Jumaat, 25 Jun 2021

Idea Jualan kecilan






Terdetik dihati ini untuk berkongsi sesuatu didalam blog yang sangat saya sayang ini. Bak kata pepatah, “sayang bini, tinggal-tinggalkan”. Berpegang pada kata pepatah itu lah saya “tinggal-tinggalkan” blog ini. Hihihi.. 


Berbalik semula pada niat asal, sebenarnya kali ini saya hendak kongsikan kepada semua yang singgah diblog saya ini tentang sesuatu yang boleh dijadikan idea untuk hasilkan ‘sesuatu’ yang boleh dijadikan sebagai pendapatan sampingan.


Tak kira lah, makanan, kraftangan, barangan jahitan dan banyak lagi produk yang kita boleh hasilkan melalui carian di google.


Kali ini saya nak tunjukkan cara saya hasilkan pembungkusan produk TEPUNG DONAT SEGERA menggunakan bungkusan atau plastik yang mudah dibeli dari kedai berhampiran. 



Peralatan yang saya ada, hasil dari beli sedikit-sedikit dan saya kumpulkan sampai lengkap. Saya tak beli sekali ‘harung’ ya, modal besar. Jadi, dengan kesabaran yang tinggi, kumpul sikit-sikit. Kalau mampu, beli lah sekali harung. Haaa, botak kepala laki kau nyah.. kih kih kih..

Sealer

Pembungkus makanan


Ini pula ialah peralatan dan barang yang perlu ada iaitu sealer (dulu mak-mak pakai lilin, lalukan tepi api, dan tekan-tekan), plastik bungkusan makanan berwarna silver (yang ini saya beli dishopee Q-Pack), plastik bungkusan jernih, printer dan kertas A-4)

Dengan Berbekalkan sedikit ilmu edit poster, maka terhasillah seperti didalam gambar. Ilmu ini saya dapat dari group produk yang sudah lama saya join iaitu Annona. Nak tau barang apa, google ja, mesti jumpa.







Apa yang terhasil sebenarnya hasil ‘pelaburan’ mengikuti kelas PJJ secara dalam talian, melalui you tube dan bermacam sumber lagi. Perlu paksa diri untuk jadi kreatif tau. Tak pandai tak apa, yang penting ada usaha.


Antara perkara yang saya perlu fikirkan sebelum terhasilnya produk Tepung Donat Segera ini ialah, 

1. produk apa? - adakah makanan / rempah / dll

2. jangka hayat - supaya boleh dipos ditempat yang jauh tanpa perlu risau produk rosak.

3. Bahan-bahan - adakah mudah untuk didapati dari kedai berhampiran?

4. Pembungkusan - plastik makanan berwarna silver (ini lebih sesuai untuk bungkus makanan seperti rempah, tapi saya tak kisah sebab nampak mewah. Hihihi)

5. Peralatan lain - printer, sealer, kertas dan sebagainya.


Langkah seterusnya, apabila saya sudah kenal pasti produk pilihan saya, terus saya cari bahan-bahan, dan bungkuskan. Kemudian saya edit poster produk dan cara dari A-Z menggunakan produk tersebut. 










Kalau perasan, gambar saya printkan hanya hitam putih sahaja. Gunakan apa yang kita ada sebaiknya. Hasil keuntungan nanti, boleh naik taraf yang lebih baik ok. 


Kalau dilihat, mungkin bagi kalian semua produk yang saya hasilkan ini sekadar tepung, tapi apa yang kalian dapat pasti buat kalian rasa “Wow!” 


Sebab, niat utama saya bukan sekadar nak untung tapi juga nak memudahkan pembeli untuk hasilkan donat dengan cepat, segera, mudah, sedap dan paling penting menjadi dengan gebu walaupun hanya diuli menggunakan tangan.


Selepas uli, terus timbang dan bulatkan 

Selepas bulatkan, rehatkan 15minit

Selepas rehatkan 15minit, leperkan sedikit dan lubangkan. Kalau bak kemas lagi, boleh guna acuan donat untuk bulatkan donat. Saya tak guna apa-apa alat. Semua manual. Rehatkan lagi sehingga kembang 2x ganda.

Angkat doh guna sudip. Goreng api perlahan. Nak cantik guna periuk atau pan. Goreng sehingga kekuningan baru pusingkan. Baru lah nampak ring. Hihi


Alhamdulillah, walaupun lengan jadi sado sebab uli guna tangan ja, donat masih juga menjadi dengan jayanya. Yeahhh..



Dalam 1 bungkusan ada 7 bahan rahasia dan tambahan 1 bahan yang pastinya takkan rugi untuk beli Tepung Donat Segera saya ini. Percuma gula aising 20gram setiap 1 bungkus belian. Hanya tuangkan kesemuanya dan kalian tambahkan air , kuning telur dan marjerin/mentega sahaja. Uli-uli, siap!


Ini antara feedback pengguna tepung donat yang saya jual.








Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Terima kasih pada yang sudi membaca karangan panjang saya ini. Semoga kalian semua yang terkesan dengan pandemik covid-19, segera berbuat sesuatu untuk meningkatkan kewangan kita. Bersedih, mengeluh dengan kesempitan hidup takkan merubah apa-apa. Mulakannya sekarang! 



My shopee: Shop_TeratakJernih

2 ulasan:

  1. Salam sis..bleh tak sis whatsapp sya..sya nak tnya sesuatu..urgent..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.. Sis boleh email saya di khamsiyah85@gmail.com

      Padam