Selasa, 28 Ogos 2012

Khamis, 9 Ogos 2012

Substitute for Buttermilk

Hai semua.. hari ni saya nak kongsi resepi utk buat buttermilk. Senang je..Pasni tak payah nak beli dah..buat sendiri. saya pun dah cuba resepi ni untuk wat kek red velvet.. rasanya tetap sama. cubalah ye.. selamat mencuba.



INGREDIENTS
DIRECTION
  1. Combine ingredients and let stand 5 minutes.
  2. After 5 minutes, mix together well and use as buttermilk in any recipe!

Rabu, 8 Ogos 2012

Biskut Cornflakes

Biskut cornflakes ni saya terap ikut design yang saya suka, hiasan lak saya paipkan coklat yg diwarnakan dengan warna pink.


Bahan-bahan


250g mentega
150g gula castor
300g tepung gandum
360g cornfakes * dikisar halus
50g tepung jagung
1 tsp esen vanilla


Bahan Tabur
Manik gula warni-warni


Cara masak

  1. Pukul mentega, esen vanilla dan gula castor sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan emping jagung (cornflakes). uli rata.
  3. Canai dan terap dengan acuan digemari. Tabur dengan manik gula warna-warni di atasnya.
  4. Bolehlah dibakar dengan suhu 180dc selama 15-20 min.
  5. Keluarkan dan bolehlah dihidangkan atau disimpan di dalam bekas kedap udara.

* Sumber ; Majalah Rasa Julai 2012, Edisi Bumper.


Biskut Mama Carey



Bahan A

200g mentega
100g gula castor
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanilla

Bahan B

260g tepung gandum / red rose
50g tepung jagung
50g tepung susu


Aising Hiasan

1 biji putih telur
90g gula icing
1 tbs tepung jagung

Hiasan ;

coklat emulco / manik hiasan * saya pakai coklat putih yang diwarna dengan warna purple.







Rupa biskut selepas dibakar

Cara-cara

  1. pukul mentega & gula hingga berkrim. kemudian, masukkan kuning dan esen vanilla, pukul lagi hingga sebati.
  2. Masukkan kedalam Bahan B & gaul hingga menjadi doh yang lembut. Simpan di dalam peti sejuk selama 15 min.
  3. Canai & terap acuan mengikut bentuk yang anda suka. Susun dalam dulang yang telah di gris.
  4. Bakar biskut setengah masak selama 10 min. Keluarkan, kemudian paipkan dengan aising hiasan.
  5. Bakar semula selama 15min / hingga masak.






Proses meletakkan aising


Cara membuat aising hiasan

  1. Pukul putih telur hingga kembang , masukkan gula icing dan tepung jagung. pukul dengan kelajuan tinggi hingga pekat dan tidak menitik.
  2. masukkan kedalam piping beg dan paipkan ke atas permukaan biskut.
  3. lorekkan dengan coklat / manik hiasan.

* Resepi ni saya main cedok jek kat internet sampai terlupa nk tengok resepi dari mana. hee..ape2 pun terima kasih pada empunya resepi ni. memang sedap!

Ape tunggu lagi? Selamat mencuba..

Selasa, 7 Ogos 2012

Resepi Semperit Bunga Cip Coklat


Bahan-bahan

240 g mentega
120 g gula halus
2 biji kuning telur
150 g tepung jagung
80 g tepung kastard
230 g tepung gandum


Hiasan

Manik gula secukupnya (saya pakai cip coklat)


Cara Memasak

  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati
  2. Masukkan kuning telur dan pukul sebati lagi
  3. Selepas itu masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard yang telah diayak. Uli hingga menjadi doh lembut.
  4. Sapu dulang dengan mentega. masukkan doh dalam acuan bunga dahlia atau bergerigi. Picit doh di atas dulang.
  5. Hiaskan dengan  taburan manik di atasnya. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius selama 15-20 min.

* hati2, jangan sampai hangit.

Selamat Mencuba..

Sumber ; Majalah Rasa, Julai 2012, Edisi Bumper

Semperit bunga cip coklat



Semperit bunga cip coklat ni saya jual Rm 6 / balang kecil