Isnin, 31 Ogos 2015

MUU (MEE UDANG UTARA)

SUMBER GAMBAR : MAMY MUM@FB;JBHFD. (Makcik tudung pink tu sempat bg note Rm5 kat anak saya sblm balik. Terima Kasih makcik Sanglang.. tak sempat tanye nama, pggl makcik sanglang sbb makcik tu ckp dari sanglang, kedah. hee,)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pertama sekali saya nak ucap Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-58 kepada semua Rakyat Malaysia. Hari ni kebanyakan keluarga bawak anak2 jalan2 kan? Mesti seronok.. Saya dduk rumah jek sbb nak share something yang best.. Bukan nak share resepi ye.. Nak share makanan yang tengah HOT, SPICY, MALATOP, KABABOM kat taman molek, johor bahru.


Pada 29/8, baru2 ni, saya ade bawak family makan kat MUU (MEE UDANG UTARA). Ni kira 1st Time la makan kat situ. Ye la, mana tahan kan org lain asyik ckp psl MUU dgn post gmbr sana sini. Terliur Beb.. Udang pun boleh tahan besar tau. Harga pun masih ditahap mampu milik hoccay.. Kalau tanye dr segi rasa plak, semua org ade citarasa masing2 kan.


depan skali my mom, blkg pakcik n makcik ku. saya? saya  kan photographher.. ngee..




Sorry ek, kualiti gmbr menyakitkan mata. tak banyak pic sbb dh larut malam.kikiki..


Bagi saya, x tau nak ckp la.. yg saya tau, habis satu magkuk, dengan kuah2 skali saya habiskan walaupun kuah tu pedas berapi kau tauuuuu.. Pedas2 manis gitu Dengan udang besor, huuuuhhh.. mantap! Bg yg tak suka pedas, n x kena citarasa x bleh ckp ape la. Tapi jgn risau, kat situ bukan stakat ade MUU jek, ade Roti John, burger, nasi ayam, rojak buah kuah petis, ade Durian crepe bntuk kon, ade kacang pool n beberapa jenis makanan lain lagi. Jadi, ibuk2, mbah2, bapak2, kakak2, abg2 yg bawak anak cucu tu, tak lah kelaparan sepanjang ibuk2 n bapak2 mkn kat situ.


Sumber pic : Fb MUU. 
(muu, durian crepe kon, & rojak buah kuah petis Nor Fara Aien Elias. 
Masa dtg x sempat nk merasa durian crepe n rojak. huhuhu)





Fb MUU



Sejak dua menjak tiga menjak ni dah semakin ramai yang  tau kewujudan MUU kat situ, jadi harap bersabar lah menunggu giliran. Diorg pu dah sedaya upaya serve yg terbaik utk pelanggan2 semua. Sape2 yang rase2 nak mencuba, boleh lah search map atau waze Public Bank Taman molek, Jb. Peniaga2 tu semua meniaga btul2 dpn public bank.






LOKASI:
DIHADAPAN PUBLIC BANK TMN MOLEK, JOHOR BAHRU

WAKTU PERNIAGAAN:
6.30 PTG - 11.30 MLM

WAKTU CUTI TAK TETAP LAGI. 

PRICE:
RM5 BIASA
RM8 LUAR BIASA (UDANG LEBIH)

*Cepat2 bawak family kesini. Tak rugi pun mencuba MUU ni.. InshaaAllah sedap.





3 ulasan:

  1. Sudah pekena Mee Udang ni..memang sedap dan terangkat...owner dia pun peramah dan mesra

    BalasPadam
  2. Sudah pekena Mee Udang ni..memang sedap dan terangkat...owner dia pun peramah dan mesra

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. Boleh la Tuan promote pd kwn2 yg lain. Sama2 kita bantu tingkatkan perniagaan usahawan melayu.

      Padam