Isnin, 22 Jun 2015





KEK COKLAT LEMBAP KARAMEL
-----------------------

Resepi asal puding karamel : Yana Shaiful
Resepi asal kek coklat lembap : Chef Zubaidah
(saya combine kan resepi2 ni)



Sendiri paham la ye.. ;P


Step 1
------
Bahan2 untuk karamel
2 sb gula pasir


Cara :
1. Panaskan pengukus. Sambil2 tu kita buat karamel n puding k.

2. Taburkan gula pasir dlm loyang, buka api kecil, panaskan sampai warnanya kuning keemasan. Dah siap, tutup api, letak tepi biar sejuk dan mengeras. Jgn smpai hangit,nanti pahit. Paham ke paham? Jom buat puding pulak.

Step 2
-------
Bahan2 puding
1 cawan susu pekat manis
1 cawan susu cair (saya pakai susu dutchlady full cream)
5 biji telur (3 biji telur ambil kuning saje ye)
1 tsp vanila esen

Cara:
1. Kacau semua smpai sebati.
2. Ambil loyang karamel tadi, (pastikan karamel tu dh keras ye, klu tak,nanti bercampur dengan adunan puding)
3. Kukus dlm 20-25min (sy kukus 20min)

Step 3
-------
Bahan2 kek coklat lembap

Bahan2 (A)
*100g serbuk coklat (sy pakai 80g saje. Nak pakai 70g pun boleh)
*250g susu pekat manis
*200g minyak makan (sy pakai 180g saje)
*250g susu full cream
Masak semua bahan * kat atas ni sampai berkilat dengan api kecil. Siap, letak tepi k.

Bahan2 (B)
4 biji telur (sy pakai gred B)
*150g Tepung gandum
*1 tsp baking powder
*1 tsp baking soda
250g gula castor
(ayak bahan kering bertanda *)

Cara:
1. Pukul telur smpai berbuih (saya pukul smpai kembang n pekat skit).
2. Masukkan gula castor, pukul lagi smpai kembang n likat.
3. Masukkan bahan (A) yg kita masak dalam adunan telur yg kita pukul tadi. Kemudian, pukul smpai sebati.
4. Masukkan tepung (yg dh diayak) sedikit demi sedikit.
5. Akhir sekali, masukkan adunan kek coklat lembap ni dlm loyang puding karamel sikit2, (kalau tuang terus takut karamel tu berlubang/pecah).
5. Kukus selama 45min.

Tips - bila dah masak, tggu sejuk sekejap baru bleh terbalikkan dlm bekas hidang. Kalau pns, takut puding tu pecah.


Selamat mencuba.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan