Assalamualaikum dan selamat tengah hari.. Kali ni saya nak kongsi resepi cream puff pulak. Tapi tak ade gmbr step by step, sbb tak sempat nak ambil gmbr sambil buat keje. Nak buat cream puff ni kena laju sokmo. Kang tak pasal2 berketul2 adunan yang dimasak tu. Saya nak ucapkan selamat berjaya pada kawan2 yang nak cuba buat cream puff ni ye..
CREAM PUFF
BY: HIDAYU ABDULLAH
Bahan-bahan Pastry (Anggaran 20 biji saiz kecil)
1 cawan Air
75 g butter
1 cawan tepung (ayak 3x untuk hasil yang baik)
1/3 sudu kecil garam (campur dengan tepung dan ayak sekali)
3 biji telur
Bahan- Bahan Custard filling
20 ml susu segar
1 biji telur
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
Cara2 memasak Choux Pastry
1. Cairkan butter dan air dalam periuk. Pastikan butter cair keseluruhannya dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan tepung, kacau laju2 sampai adunan sebati sehingga jadi doh. Masak lagi dlm masa 3 minit dengan api sederhana. Tutup Api.
2. Keluarkan doh dan sejukkan. Bila dah sejuk, masukkan telur satu persatu, dan pukul sehingga sebati.
3. Bila dah sebati, dah lembut adunan tu, masukkan dalam piping bag, picit adunan atas dulang yang dh dilapik dengan baking paper sampai habis. (saya pakai nozel corak swirl). Sebelum masukkan dalam oven, spray permukaan doh tu dengan air. Renjis2 pun boleh.
4. Saya Panaskan oven selama 15 min dengan suhu 180dc, lps 15 min, kalau rasa panas sangat turunkan ke 170dc. (Dalam resepi ni suhu asal 220dc, panas sgt ni.. bkn stakat hangit, rentung puff ni kang. Ikut la suhu kepanasan oven masing2, sbb panas oven kita lain2. Tp seeloknya cuba dulu dengan suhu yang saya bagi tadi). Bakar sampai keperang-perangan.
5. Bila dah sejuk, belah dua puff tu, Isikan dengan custard filling yang kita dah buat lebih awal tadi.
Cara Buat Custard Filling
1. Campurkan tepung jagung, tepung gandum, gula dan 2-3 sudu besar susu segar. Dengan menggunakan api perlahan, Kacau laju- laju jangan sampai ada yang berketul.
2. Kemudian, Masukkan telur, kacau lagi sampai sebati, dan masukkan baki susu.
3. Sentiasa kacau dengan api perlahan hingga jadi pekat. Tutup api, masukkan butter, kacau sebati, Siap!.
Selamat Mencuba..
Senang nk buat sebnarnya..cantik tak cantik..sedap tak sedap je soalnya..hehe
BalasPadamNur zayyani ni mesti dh biasa buat. Boleh kongsi tips skit tak mcm mn nk cantikkan n kasi sedap lg. Sbb kdg2 sy buat ade yg leper n ade yg kembang cantik je kejadiannye..padahal adunan yg sama.. Klu boleh kongsi tips,mgkn boleh mmbntu kawan2 yg lain.. :)
BalasPadam