Bila ada sesuatu perasaan dihati ni, sebagai Ibu, saya rasa terpanggil untuk berkongsi.
Itu lah ekspresi selepas diganggu disekolah yang juga merupakan rakan sekelas.
Di rumah, hampir 4 jam juga baru mood dia baik semula. Baru boleh bergurau dan ketawa sesama kami. Itupun selepas dibawa keluar ke kedai makan (ada urusan) dan ditenangkan dengan kata-kata yang membina. Disekolah saya tak tahu berapa lama dia menahan rasa dan amarah.
Punca masalah?
Disindir kerana;
1. Gambar profil yang digunakan untuk email moe sekolah adalah gambar busana silat lengkap bertanjak. (semua email anak, saya yang update gambar sebenarnya)
2. Tidak join kawan lain keluar ke shopping complex dan kawasan riadah bila di ajak. Dalam erti kata lain, (perlu persetujuan ayah) tak bebas kemana-mana seperti mereka .
3. Di label anak manja sebab mengadu pada ayah bila ada yang ganggu/buli.
4. Cemburu dengan pencapaian aktiviti yang diikuti di sekolah.
5. Tidak puas hati selepas cikgu dapat tahu perbuatan menyalahi peraturan sekolah. ( walaupun bukan kak long yang lapor)
Semua sindiran yang dihadap ini dalam satu masa.
Dari pandangan ibu bapa sekalian, apa perasaan anda bila nampak anak menangis semasa dijemput dari pagar sekolah?
Ya, depan penyindir, dia tunjuk dia kuat, tak menangis pun, dan dia kata, dia juga melawan,(jerit "apa masalah kau, aku tak kacau kau pun"). Dia tunjuk kuat sampai tamat sesi belajar. Tapi, bila balik sekolah, masuk sahaja dalam kereta.. Kita ni lah yang tersentuh hati tengok air mata dia meleleh.
Mungkin ada yang cakap, "alah, kena usik sikit pun dah lebih-lebih. Mengadu kat mak bapak. Manja sangat".
Ya, memang kami manjakan anak. Bukan dia seorang, semua anak. Manja dengan cara kami.
"Korang semua dengar eh apa aku nak cakap, mak hazirah, mak **** (kawan yang lapor pada cikgu) pun dengar eh, perangai kita memang macam ni, gurau-gurau kasar, bahan koyak.. "
Disebabkan waktu itu saya ada disebelah, dan mendengar apa yang dibualkan, saya tanya dengan baik, "anak acik ada ganggu kamu semua ke dalam kelas? "
Jawapannya, "tak ada. Kami memang gurau kasar, 'bahan' 'koyak', hazirah je yang terasa".
Kesimpulan dari situ apa?
Memang sengaja 'cari pasal' dengan rakan yang lain.
Lepas penjelasan itu, saya minta anak tutup perbualan. Masa perbualan, saya ada dengar ibu kepada rakan yang lapor pada cikgu bercakap dengan nada marah kepada budak-budak itu kerana ganggu anaknya juga.
'Gurau kasar', 'bahan koyak'. Agak terkejut, sepatutnya, kata-kata itu belum pantas dituturkan bagi budak diumur 12 menuju 13. (Tak pasti kalau orang lain rasa itu biasa.)
Mungkin nampak lucu kan, masalah budak pun nak ambil peduli. Biarlah budak-budak itu selesaikan sendiri kan?
Bukan masalah lucu, bukan masalah nak ambil hati. Sebagai ibu bapa, wajib lindung dan bertindak balas jika anak dalam keadaan sebegitu. Perlu 'tunjuk' bahawa, budak yang dibuli itu, ibu bapanya ambil kisah. Bukan boleh 'saje-saje' digurau kasarkan sehingga mengganggu emosi anak.
Kami didik anak-anak dari kecil lagi, supaya jangan jadi PEMBULI dan jangan jadi MANGSA BULI. Kami 'beri' anak-anak apa yang patut dengan harapan, dapat elakkan anak-anak dari masalah sosial/disiplin diluar rumah sehingga mengganggu oran lain.
Kepada ibu bapa sekalian, 'tengok-tengok' lah anak masing-masing. Nasihati mereka bahawa, ganggu/kacau orang itu sama lah seperti MEMBULI. Bendung lah dari awal.
Walaupun ia bukan gangguan dari segi fizikal, tetapi ia mengganggu dari segi psikologi, mental dan emosi mangsa yang diganggu. Jika dibiarkan, lama kelamaan perasaan seronok itu akan melarat sehingga berlakunya buli fizikal.
Selalu lah juga 'check' anak masing-masing sama ada dia ada masalah diganggu (buli) rakan disekolah/diluar rumah. Perasaan tertekan bukan sahaja mengganggu emosi anak, tetapi juga boleh mendorong kepada perbuatan diluar batasan (b*nu* d*ri).
Kami sendiri sentiasa pesan pada anak-anak kami (terutama kak long yang akan masuk peringkat menengah), "Ingat, ini baru 'sikit'. Akan datang, semakin luas pergaulan, akan nampak dan hadap berbagai ragam dan perangai manusia. Kena kuatkan hati. Jangan takut kalau dibuli, dan jangan takut untuk bercerita jika dibuli. Ibu dengan ayah sentiasa mendengar jika ada apa-apa masalah."
Kami juga tak menghalang anak berkawan dengan siapa sahaja, cuma kami pesan, "nak berkawan dengan siapa je boleh, tapi kalau ada yang tak baik, jangan diikut). Tetapi, jika kawan itu tidak boleh dibuat kawan langsung, tak usah 'terhegeh-hegeh' nak berkawan dengan dia.
Pernah baca atau dengar?
DIDIKAN BERMULA DARI RUMAH. Kami cuba sedaya upaya praktikkan ayat ini disulam dengan kasih sayang dalam rumah kami supaya anak-anak kami tak perlukan 'perhatian' dari orang lain. Saya juga tak mahu menilai atau komen cara dan didikan orang lain pada anak mereka, sebab setiap keluarga berlainan masalah kehidupan yang ditempuh. Fokus pada keluarga sendiri.
Ibu bapa, TOLONG PANTAU tingkah laku anak-anak kita. Dalam diam, tanya lah pada guru atau kawan-kawannya, bagaimana dia diluar rumah.
Kesan awal kelakuan anak-anak yang tidak elok agar tidak berlarutan. Jika tanya kami yang mana lebih penting antara Akademik dan Adab, kami pilih Adab. Jika ada kedua-duanya itu 'bonus' buat ibu bapa.
Hari ini, masuk sahaja kereta, saya tanya "hari ni ok? diorang masih ganggu?" Dia jawap " hari ni ok, diorang tak berani ganggu takut kena report lagi. Takut report kat ayah dengan Cikgu disiplin lagi. Tadi cikgu disiplin jumpa diorang".
Alhamdulillah.. nampak dia lebih ceria hari ini. Itu lah pentingnya anak bercerita. Jangan pandang ringan perkara seperti ini takut kemudian hari jadi 'berat'.
Jika apa yang saya ceritakan ini ada pengajaran yang baik untuk dijadikan contoh, ambillah. Jika ada yang tidak baik, jauhkan dan jadikan iktibar buat semua. Semua ibu bapa nak yang
terbaik
buat anak-anak kan? Begitu juga kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan