Khamis, 10 Jun 2021



Mee rebus simple 
Sukatan agak-agak by Kham

Bahan blender
Udang kering
Cili kering (dah rebus)
Bawang besar
Bawang putih
Halia

Bahan lain
Potongan kecil ayam (saya tambah sendiri)
Mee kuning (celurkan dalam air panas)

Bahan Pekatkan kuah
Uni Keledek putih (rebus dan lenyek)
Tepung jagung secukupnya (bancuh dengan air)

Bahan kriuk-kriuk (macam keropok rangup tu)
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
Udang kering secukupnya
Garam secubit
Kunyit secukupnya (bagi ada warna)
Air secukupnya
( Gaulkan semua, buat titik dalam minyak panas. Jangan hangit. Letih buat ni. 😅)

Bahan tambahan/hiasan
Fishball
Cili hiris
Bawang goreng
Telur rebus
(Ikut selera masing-masing)
Limau kasturi/limau sambal/apa-apa limau korang suka.

Cara masak kuah
2) Tumis semua bahan blender sampai naik bau. Masukkan potongan kecil ayam. Tambahkan air secukupnya. Biar mendidih sampai ayam masak.

2) Masukkan ubi keledek lenyek dan masukkan bancuhan tepung jagung. Perlahankan api, masak sampai kuah pekat. Masukkan perasa secukupnya. 

3) Ambil mangkuk dan isikan mee secukupnya. Masukkan bahan hiasan fishball, kriuk-kriuk dan sebagainya. Tuangkan kuah, siap untuk dimakan.

* Licinn.. semua suka..🥰

~ selamat mencuba ~


2 ulasan: