hingga berkrim

Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati

Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hingga rata

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian

adunan yang dah dibahagikan diwarnakan mengikut warna pelangi

Letakkan pewarna untuk setiap bahagian

Masukkan dalam plastik / piping bag


Adunan yang dimasukkan dalam plastik / piping bag

Potong hujung muncung bag plastik

Paipkan atas loyang lidah kucing mengikut warna pelangi

Selepas dipaipkan atas loyang lidah kucing

Bakar dalam oven pada suhu 150c selama 15-20min (saya bakar suhu 130 selama 15 min.. bergantung pada kepanasan oven masing2)

Jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah

Ni la dia rupanya lepas dikeluarkan dari oven..


Biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara (saya biar suam2 kuku, lepas tu terus susun dalam box yang saya beli, dah sejuk saya terus tutup.. sebab biskut ni kalau kita susun kemas2 dlm balang, biskut ni sempat lemau..kurang rangup dah..)


Ini la Hasilnyeee... ada 55 pcs dlm 1 box ni.. saya jual murah jek.. rm 18/box.. :)

Selamat Mencuba semua..





















Tiada ulasan:

Catat Ulasan