ROTI GULUNG SOSEJ
Assalamualaikum & Selamat petang.. Nampak tak ape tu? Entah la, tak tau nak letak nama ape.. Saya pun letak la nama Roti bergulung sosej.. Suka-suki je kan nak letak nama ape.. hihi.. Hari tu ade belek2 Fb Buku resepi.. sekali pandang ternampak resepi ni.. tak baca pun bahan2 dan cara nak buat, cuma terpandang gambarnye aje.. Terus melekat kat memory.. Ade masa, saya cuba buat, menajdi pulak.. sedap, macam beli kat kedai roti. Makan segulung pun rase dah kenyang.. itu saya la, orang lain saya tak tau la kan.. hee.. Disebabkan senang nak buat, saya pun teringin nak kongsi dengan semua kawan2.. Kalau anak tak mau makan nasik, cuba la buatkan roti gulung sosej ni.. mesti anak2 seronok.. Cuba la ye.. ;)
ROTI GULUNG SOSEJ
RESEPI : FB BUKU RESEPI
Bahan-bahan;
1. Roti gardenia 6 keping (ikut suka nak buat berapa banyak)
2. Telur 1-2 biji dipukul kejap (secukupnya)
3. Hot dog (6 batang)
4. Bread Crumb (putih atau oren, mana2 pun boleh)
Cara-cara
1. Leperkan roti dengan roller
2. celupkan roti pada telur. Celupkan pada satu bahagian sahaja. Yang sebelah biarkan kosong.
3. Golekkan bahagian roti yang dah dicelupkan dalam telur tadi di atas bread crumb. Begini lah rupenye bila dah di golekkan atas bread crumb.
4. Terbalikkan roti (bahagian yang digolek bread crumb ade kat bawah), letakkan sosej dibahagian yang kosong tadi. Gulungkan dengan kemas, jangan lupa sapukan sedikit telur pada bahagian hujung roti supaya gulungan roti boleh melekat dan tak terbukak selepas digulung.
Macam ni la hasil selepas saya gulungkan kesemua roti.
5. Gorengkan roti sampai warnanya kuning keemasan. Tak perlu lama,sebab bread crumb cepat hangit.
Kalau boleh, goreng dengan cara deep-fry. sebab semua bahagian digoreng serentak. Bila dah masak, terus angkat, dan boleh dihidang dalam pingaan. Boleh la ditambahkan/dilorekkan dengan mayonis dan sos cili..
~SELAMAT MENCUBA~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan