Khamis, 22 Disember 2016

Popia SeaWeed Krup Krappp..


Assalamualaikum.. Hari ni nak cerita pasal salah satu jualan hari raya 2016. Aku jual Popia Seaweed. Yang bestnye benda ni boleh pos. Tak risau hancur. Hahaha.. Mana tau kan ade yang nak cuba buat n jual benda ni. So, hakak nak share skit mcm mn buatnye. Tapi gmbr tu, paham2 jek la. Kalau dah terkejar2 dengan banyak benda nak buat, memang takdenye nak amek gmbr kan. Seaweed tu plak, aku beli kat kedai bakeri. Agak murah,x sampai rm 5/ packet. Kalau beli kat pasar raya antara rm9-13 pun ade. Ade macam2 perisa. Yang kat pasar raya ni lebih sedap.Tapi mahal.Kalau utk jual, pakai yang mahal, so,harga pun kena up mahal jgk. Customer ni paham2 jek la ek, nak murah saje. So, kita bg la yang murah. Jom tengok mana gambar yang ade hokkay.. 




Popia Seaweed

Bahan-Bahan

Popia Packet. Tak kisah besar ke kecik. Tapi aku pakai popia saiz besar.
Seaweed.
Telur skit utk buat gam popia.




1. Seaweed tu kita gunting2 memanjang. Pastu letak 1 popia atas dulang ke,papan ke, ape2 je la kan, pastu sapu telur kat popia tu. 
2. Amek Seaweed yang kita dah gunting memanjang tu, tampal atas popia. Tengok gmbr kt bawah tu mcm mn hasilnye. 
3. Lepas tu,sapu telur atas permukaan popia dengan seaweed yang dah tampal tadi. Amek satu lagi keping popia, tampalkan atas nya. Jadi, Seaweed tu ade kat tengah2 antara kulit popia.




Nampak gambar ni? Ni proses melapis dan menampal dah selesai. 





Step yang seterusnya, Gunting kan secara memanjang.




Pastu gunting lagi secara segi empat tepat. Tengok gambar kat bawah.




Ok, Jelas? Tak jelas pandai2 korang la. Letih aku. :p





Ni lepas goreng. Masa goreng tak amek, tak menang tangan. Kang tak pasal2 jadi henpon goreng kannn.. 
Ok dah, nanti raya boleh cuba buat. Tak lama dah nak raya ni. May 2017 puasa, Jun 2017 raya. Ko rase? Tak terasa weeiii.. Masa skang ni macam pejam celik mata jek. Ok la, bye.. Wassalam.

Ahad, 18 Disember 2016

Crsipy Crab


Assalamualaikum.. Petang ni nak share benda sedap. Kudap2an rangup. Dah lama simpan, baru hari ni sempat nak tunjuk tau. Benda ni, x tau nk ckp mcm mn..Perghhhh.. memang sedap. Tak percaya? Try la buat sendiri eh. Tak boleh nak menaip panjang2, Lapar tgk gmbr ni.. Boleh berhuhuhu jek ni. 



Crispy Crab Simple by Khamsiyah Mansur



Bahan
1 pack kecik isi ketak (ade 16 stick yang pendek2)
Daun kari (dalam 5 helai)

Cara

Leraikan satu persatu isi ketam tu. Masukkan dalam satu mangkuk. Gunting2kan daun kari. (Nak campak daun kari masa goreng pun boleh jek).
Panaskan minyak, api sederhana. Masukkan isi ketam sikit2 sambil kacau, biar tak bergumpal. Dah nampak kekuningan,angkat.
Toskan sekejap, dah sejuk skit masuk dalam balang. Sedap makan sambil tengok tv. 
*Tak payah perisa apa2 sebab crab tu dh ade rase.




Ha, tengok budak2 ni makan. berebut tau. See my leg la beb. :p



Jumaat, 9 Disember 2016

Keria Viral


Assalamualaikum & salam sejahtera. Belakangan ni heboh betul pasal keria antarabangsa kan. Ha, aku pun tak nak lepaskan peluang nak try jugak kan. Tp masalahnye, kat kedai takde keledek putih. Ah, bedal je la. Kuning pun, kuning la. Resepinya pulak, dapat dari Azlina ina cikgu gemokning tu la.. hahaha. Tapi ade la yang aku ubah skit. Bukan ubah sebab berlagak terer. Tapi sebab kat dapur ade itu je bahannye. hahaha..






tengok tu, terjlat-jilat budak2 ni makan kuih keria tu.
jom tengok bahan2 dan cara buat. Kalau tak paham jugak mcm mn nk buat, tak tau la nk ckp mcm mana. Penat aku tangkap gambar banyak2. Dah jom, malas nak bebel, mcm mak lampir.


Keria Antarabangsa

Sumber : Azlina Ina 

Bahan2 donat ubi  
Ubi keledek putih 500g

Bahan kering ni campur semua
1 1/4 (135g) cawan tepung gandum 
1 Sudu bedar tepung beras
1 ssudu kecil gula halus
1 sudu kecil baking powder double action @ 2 sdk baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat (aku sendiri yg tmbah)

Bahan2 gula
150g gula melaka (aku boh 77g, itu pun dh manis weii)
1 sudu besar Gula psir (aku pakai gula perang)
1/4 air masak (60ml)



Cara2 rujuk gambar


500g Ubi Keledek. Takde putih, ko bedal jek la warna ape pun. Ko jugak yg nak makan kan.Hahaha




Pastu Ikut suka ko la nak potong dadu ke, bulat ke,segitiga ke kan. Dah potong2, masuk dlm periuk, rebus smpai empuk. Check pakai garpu, cucuk keledek tu.kalau dh lembut, dah masak la tu.




Dah rebus, ko lenyek-lenyekkan ubi ko mcm ni. Ok, settle bab rebus ubi.




Ni tepung yang dah campur bahan2 kering. Gula, soda bikarbonat, serbuk baking, tepung beras. Gaul semua. Ni nanti nak masuk dalam ubi lenyek tadi.




Ni proses nak buat doh hokkey. masukkan tepung dalam ubi lenyek, uli2 sampai sebati. Tinggalkan skit tepung. Jangan tanya aku knp kena tinggalkan skit tepung sebab aku ikut resepi je. Hahaha..mampuih kalau dapat cikgu macam ni kan. Hahahaha.. Pastu masukkan baki tepung yg lagi skit tu. Uli sebati lagi. ok siap.




Ni la hasil doh yang dah campur dengan tepung tadi.





Kita canaikan dia, kasi tebal skit ok. Aku buat bite size, memang comel jek. Sebab nak bg anak2 makan. Budak2 kan suka benda yang comel.





Ni la hasilnya. Kalau pakai acuan yang kecik2, dapat la dalam 50 biji. Macam banyak jek kan. Aku bagi jiran skit dalam 20 biji, lebih tu anak2 makan habis semua.





Goreng sampai keemasan ok. Ko tak payah la letak banyak2 minyak masak tu. Nak jimat kan. 1 botol jek boleh dah brapa kan. 





Ni la hasil lepas goreng keemasan tadi. Tengok tu, comel jek kan saiz tu. 
Ok, siap bab donat.




Ni plak bahan gula.



Campurkan air dgn gula




Masak sampai naik buih, dan kental/betul2 pekat.





masukkan donat ubi tadi, gaul rata, jangan kacau kerap sangat.




Nampak tak, air gula tu dah nak kering. Kacau lagi, biar smpai gula betul2 kering. Pastu dah yakin gula dh kering, tutup api, kacau sampai naik gula bersalji. Ala yang macam serdak2 gula tu la. Dah siap, angkat, bg jiran2 korang rase. Kalau x sedap, jgn ckp ko tgk dr blog aku. kikikiki..

Selamat Mencuba.