Khamis, 22 Disember 2016

Popia SeaWeed Krup Krappp..


Assalamualaikum.. Hari ni nak cerita pasal salah satu jualan hari raya 2016. Aku jual Popia Seaweed. Yang bestnye benda ni boleh pos. Tak risau hancur. Hahaha.. Mana tau kan ade yang nak cuba buat n jual benda ni. So, hakak nak share skit mcm mn buatnye. Tapi gmbr tu, paham2 jek la. Kalau dah terkejar2 dengan banyak benda nak buat, memang takdenye nak amek gmbr kan. Seaweed tu plak, aku beli kat kedai bakeri. Agak murah,x sampai rm 5/ packet. Kalau beli kat pasar raya antara rm9-13 pun ade. Ade macam2 perisa. Yang kat pasar raya ni lebih sedap.Tapi mahal.Kalau utk jual, pakai yang mahal, so,harga pun kena up mahal jgk. Customer ni paham2 jek la ek, nak murah saje. So, kita bg la yang murah. Jom tengok mana gambar yang ade hokkay.. 




Popia Seaweed

Bahan-Bahan

Popia Packet. Tak kisah besar ke kecik. Tapi aku pakai popia saiz besar.
Seaweed.
Telur skit utk buat gam popia.




1. Seaweed tu kita gunting2 memanjang. Pastu letak 1 popia atas dulang ke,papan ke, ape2 je la kan, pastu sapu telur kat popia tu. 
2. Amek Seaweed yang kita dah gunting memanjang tu, tampal atas popia. Tengok gmbr kt bawah tu mcm mn hasilnye. 
3. Lepas tu,sapu telur atas permukaan popia dengan seaweed yang dah tampal tadi. Amek satu lagi keping popia, tampalkan atas nya. Jadi, Seaweed tu ade kat tengah2 antara kulit popia.




Nampak gambar ni? Ni proses melapis dan menampal dah selesai. 





Step yang seterusnya, Gunting kan secara memanjang.




Pastu gunting lagi secara segi empat tepat. Tengok gambar kat bawah.




Ok, Jelas? Tak jelas pandai2 korang la. Letih aku. :p





Ni lepas goreng. Masa goreng tak amek, tak menang tangan. Kang tak pasal2 jadi henpon goreng kannn.. 
Ok dah, nanti raya boleh cuba buat. Tak lama dah nak raya ni. May 2017 puasa, Jun 2017 raya. Ko rase? Tak terasa weeiii.. Masa skang ni macam pejam celik mata jek. Ok la, bye.. Wassalam.

5 ulasan:

  1. kat mana nak beli seaweed tu ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy tgh mencari seaweed...kt mna ye ade jual area kota bharu

      Padam
    2. Dipasar raya ada jual. Tapi kalau utk makan sendiri la. Sebab harga seaweed mahal. Kalau utk jual, ada jual dikedai jual bahan2 kek.Yang ini murah, tapi tak berperisa. Kalau yang dipasar raya, ada perisa bbq,pedas manis.

      Padam
  2. Kalau sekilo berapa harga? Ada Jual tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau sekilo boleh cecah ratus ringgit. Sebab biasa org jual 1 balang pun ada yang rm15, ada yg rm25.

      Padam