Ahad, 31 Mac 2013
Homemade Vanilla Ice Cream
Sedia untuk Dimakan. Anak-anak dah menunggu dengan tidak sabarnya..Haha |
Sekarang ini cuaca memang panas yang amat. Ada yang nak makan cendol la, minum air sirap ais la, limau ais la, ais krim la, dan macam-macam lagi. Saya pun tak terkecuali jugak. hee.. Oleh kerana itu, saya pun tak tunggu lama, capai laptop,bukak www.facebook.com/Bukuresepi , terus cari resepi ais krim yang sangat mudah dan jimat kos untuk dicuba buat. Dan hasilnya, anak-anak saya la yang paling seronok dapat ais krim buatan ibunya sendiri. hehe.. tapi,yang tak bestnya, ais krim ni cepat cair. Mungkin tak ada tepung jagung kot. Sebab dalam resepi ais krim yang lain, ada letak tepung jagung, katanya untuk mengelakkan ais krim cepat cair. hmm.. lain kali kita cuba yang resepi yang 1 lagi ni eh. Hari ni kita cuba buat resepi yang mudah ini dulu. :)
AisKrim Vanilla
Oleh: Sylya Celya
cc: www.facebook.com/Bukuresepi
Bahan-bahan
2 cawan susu full cream dutc lady
2 cawan coffe mate
1-2 Tbs gula - optional (saya letak 3 Tbs gula)
Cara-cara
1. Blend semua bahan di atas hingga berbuih
2. Sejukkan dalam freezer selama 2-3 jam.
Ini la rupanye bila baru keluar dari peti sejuk. Tak sabar nak rasa sampai tak sempat nak ambil gambar dulu. |
3.Blend sekali lagi dan sejukkan sampai beku. Sedia untuk dimakan. (saya buat waktu malam, jadi, bila esok cuaca panas boleh terus dingap.hee..
Selamat mencuba. :)
Sabtu, 30 Mac 2013
Jumaat, 29 Mac 2013
Resepi kuih siput..
Kalau nak tau, kuih siput ni salah satu kuih kegemaran saya dari kecil. Kalau ada kuih ni, memang asyik kena kepit je. sambil tengok tv sambil mengunyah..hihi.. Disebabkan suka sangat makan kuih ni, saye pun buat la sendiri kat rumah.Mana taknye, Nak cari kuih siput ni bukan senang ye dak? Nak buatnya pun tak susah, sesiapa pun boleh buat. Jadi, saya dengan sukacitanya nak berkongsi resepi ciptaan saya sendiri. Jom tengok bahan-bahannya. Lepastu boleh lah awak-awak semua cuba, try & test.. heee
Bahan-bahan
Bahan A
500g tepung gandum
60g marjerin
1 biji telur
Bahan B
150 g air suam (supaya garam mudah larut)
1 tsp garam
secubit aji no moto (nak letak boleh, tak nak letak pun boleh)
Bahan C
8 ulas bawang putih1 biji bawang merah yang kecil (bawang india)
10g lada putih (terpulang anda, kalau nak rasa pedas lagi, letak lebih sikit je.)
#cili padi , sesedap rasa- untuk yg suka pedas (optional..saye tak letak pun)
*Campurkan bahan yang bertanda B, kacau rata..
*Tumbuk lumat bahan-bahan C
Cara-cara
1. Ambil bekas besar -untuk senangkan proses menguli, (sebab saya pakai tangan je. pakai mixer pun boleh)
masukkan bahan-bahan A, dan bahan-bahan B.Gaulkan kesemua bahan hingga sama rata dan sebati.
2. Tuangkan air suam sedikit demi sedikit, untuk memudahkan proses menguli tepung menjadi doh yang agak
lembut dan senang di tekan di dalam acuan siput. Kalau rasa-rasa doh tu masih keras dan susah dibentuk,
tambahkan lagi sedikit air sehingga senang diuli..
3. Apabila doh yang diuli tadi sudah tidak melekat pada tangan dan bekas, itu bermakna kita dah pun boleh
mulakan proses tekan-menekan. heee..
4. Selepas semua doh habis ditekan, gorengkan kuih siput sehingga masak dan kekuning-kuningan.. Angkat,
dan siap di hidang.. (jangan terlebih goreng sudah).
Senangkan?.. selamat mencuba..
Ini la acuan untuk kuih siput |
Selasa, 26 Mac 2013
Resepi Kek Batik Lapis
Hari ini saya tak tau nak buat apa, jadi saya pun bukak la FB cari-cari resepi yang senang utntuk saya buat eksperimen.. Cari punya cari, jumpa la resepi kek batik lapis ni.. Bahan-bahan pun mudah sangat untuk dibeli dikedai. Jadi, ape lagi, saya pun terus sambar bahan-bahan yang ade kat daput tu. Mungkin resepi ini ramai yang dah tau, dan mesti ramai yang dah cuba.. tapi yakpe la, mingkin jugak maih ade orang yang belum tahu dan belum cuba lagi. Mari kita berkongsi resepi ini ye..
Maaf, agak messy & susunan saya tak cantik.. Nanti kalau awak-awak semua buat, susun kasi cantik ah..
Resepi Kek Batik Lapis
Oleh ; Hazwani Abdul Halim@buku resepi
Bahan-bahan
250g biskut marie
3/4 tin susu pekat
2 sb serbuk koko
150g butter
3 biji telur gred A
1 sk serbuk nescafe
1 sk esen vanila
2 sb air (optional)
2 tbs susu pekat manis (yang ini saya tambah sendiri sebab nak rasa manis skit)
Cara-Cara
Sediakan loyang dan alaskan dasar serta bahagian tepi loyang dengan baking paper/grease proof paper.
Satukan semua bahan dalam periuk kecuali biskut dan butter, kacau rata.
Panaskan bahan tersebut dengan api kecil. Apabila sudah agak sebati, masukkan butter dan kacau lagi hingga adunan pekat dan berbintil2.
Matikan api, tuang sesenduk adunan kedalam loyang, ratakan dengan sududan aturkan biskut marie menutupi adunan coklat tersebut. Ulang proses melapis sehingga kesemua adunan habis diakhiri dgn lapisan coklat.
Selesai lapisan terakhir, ambil lebihan baking paper dan tekan permukaan kek supaya kek rata dan padat.
Sejukkan kek, seelok-eloknya semalaman sebelum dipotong menggunakan pisau tajam yang dicelup air terlebih dahulu. Sedia dihidang.
Gambar asal dari http://www.facebook.com/bukuresepi . Cantik je kan.. Jauh benor ngan yang saya buat. haha.. |
Ahad, 24 Mac 2013
Alhamdulillah..
Ini tempahan yang saya terima dari pelanggan saya, apam lady bug campur apam polkadot & Apam angry bird sebanyak 350 biji..Semua ni saya buat seorang diri sahaja.. terer kan..hehe
suke sangat tengok matanye yang menawan tu..hihi |
Packing besar sikit ni untuk tetamu yang istimewa. (Keluarga) |
Sikecilku yang sangat excited tengok apam ladybug. |
Ni packing untuk door gift. Nak boh dalam beg berkat untuk tetamu.. |
Sedia untuk dihantar. |
Tempahan apam sponge bob untuk bday boy.. so cute..
Jom Melukis
Ini kali, saya mau kongsi cara2 melukis lady bug atas apam.. senang jee.. jom la cuba..
1st skali, kita lukiskan kepala lady bug ni.. |
2nd, kita watkan garis lurus ditengah-tengah badan l ady bug ni untuk nampakkan bentuk sayap.. |
3rd, kita lukis dot-dot dikedua belah badan/kepak nya. |
4th, kita letak dot-dot warna putih kat kepala lady bug untuk tunjukkan matanya. |
5th & last skali, letak titik hitam kecil kat tgh dot-dot putih tadi.. Haaa..dah jadi..Senangkan.. Selamat Mencuba.. ;) |
Jumaat, 15 Mac 2013
DoorGift/Goodies
Berminat Nak order DoorGift/ Goodies untuk Apa-apa Majlis, boleh save number saya ye..
011-17560406 - khamsiyah mansur
Area Johor Bahru.. Kalau nak pos pun boleh, Contohnya apam polkadot/kartun, Cookies atau ape2 saje yang mudah dan tak rosak art valuenye bila di pos..
*Nanti saya update harga ye.. Thank You.. :)
Langgan:
Catatan (Atom)