Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Pagi ni saya bukan nak ajar anda menganal bahan-bahan ye cik,puan & tuan.. Tapi saya nak ajar cara membuat Chocolate ganache. Suka tak? suka tak? heee.. Nak buat chocolate ganache ni mudah je.. jom cuba..
Bahan-Bahan
1) 500 gm coklat masakan
2) 300 gm krim putar UHT/susu UHT/susu segar
3) 30 gm mentega
Pic from www.omnomicon.com |
- Panaskan krim atau susu dalam periuk kecil hingga hampir mendidih. Padamkan api.
- Tuangkan dalam mangkuk berisi coklat masakan yang telah dicincang halus. Kacau hingga coklat cair. Masukkan mentega dan kacau sebati.
- Sejukkan ganache ini selama 1 jam atau lebih hingga ia agak pekat dan boleh menyalut kek. Jika anda mahu coklat cepat pekat, masukkan periuk berisi coklat tadi ke dalam peti sejuk. Keluarkan apabila ia sudah agak pekat dan sesuai digunakan.
*Tip - Coklat ini cukup untuk menyalut kek berukuran 8 inci.
Resepi oleh : Noraini Zakaria (Variasi Hidangan Berkeju)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan